Selasa, 3 Disember 2024

Jogjakarta

Trip ke Jogjakarta ni aku tak plan sangat..perancangan untuk pegi umrah bulan September..tetiba plan umrah ditunda ke Januari, so tak tau nak pegi memana..terus aku bayar tiket...bermula ler perjalanan insan kerdil ni...

HARI PERTAMA 

Ikut itternery hari pertama tu flight ke Jogjakarta pukul 3.30 petang, dijangka sampai pukul 6.00 petang tapi memandangkan kat indonesia ni kita akan muda sejam jadi waktu di sana adalah pukul 5.00 petang.  Sesampai jer memang hari dah gelap, aku ni bab gelap mmg fobia sesangat, sempat singgah di Restoran Ayam Goreng Bu Hartin.  Makanan dia boleh la tapi tak ler sampai terangkat punggung..aku order bakso..telan jer la walaupun bakso ni bukan makanan kegemaran, dah takde menu yang menarik so ikut capai ler nak pesan apa..kawan-kawan lain ada yang order tempe, tauhu goreng sambal kicap dan entah lupa hihi..

kalu orang tanya pegi bila..tu tarikh yea malas nak citer hahaha

 

                                dari jauh kelihatan gunung merapi..aku agak jer la kan jogkarta memang terkenal dengan gunung merapi..buta geografi aku ni..

masa ni kat balai berlepas..dok kalut isi online border pass, sambil tu gigih le berfoto bagai..

sebaik je sampai kat epot jogjakarta..

ala la la si cinonet ni hihi

masa ni walaupun baru pukul lapan tapi rasa dah pukul 12 tengah malam..tapi perut lapar gigih juga tongkat mata untuk order makanan

pelayan bar eh pelayan kedai hahaha

agaknya tu owner asal kot kat buku menu ni


ni ler kedai makan kitaorang singgah..sebenarnya saja nak pamer wajah kitaorang yang keletihan..

kerepek apa entah tapi macam sedap jer..rugi aku tak beli..

sempat singgah kat kilang batik..rego nya tahap yahudi la..mahal la bagi aku yg tak berduit ni..


HARI KEDUA

Gunung Merapi

Trip ke Jogjakarta ni takkan lengkap kalau tak ke gunung Merapi. Perjalanan dalam 2.5 jam, sunset tour dlm kul 4.30 am, jeep 4 org.  Pepagi lagi kitaorang bercadang untuk meneroka suasana pagi menuju ke merapi tapi kawan yang berdua tu terkeliru dan pening lalat dengan masa kat indon, last takde nya pepagi buta..matahari dah siap mandi baru depa bangun hahaha.  Tapi yang paling best pengalaman naik jeep Amerika perang dunia ke 2 mmg mengujakan..dah rasa macam askar pencen dah aku ni bila tengok jeep tu hahaha, masa naik tu melambung-lambung punggung kitaorg, jalannya mmg kasar dan berbatu.  Lasak jeep tu mmg tak sesuai untuk org mengandung. Sesampai jer viewnya cukup mengagumkan. Untuk lebih feel korang kena tau sejarah gunung tu dulu bukan sekadar untuk gelak-gelak dan berswafoto jer.  Try korang bayangkan macamne gunung Merapi tu meletus tahun 2006 dan 2010.  Lebih 300 org terkorban walau pun mereka berada jauh dari gunung tu, depa tak sangka lava dan gegaran akan sampai kat depa.  Perjalanan kitaorang kemudian berhenti di satu bunker. Rasanya ini point yg harus difikir oleh pengunjung.  Bunker ini diguna sebagai pelindungan depa semasa gunung meletus tp bunker ini gagal berfungsi bila dua org yang cuba berlindung dlm bunker ini akhirnya terkorban.  Ramai yg xcited nk amik gambar tapi alangkan baiknya kalau kita fikir mcmmane mangsa dua org ni mati kepanasan dlm bunker ni. Ngeri dan kesian kalau kita bayangkan. Pintu bunker ni kecik jer, bila masuk kita terpaksa pasangkan lampu melalui cahaya lampu handphone sebab kat dalam tu teramat gelap. Platformnya penuh dgn batu2..keadaan dia sedikit menyeramkan bg aku..































Batu alien. Dipanggil alien kalau ditengok dengan mata hati, akan nampak mata dan hidung alien pada batu ni tapi aku tak nampak apa2 sebab aku jenis buta hati hahaha

Stop terakhir sebelum pulang adalah muzium Merapi yang mana terdapat satu rumah asli yang musnah dan didalamnya ada banyak barang-barang peninggalan yg terbakar dan cair semasa letusan antaranya barang dapur, barang perhiasan kerusi meja, basikal dan yang lebih menakjudkan sebuah alquran yg masih utuh..masyaallah..















GUMUK PASIR







MALIOBORO

Malioboro ni pasar rupanya, aku ingatkan rokok malboro hahaha..macam biasa tempat2 shoping macam ni aku hnya beli air mineral jer selebihnya melilau ambil gambar..




HARI KETIGA

Hutan Pinus ni macam hitan pine jer atau memang pokok pine ke, aku ni tak berapa kenal sangat pokok2 ni, yang aku tau pokok pisang jer hahahaha

Kawasan yg penuh dengan pokok pine..klu kat tempat aku pantai senok jer..nak masuk tak le mahal sekitar 3000..tujuan utama klu g situ selain sesi ngorat adalah bergambar dan terus bergambar smpai muntah tapi kena pandai cari sudut yang menarik.  Manusia kat sini mmg ramai la..klu nk dptkan background yg cantik, mmg sedikit mencabar..tp yg tak best pokok pine kat sini bukannya tumbuh semulajadi tapi ditanam utk tujuan pemuliharaan dan pelancongan.

CAVE TUBING

Bagi aku klu nk drop ni dari list boleh sgt le.  Kat sini aktivitinya tubing menyusuri gua kemudian menyusuri sungai.  Laluan kat dlm gua tu adalah dalam 10-15 minit jer..dptla tengok stalatik dan stalakmit serta sang kelawar kerdil bergantungan.  Kenapa aku rasa tk best sebab salah satunya airnya taklah sejernih mana, atau bahasa yg tepat tak menguja langsung.  Kedua airnya tak bergerak laju atau tidak mencabar dlm erti kata yg lain sbb aku bygkan air deras yg boleh aku terhuyung hayang dgn ganasnya di bawa dek air..ternyata harapan ku hampa huhu







 Timang Beach

Tempat ni agak jauh dan ambil masa untuk sampai tapi kerana keterujaan untuk menaiki gondola dan juga untuk melihat lautan hindi yang luas.  Untuk smpai ke timbang beach perlu menaiki jeep yang kita perlu sewa sbb jalannya tak sesuai untuk kenderaan biasa.  Kos untuk 4 org mencecah 350,000 dn penjlnan mengambil masa 20 minit.  Perjlnan ke sana memang menyiksakan, berbatu bata sampaikan badan kitaorg bergegar2 terutama bhgian yg byk daging..terkekek2 kami gelak sehinggakan pak supir terpinga apa ler yang kitaorg gelak.  Terfikir juga kenapa ler perbadanan pelancongan depa tidak membaiki jln tersebut atau mereka sengaja biarkan untuk dptkan feel adventure..Tapi bila sampai viewnya mmg cantik tp aku mmg tak berani nak menaiki gondola sbb tak ada langsung aspek keselamatan, klu jatuh ke bawah tu mmg taklde harapan rasanya.  Tak ada insuran.  Perjalanan menaiki gondola ni kurang dari seminit tapi melihat angin yg kuat dan laut bergelora mmg hasrat nak naik tu mmg takde la.  Dengarnya yang ramai datang ke sini adalah 70% adalah dari Malaysia.  Orng Indonesia sendiri pun tak berapa nak datang huhu.

Sebelum tu lunch kami di restoren…kitaorang tempah lobster utk 4 orang berjumlah IDR700,000..nak kata sedap sangat entah la sbb makanan org kayangan ni aku kurang sikit.


merenung masa depan kelam ke kelabu..

menakutkan kalau tengok


seram jer..



HARI KE EMPAT

Candi Borobudur

Hari terakhir menjejaki Borobudur ni sebelum berangkat pulang.  Sememangnya kitaorg agak berbelah bagi utk dtg ke sini memandangkan kos masuknya ya ampun mahal sangat dalam RM120 seorang.  Tapi bak kata orang kalau datang ke jogja ni tk dtg sini umpama pegi Paris tp tak jejak Eiffiel Tower atau datang Kota Bharu tak singgah di pasar Siti Khadijah arr gituu.  Bayaran masuk ni memang dh ditetapkan oleh UNESCO.  Tp kitaorg terpaksa juga masuk sebab merasakan untuk datang lagi kali ke dua rasanya tidak..bila turun jer dari bas..alamak kitaorg dikerumuni oleh para penjual jalanan..macam artis dah rasanya tapi kalau dah ramai sangat memang rimas la mengekor sampai ke buntot hahaha..sempat la aku sewa payung dengan harga 5000 rupiah sebab kat borobudur ni cuacanya masyaallah memang panas giler..orang giler pun tak sepanas macam ni tetiberr..dengan cuaca yang panas rasa kaki ni tak mampu nak melangkah, kalau jumpa bangku kat bawah pepohonan rendang..lunjur kaki best..manusia agak ramai menziarahi borobudur ni..sesampai jer apa aku tengok hanya ler kuil lama kot..tak rasa menarik pun..aku taknak meneroka lebih dalam sebab setiap tingkat kena bayaran, malas nak bazir duit lagipun mood ke laut dalam, jadi  bergambar sekitar Borobudur jer la..satu pusingan tawaf borobudur sehingga mataku yang agak kerangjang ternampak satu jejaka matsaleh ke arab..fuh hensem gila..tetiba wahhh..leh baiki baka klu ngorat mamat ni hihi..

 Bagi aku ler kalu untuk berlibur kat sini bersama kawan2 mungkin kos tidak la terlalu berat tp klu bawa family mmg gadai spender ler jawapnya..perjalanan ke satu tempat mmg agak adventure dan jln2 nya yg berbatu bata dan curam.

Bagi yg kaki selfie dan foto mgkin akan suka jogja ni sbb kebanyakkan tempatnya menjadikan gambar2 tu sebagai satu tarikan.  Klu kaki soping akan kecewa ler hny kain batik yg gegila mahal selain kuih bakpia.tu dari pandangan aku..pandangan orang lain berbeza..




Tiada ulasan: