Dulu-dulu bila terbayangkan semporna rasa macam jauh sangat tapi bila bayangkan pulau-pulaunya yang sememangnya cantik memang terliur sesangat la aku nak pegi tapi bila dengar berita lanun2 yg ramai berkeliaran rasanya keinginan tu sedikit terbantut, mana ler tau aku salah seorang yang di culiknya nangis ler pakwe-pakwe aku nanti ahaks. Namun begitu keinginan tu terus bercambah lebih lagi bila aku baca blog kawan2 pasal keindahan pulau2 di semporna ni terutamanya Pulau Mabul.
1 Ogos hari tu dengan tidak tersengaja aku berlepas ke sana setelah boking tiket tiga bulan yang lalu dengan harga RM189 sehala, nak kata Airasia offer entah la tapi aku difahamkan untuk ke sana tiket agak mahal juga ler.. flight kul 3.50 dari KLIA ke Tawau, sesampai je memang tengah malam la walaupun baru pukul 8 malam hahaha
ni sesaja je aku tepek peta sabah untuk korang tengok kat mana semporna dan pulau-pulau sekitarnya. Agak jauh juga la kan kedudukannya dengan Kelantan...bengong punya statement hahahaha..
semasa sesi mencari kawan kat KLIA, kehulu ke hilir aku dengan beg yang walaupun kecik dipandang tapi beratnya macam letak batu semata untuk mengaburi mata Airasia sebab nak jimat duit dari tempah luggage..
sebaik je mendarat ke bumi setelah hampir 3 jam aku berada di perut pesawat kapal angkasa soyuz..
sementara menunggu Pak supir datang amik, posing la jap dengan muka memasing original lagi dan penuh dengan unsur2 suci murni..
nak cari kereta sewa tapi pekerja semua dah balik jadi posing je la kat kaunter tu..
ni kat satu restoran di Semporna, kitaorang dijamu dengan masakan ikan putih, katanya amat popular di Semporna, jenuh aku tilik ikan apa la dipanggil ikan putih ni, bila aku pegi kat pasar malam di Semporna esoknya baru aku tau kat kelantan orang panggil ikan mundok hahaha
Dalam pukul 8 lebih kawan kepada kawan aku datang amik kitaorang kat epot, aku difahamkan dia ni anak jati semporna jadi dia dengan sukarela bawa kitaorang dari Tawau ke Semporna, sepanjang perjalanan dari Tawau ke Semporna amik masa sejam tiga puluh minit lebih, kiri kanan jalan memang gelap gulita sesangat takde view yang menarik sebabnya kena melalui kawasan estet-estet, ladang dan hutan belukar tapi mungkin dia dah biasa, jadi soal itu bukan lagi satu masalah. Tapi kalau aku ler upah RM30 pun takde le aku nak bawa kenderaan dalam suasana gitu tapi kalau upah lebih ok je hahaha..
Masa kitaorang pergi tu, Tawau di landa serangan durian yang amat banyak dan murah, sempat la kawan ni singgah di satu gerai menjual buah-buahan di tepi jalan menuju ke Semporna dan aku sempat tengok satu rupa bentuk durian yang amat pelik bagi aku iaitu durian isi warna pink..cantik gua cakap lu tapi isinya agak tawar dan orang sabah guna durian ni dalam masakan untuk di makan dengan nasi. Aku difahamkan pokok durian ni tumbuh meliar di hutan tebal di Sabah, ianya tidak gugur seperti durian yang lain, kita hanya perlu memanjat pokoknya bila buah kelihatan dah matang..
ni ler rupanya..
untuk malam pertama dan malam kedua, homestay ni le kitaorang menginap kat Semporna dengan bayaran RM150 semalaman..sesapa berminat sila layari dan google homestay ni semangnya ianya berbaloi untuk budget yang ciput seperti aku..
HARI KE DUA...
Pepagi lagi aku bangun dengan semangat berkobar nak ke Bohey Dulang untuk mendaki dan snorkling kat pulau Sibuan dan Mantuan sampaikan tido pun tak lena walaupun letak kepala jer terus terbang ke angkasa lepas. Lepas sarapan roti telur masak separuh 2 biji dengan nasi sepinggan maka dengan penuh ceria kitaorang dibawa kat jeti untuk aktiviti seterusnya.
jeti untuk ke pulau-pulau utama di Semporna
sementara nak tunggu bot bergerak ke destinasi Bohey Dulang amik gambar dulu sebagai kenangan..senyum senyum..
saat-saat untuk persediaan mendaki..wahh rasa boleh sampai ke puncak tak dengan gaya begini?..kita nantikan adegan seterusnya..yeahhh
kami bertiga terus beraksi untuk ke puncak Bohey Dulang..ahhh tak larat gila, nafas dah rasa macam separuh nyawa..bila nak sampai ni..
ketinggian Bohey Dulang mencecah 750 meter, bagi pendaki tegar ketinggian macam tu takde maknanya tapi bagi aku yang dah pencen mendaki ni fuhhh dah putus nyawa..
akhirnya kam dengan umi selamat mendarat, kat mana aku dengan yati?..teka teki tu masih menjadi misteri hingga ke hari ini hahahaha..
puncak Bohey Dulang..subhanallah cantiknya walaupun untuk sampai ke puncak fuhh malas nak cakap banyak..korang pegi sendiri la merasai macamne suasana..
Seterusnya untuk aktiviti snorkling pula kitaorang ke Pulau Sibuan dan Mantuan. Dengan life jaket memasing beraksi penuh gaya tapi sebelum tu nak citer untuk ke Bohey Dulang, Pulau Sibuan dan Mantabuan kita perlu bayar RM100 seorang untuk pakej satu hari, bagi yang hantu snorkling memang ianya sangat berbaloi..
sementara menunggu permit siap katanya sebelum kitaorang boleh belayar ke pulau-pulau seterusnya. Aku difahamkan majoriti boatman ni boleh berbahasa cina dengan fasih walaupun mereka ni anak jati sabah berbangsa bajau..mungkin terlalu ramai pelancong dari cina, tu perlu bagi mereka untuk bertutur bahasa cina dengan fasih..kira kagum la juga dengan mereka ni walaupun tahap pendidikan mereka ni hanya tahap biasa-biasa jer...
bersedia untuk bergerak..
meredah lautan yang hitam pekat, seram aku weii..dalam kepala macam benda aku fikirkan..takut hahaha
akhirnya tu dia..terdampar la kitaorang di dada air dengan gaya penuh aksi manja untuk melihat segala hidupan di dalam laut..
gaya memang tak nak kalah almaklum penyelam snorkling profesional ahaks..
akhirnya terus melekat kat tangga bot..takut nak lepas tangan hahaha
bercanda di pulau mantabuan setelah penat makan tengahari dengan berlauk ayam goreng kicap..juga setelah penat bermandi manda bersama ikan-ikan..kononnya hahaha
makanan kitaorg untuk makan tengahari yang dibekalkan..

lautan membiru walaupun pinggir pantai jer..
makanan kitaorg untuk makan tengahari yang dibekalkan..
lautan membiru walaupun pinggir pantai jer..
saat-saat indah antara ko dan aku hahaha..
pulau sibuan..sempat la aku bermandi manda di kiri kanan laut tu..sebelah sejuk, sebelah lagi panas..yea ke atau aku yang perasan hahaha
Hampir seharian juga la kami dibawa merentasi lautan untuk bersnorkling tapi kitaorang lebih kepada berada di atas bot jer memandangkan kami semua jenis takutkan air so selayaknya kami hanyalah jadi penonton sahaja hahahaha..
Petang tu sebaik sahaja sampai kat jeti, sempat la kawan kepada kawan aku bawa kitaorang pusing-pusing pekan Semporna. Kat sini aku tengok banyak anjing liar, tapi mujur la aku memang ada ilmu takutkan anjing supaya aku tak kena gigit hahaha caya ker hihi. Pekan Semporna ni sangatlah kecik kompen takkan sesat punya. Kat sini ada Giant, Guardian, KFC, pasar basah, pasar kering, hostel dan beberapa tour operators untuk ke Sipadan. Sini memang divers punye area la senang citer.
Aku masuk satu kedai makan kat pekan tu kepunyaan kaum kerabat kawan kepada kawan aku ni, nama kedai aku lupa hahaha. Menu aku petang tu ialah nasi putih dengan sup ayam aje sebab tekak aku tak selera langsung waktu tu. Ni pun makan sebab nak cukup syarat je. Kawan aku penah bagitau, katanya makanan kat Semporna ni memang jenis tak berperisa. Sekarang aku nak konfirmkan balik bahawa kata-kata dia tu benar belaka ataupun hanya sebagai citer dongengan semata. Aku tak reti nak eksplen macam mana taste masakan tu tapi sume bagaikan kurang garam, kurang pedas dan kurang kick, namun begitu aku belasah jer. Sebab tu aku siap-siap oder sup sebab nak kasik selera makan tu mari. Sume makanan tu termasuk sirap bandung kene dalam RM7.
ubi kayu yang telah diperah untuk dibuat kuih, reganya hanya RM7 jer, kalau dekat2 memang aku dah beli untuk di bawa balik..
HARI KE TIGA
Hari ketiga ni memang hari yang paling best sebab memang tujuan utama aku ke Semporna adalah untuk ke Pulau Mabul..orang kata pulau ni lawa dan macam2 lagi..lebih lagi bila aku boking penginapan kat Pulau Mabul dengan rega RM1200 semalaman, so kitaorang dah bayangkan penginapan tu sure la bertaraf orang have2..tak sabar aku nak bergambar dengan suasana bilik tu..jom kita tengok cite aku pada hari ke tiga...
nak naik bot sebelah jeti Dragon Inn sahaja
Macam biasa kitaorang penuh keterujaan untuk merasai alam di Pulau Mabul, memang excited la sebab tu la tujuan asal ke semporna,rasa macam tak sabar-sabar jer, dah terbayang keindahan yang bakal dirasai..
saat-saat penuh debaran untuk di bawa ke Pulau Mabul cewah..sementara nama kitaorang di check sama ada wujud atau tidak status boking maka laporan bergambar perlu kepada skandal2 di luar sana bahawasanya kitaorang bakal bertolak..ha gitu....
antara yang nak ke Pulau Mabul, majoriti adalah mat salleh dan cina..melayu hanya kitaorang berempat jer..
punya la banyak muatan termasuk penumpang pun ramai.rasa macam senget je boat ni...
tangki untuk scuba..berat sangat mampu ke aku untuk membawanya hahaha
gaya kena lebih tapi aksi memang tahap menjunam..
maka bermula ler pelayaran kitaorang meredah lautan untuk ke Pulau Mabul..masa ni seronak le tak tau selepas tu separuh nyawa aku hilang hahaha..
sebaik jer sampai di Chalet Uncle Chang di Mabul, masa ni air surut teringin sangat nak terjun cari ketam..
Sesampai je dah rasa macam wow bestnya. Alamak cantiknya..masa tu perasaan menyesal tu aku dah tak rasa bahkan kalau tak datang memang confirm aku akan menyesal. Semasa checkin kami diberitahu akan diberi makan tiga kali sehari, antara menu yang diberi sepanjang kitaorang di chalet ni adalah benda yang sama jer..ayam, ikan, sayur, kalau nak rasa menu lain, kita kena la beli dengan nelayan, kalau nak rasa lobster, ketam atau udang, chef akan tolong masak dengan upah sekilo RM20, kalau tidak..makan je la apa yang ada, Homestay Uncle Chang ni chinese muslim so masakan dia sememangnya chinese style le, kalau sesuai dengan tekak ok ler tapi kalau tak sesuai, gastrik akan menyerang hahaha. Untuk pengetahuan korang, elektrik memang takkan ada dari jam 6 pagi tapi tengahari akan ada sekejap dan tu takda balik sampai pukul 5.30 petang baru ada balik.
antara chalet yang masih di dalam pembinaan...
ini jadual aktiviti kitaorang
cantik giler suasana, memang teruja la gua cakap lu..terasa aku ler sang puteri duyung yang baru berenang di tepian mencari sang putera huhu..
memandang di laut lepas..argghhh..kalah filem nustan..
Jalan-jalan menyusuri jambatan kecil... tinggi jugak tau...masa ni air tengah pasang..
ni sorang lagi sang puteri duyung yang baru menetas..
aksi yang penuh debaran..mengintai dari tirai kamar..
keterujaan aku untuk tidur di kamar yang berharga RM1200 semalam akhirnya terjawap..masuk jer bilik yang aku dok impikan tu, tu dia..hanya dorm jer, hancur berkecai untuk bergambar ala-ala orang have2..kalau dorm bayaran macam tu baik aku dok rumah jer la.
Hari ni kitaorang punya snorkling day. Selalunya waktu snorkling puluk 8 pagi, 10.30 pagi dan 2.30 petang, setiap kali pergi snorkling kat satu tempat, contohnya pergi pukul 8.30 pagi, lepas habis tengok ikan semua, bot akan balik semula ke hotel untuk makan. Then sambung balik pukul 10.30 dan seterusnya, kiranya tak payahlah korang beriya nak bawa snek2 bagai ahaks..
memang syok la berenang-renang macam dugong walaupun di bantu oleh lifejacket
Mabul ni sebenarnya ramai orang datang untuk diving. Kebanyakkan yang aku tengok datang dari luar mesia terutama kaum cina ada dari hongkong, taiwan dan china sendiri. So kitaorang yang hanya snorkling ni, acah2 nak bakar kulit je la ahaks. Semua yang nak diving atau snorkling akan naik satu bot. Kira tahap sejiwa le. Yang bestnya kitaorang je yang snorkling, yang lain semua snorkling hahaha. Then ada sorang cikgu yang akan jaga kiraorang sekiranya nak snorkling, dah macam private trip tapi memang seronak la
Untuk pengetahuan korang, yang paling cantik nak dive adalah di Pulau Sipadan tapi kouta nak masuk pulau ni memang terhad la macam nak kena ada permit baru boleh masuk sebab aku difahamkan bukan bahaya sebab lanun tapi pulau tu sendiri yang tak berapa selamat untuk disinggahi di khuatiri pulau akan tenggelam, ni cite aku dengar dari orang situ betul atau tidak tak tau la..
Petang tu kitaorang jalan-jalan keliling kampung di perkampungan Mabul..suasana nya memang perkampungan sesangat tapi viewnya bagi aku cukup menarik..
lepas ronda kampung, kitaorang lepak-lepak je kat luar sambil menunggu ketibaan sunset, tetiba kitaorang dikejutkan suara bajau laut datang menjual ketam, apalagi aku terus bertanya harga. Semalam dah survey harga di Semporna yang sememangnya tahap pancung kepala so arini nak merealisasikan impian pulak, nasib kitaorang baik petang tu, ketam gemok 5 ekor RM25 fresh from the sea, kau ghasee? haha murah ke mahal, kitaorang beli dua ikat ketam 10 ekor, jadi abang tukang masak kat Billabong masakkan untuk dinner nanti, hasilnya ketam masak celup tepung siap dipersembahkan kat kitaorang untuk dinner nanti dengan bayaran memasak RM50..apa pun memang kitaorang puas hati..
sempat beli dua ikat ketam..
taraaa..hasil tangkapan di goreng celup tepung..
nun di sana betapa indahnya suasana di petang hari..
bajau pelaut dengan perahu kecik, terror jer depa mendayung...
tenang dan damai rasanya..hilang segala duka dan lara..kalau cipta lagu mau satu album boleh tulis ni hahaha
rumah bajau laut di tengah lautan, terfikir pulak aku macamne la kalau datang ribut maupun gelombang..
matahari mula menyembunyikan diri cantiknya..
air laut tengah pasang, membuak-buak, chalet yang aku dok terasa goyang, risau pulak aku kot-kot dibuatnya hanyut ke lautan fuhh..kuat sangat aku berhalusinasi..
HARI KE EMPAT
Selamat pagi mabul! Pukul 6 pagi biji mata mesti dah tak sepet lagi dah..mula sarapan bersama angin laut..yihaa...
menunggu masa untuk balik ke Semporna, sempat lagi berposing-posing..
gaya si puteri duyung..ada sapa berkenan tak, harga boleh dirundingkan, kalau nak potongan tunggu hujung tahun yea..
kanak-kanak bajau pelaut, depa ni bab laut memang menjadi mainan
tengok speed bot ni memang mengerunkan tapi apakan daya sebab dah nak balik terpaksa naik sekali lagi..huhu
persekitaran perkampungan di Pulau Mabul..masa ni dah nak balik dah..bye2 Pulau Mabul..
selamat sampai ke Semporna dari Pulau Mabul..fuhh lega sesangat, tapi semasa balik keadaan tak le ngeri sangat..sempat la aku senyum lagi..
ni otw nak beli sedikit cenderahati kat kawan2 dan diri sendiri..
sempat lagi buat acara melawat sekolah area Tawau, lelaki tu pengetua tapi sebenarnya kawan kepada kawan aku si Kamisah..saja je nak pi makan durian sebenarnya hahaha
sempat lagi tanda tangan buku pelawat tu..lucu tul macam buat lawatan rasmi pulak..
Di Tawau kitaorang tidur di Marco Polo Hotel. Satu malam bilik untuk 2 orang RM88. Murah kan? Tapi kita orang boking melalui agoda. Bilik pun ok. Highly recommended lah hotel ni walaupun aku rasa hotel ni hotel lama. Hotel ni terletak dekat je dengan Pasar Gantung. Pasar yang jual baju-baju yang di gantung. Ada juga baju macam baju batik indon tu, kain pelekat dan macam2 lagi. Buka seawal 7 pagi dan tutup around 9 malam. Lebih kurang 100 meter kot sampai la ke pasar gantung. Satu lagi Pasar Tanjung, kat pasar ni tempat untuk korang soping ikan bilis, ikan masin dan kuih2 warna putih. Aku difahamkan kat Pasar Tanjung ni ada banyak seafood yang fresh-fresh. Boleh la beli Udang Galah murah2 kat sini. Depa boleh tolong pack kan siap2 untuk naik flight tetapi pastikan pack yang tidak berisi air..kalau tak kena tinggal tak boleh di bawa balik huhu...
tu ler cite aku semasa pegi Semporna selama 5 hari 4 malam hari tu..nanti lepas ni aku cite ke tempat lain pula yea...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan