Selasa, 24 Disember 2013

Tips melancong dengan budget yang murah..

Korang suka g melancong tak atau selalu tengok n dengar orang g melancong?..ada kawan2 aku selalu dok kata macam ne nak g melancong kalu dapat gaji tak sampai sebulan dah habis bila ditolak itu dan ini..pastu dia leh cakap aku ni bujang boleh le duit ribu riban leh g sana sini..hello korang ingat aku ni tak makan minum, tak beli kain baju ke? walaupun aku bujang tapi aku ada mak ayah gak..pastu anak2 buah aku ramai lak selalunya "agensi swasta" macam ni le yang selalu duit aku kopak, lebih lagi kalu ada yang pandai bodek aku habis le segala harta perdak aku habis oii haha...

Bak orang kata nak seribu daya tapi kalau tak nak seribu dalih.  Di sini aku nak share pasal melancong lagi. Aku ni kalau pi melancong memang trip yg budget-budget ajer bukannya aku ni anak jutawan jauh sekali punyai kekasih jutawan tapi sebab teringin nak tengok bumi tuhan yang luas ni, maka kita buat le macam2 cara agar impian kita tercapai kan kan..lagipn tak kosa aku nak habiskan duit gitu-gitu ajer. Baik aku guna duit tu untuk shopping kat sana. Betul tak? Kalau korang tengok kebanyakan trip yang aku gi adalah murah2 jer ler. Tak payahlah bayar mahal-mahal perabih duit jer. Lagipun kalau trip mahal-mahal jawapnya dok rumah le basuh baju hahaha.


Jom aku nak kongsi tips-tips sebelum pergi melancong tahap budget ni.

1Airline -Kena check nak naik what airline. Biasanya aku naik airline tambang murah ajer spt Air Airsia. Memang AA selalunya menjadi pilihanku. Jimat duit. Lantak pi lah apa orang nak kata or lantak pi lah kalau ada orang nak berlagak naik airline mahal. Itu semua tak penting bagi aku. Yg penting asalkan aku selamat sampai dan dapat jejak negara tu. Kalau takda tambang murah ni....jawabnya bukan je tak dapat jejak korea, vietnam nak gi kolumpo pun payah kan. Keselesaan dalam flight tu perkara kedua. Kena sabar sikitlah duk berjam-jam. Kalau tak boleh nak sabar naiklah flight mahal...senang citer.

2. Hotel - Selalunya aku gi hotel murah ajer mengikut rate yg aku mampu. Lain ler kalau aku gi honeymoon, masa tu cik abang aka laki aku yang bayar ahaks.  Selalunya kalu korang kuar pagi dan balik malam, so tak payahlah duk hotel mahal-mahal. Kalau kat oversea negara yg mahal korang leh stay kat hostel ajer walaupun ratenya dah setaraf mcm hotel kat Msia. Buat le online booking terlebih dahulu. Ada yg aku terus bayar thru online atau booking ajer dan bayar di sana. Mudah dan jimat. Caranya kena tgk tiap satu online agent....yg beri rate murah aku akan terus grab.

3. Transport - Depands on what country korang nak pergi. Kalau kat Indon, aku dah booking siap2 mobil termasuk sopirnya. Suruh terus ambil di airport. Kalau negara tu ada tram or train...korang kena buat research kat internet pasal negara tu. Pastu print train/tram route dari sini. Tambang pun kena ambil tau jugak. Kena ambil tahu where to go and which station to stop. From airport nak naik apa....taxi ke...bus ke..compare price. Kena tau nak gi kaunter mana. Korang kena terpaksa bersusah-susah sikitlah kalau nak jimatkan duit. I don't mind to do those things coz di samping itu aku dah ada knowledge pasal negara tu. Idok ler pergi membabi buta jer. Sampai sana tercengang ehh ni kat mana...ehh apa nama tempat ni.

4. Place of Interest - Ini yang paling penting sekali. Contoh: pergi London. Korang kena buat research sikit apa yang menarik di London. Mana tempat yang korang mesti pergi. Berapa jam korang kena spent ke tempat itu. Semua tu kena pikir. Selalunya korang kena search kat blog sesapa pengalaman dorang ke sana. Kalau blogger tu kata tempat tu mesti pergi dan best...so korang kena highlightkan. Or sometimes leh refer travel agent punya itinerary. Bila dah confirm where to go...buat le itinerary sendiri from day 1 to final day. Kena usaha sikitlah dari segi masa.... mengadap pc tiap malam cari info kalau waktu siang kat pejabat jangan le nanti bos marah.

5. Shopping - Selalunya kalu nak soping cari tempat shopping yg murah-murah dulu. Korang buat le search kat internet tempat shopping yg menarik dan murah. Kalau melalui agent, mesti dorang hantar ke tempat shopping yg khas utk pelancong...mahal plak tu. Satu lagi yg penting where to find the cheapest souvenir shop...heheheh wajib tu.

6. Food - Ini pun wajib. Kalau gi negara omputih yg susah nak cari halal food...memang korang wat reseach dulu kat mana kedai tu. Pastu print map sekali. Kalau gi negara Islam plak...korang kena tau apa makanan tempatan yg sedap kat sana. Wajib mencuba makanan tempatan ni walaupun memang kekadang tekak tak leh tima belasah jer ler. Yelah bila lagi kan kalu kat negara kita memang tak jumpa makanan macam negara depa tu. Semua tu korang kena search kat internet or tanya kawan-kawan yg pernah jejak ke negara-negara tu.

Itu ajerlah tips-tips yang korang kena tau. Buat persediaan sebelum pegi tu penting, zaman ni semua maklumat di hujung jari jadi tak ada alasan untuk cakap tak tau, itu boss aku selalu cakap le.  Aku ni kalau gi melancong memang berpakaian simple sesimple mungkin le tapi jangan lak yang seksi meksi itu dah tahap melampau tak pasal2 dosa lak yang dapat, yang penting niat kita nak meneroka bumi Allah yang luas ni silap2 leh pahala kalau niat kita jujur dan murni.

Nak share satu benda. Satu tabiat buruk aku tiap kali nak gi melancong...mesti beli baju baru sebelum gi. Sebab aku tak suka tgk gambar dengan baju yg sama. Ada tu baju baru sekali pakai tapi dah beli baju lain. Itu lah tabiat buruk aku yg membuatkan arwah mak aku selalu membebel kat aku ni...hehehe. Pastu aku suka sgt mengambil gambar permandangan dan gambar sendiri. Siap ler sesapa yg nak ikut aku melancong...jadi mangsa utk jadi tukang snap aku..hahahaha.

Itu saja le aku nak share dengan korang ni, kuar le dari kepompom tu sket lihat dunia luar sekurangnya kita takle rasa diri hebat bila berada di tempat sendiri..tengok tempat orang sekurangnya kita akan rasa betapa kerdilnya kita ni dan betapa naif segala apa yang kita ada..tapi kalu g melancong semata nak tunjuk kita berduit lupakan jer..tak kemana kita tu..ok nanti cite lagi ye..

Tiada ulasan: