Isnin, 16 Disember 2013

merayau ke Mundok..

Aku rasa le kalau sebut mundok mungkin ada yang bayangkan tikus mundok hehehe..tapi bagi kitaorang kat kelate ni Mundok ni mesti wajib kena pergi..Mundok ni area Thailand kira sempadan le dengan Kelantan..orang Kelantan memang teror le tempat ni tapi ada juga yang tak tau tempat tu, jenis kategori mana le orang Kelantan macam tu tak tau le aku..barang2 yang depa jual tu fulamak murah gila..kalau leh sewa lori mau rasanya aku bawa dua lori nak soping barang2 kat situ, melampau tul le aku ni hihi..

Kalau nak g mundok ni kena melalui jalan ke rantau panjang, cuma sampai trafik light sebelum ke pekan rantau panjang tu belok kanan n teruskan perjalanan memasuki kampung yang agak jauh, ada le dalam setengah jam kot dari trafic light..

Plan nak gi mundok memang dah lama tapi kekonon sibuk ngalahkan PM kita maka hajat dan hasrat tu tercapai juga le jumaat hari tu..bukan aku tak pernah gi mundok pun sebelum ni, tapi memang dah banyak kali ke sana tapi kali ni aku pegi macam lain je mundok ni..mana medan letak keta bawah pokok nyiur yang selalu kitaorang parking tu? tertinjau-tinjau aku cari letak kete bawah pokok nyiur di bawah rumpun bambu tu ahaks..laaa patut le rupanya dah ditutup dengan pagar batu dan zink, ingatkan aku yang rabun, sememangnya kerajaan Malaysia dah tak bagi masuk sempadan ni tanpa kebenaran bukan apa mungkin bagi mengelak berlaku apajua perkara tak diingini seperti penyeludupan haram ke apa ke, kira bagus le tindakan kerajaan kita ni tetapi orang2 jenis macam kita ni apa yang dilarang tu le yang di cari juga hisskk..hiskk..

Masa aku sampai tu kete banyak lak dok parking kat kiri kanan jalan raya, taik lembu sama banyak dengan kete hahaha..aku pun join sama berparking bersama2 taik lembu hahaha, depan rumah orang kampung pun banyak jugak orang parking kete majoriti aku tengok plat luar kelantan le, rasanya tuan rumah minta bayar kot, takkan le tuan rumah baik hati sangat nak bagi orang parking kete tanpa bayaran yea tak? itu andaian aku ler sebab aku ni bab buruk2 sangka ni cepat benar parking kat kepala huk huk, hari tu abang askar ramai le pulak, kalu buat sesi ngorat ni kompem dapat ni, amboi gatalnya cik bedah..kang Mr. Arrogant tau kang padam muka aku.. selalunya tak ler seramai tu abam2 askar kita kalau ada pun tiga empat orang je..seram lak aku tengok abam2 askar pikul senapang ni tapi dek kerana semangat nak masuk mundok secara haram, maka aku terjah juga hahaha..

Yang tak menahan tu aku siap menanya kat seorang abam askar tu boleh ke aku masuk pekan mundok ni..terkial2 dia nak jawap, iyelah kang cakap bleh masuk salah pulak dari segi undang2 tapi kalau cakap tak bleh masuk lagi dia kesian kat aku ni yang suka buat muka seposen ni, last2 dia cakap try tanya abam askar yang lain kot2 depa bagi masuk hihi..ala aku tak tanya pun pastu terus menyusup masuk kat celah2 pintu kat situ..teror kan macam askar komando lak..hmm teror sesangat le tu kalau jadi apa hal sapa susah?

ni sungai untuk ke pekan mundok..sebenarnya aku was2 juga nak pegi ke tidak ni hehehe.


nak naik bot kena panjat titi ni dulu, bayar RM1..sapa2 yang tak suka aktiviti lasak untuk permulaan leh cuba panjat yang ni dulu hehehe

Tetapi..hah ada ayat tetapi tu tau hehehe..yang sebenarnya hati aku berdebar2 gak samada nak masuk ke tidak sebabnya lain macam je suasana..ya le tetiba menyeberangi tup2 tak leh balik malaysia kena tahan kat askar depa..aduh haru biru aku, masa tu aku nak minta tolong siapa le agaknya..ceciter, ceciter..


Sebaik je menyeberang kena melalui lorong ke apa ni untuk ke pasar mundok..ala dekat jer dalam 100 meter kot..

tu dia..jumpa dah MUNDOK..


meroyan tokey farida kalau tengok ni..


terliur gak tapi tak sempat beli..sori pakcik ye..lain kali kita rasa..




lagi murah baju kat sini dari Rantau Panjang n Pengkalan Kubor


pilih tie jangan tak pilih..


macam2 ada mak pak je tak de..


adik manis tapi minta tawar hampeh..




lecak..baru lepas hujan..


sempat amik gambar tebing Malaysia kat sana tu..


Pakwe aku cakap macam pasar malam huhu..


gerai buah pun ok le agak murah..



macam2 jenama beg kat sini..LV, YSL n cap pagoda pun ada hahaha


jeti nak balik ke Malaysia


seram tak..kalau jatuh pun dalam air jer..


babai Mundok..muahhh


sarat oo..risau gak aku..mana gogle?

Banyak le juga duit aku habis, barang murah gile..orang gile tengok pun makin bertambah gile le apalagi aku yang ni yang memang separuh dah nak jadi gile tengok barang2 tu semua..pasni mungkin datang lagi le..itu pun kalau tak kena marah kat askar le hahaha..apa pun sebaik je sampai kat kete fuhh lega..selamat aku akhirnya..nanti cite lagi yea..

Tiada ulasan: