Rabu, 16 April 2014

pos pasik aka sri permai

Hari tu masa aku gi KL, kawan kat opis offer, nak pegi tak perkampungan orang asli naik hilux..? tanpa fikir panjang terus aku cakap yess jer..dah lama tak ziarah kaum kerabat kat perkampungan orang asli ni woitt..Pos Pasik ni aku tak pernah dengar pulak walaupun aku ni pure kelantan..kira aku ni lagi jakun dari orang asli..dalam hati dok ingat biasa2 jer..rupanya dari bandar gua musang tu nak pergi ke Pos Pasik ni dalam 45 minit tu pun kena berhenti kat Meranto sebelum ke Pos Pasik, dari Meranto tu nak ke Pos Pasik kena naik hilux tau, ada le dalam 38km...laa ingatkan dengan bas juga fuhh..kalau jenis jalan bertar rasanya kejap jer kot tapi rerupanya kena melalui jalan balak, tau le kan kalau dah jalan balak mesti le jalan dia bengkang bengkok macam ular, kena pula harungi lautan debu, debu tu lak kalau kena muka leh buat mekap kalah Rozita Che Wan tiga inci oii melekap kat muka hihi, melalui jalan balak macam ni badan pun leh goyang sebijik macam naik kuda padi..memula tu memang le excited lebih2 lagi bila berselisih dengan lori balak dan stewong jenuh buntang mata aku..mana pernah aku tengok stewong hahaha...lama2 dari seronak dah mula bosan teramat sangat, pastu mula ler dok tanya "bila wei nak sampai huhu.." pandangan kat depan penuh dengan debu, daun2 kayu semua dah color merah..fuhyoo tebal oii..mau kena check paru2 ni hihi

Sebaik sampai pintu masuk ke Pos Pasik..siap amik gambar bagai..


pintu masuk ke Pos Pasik..di sini le perjalanan dengan hilux bermula..

sket lagi spek mata simpan dalam beg ler cik yah oii..

dalam hilux..tengok tu debu memang tak nampak apa benda pun kat depan..

inilah barisan kita..

peramah depa ni..


menari bersama kami..

budak2 ni sporting tapi gambar blur arr..almaklum kamera cap ayam hahaha



tu dia..berkaki ayam tapi sporting le


bakal jelitawan...

pemuda harapan bangsa..






ewah bukan main lagi si KC ni yea..


cara bakar ubi kayu..



ubi ni ler sempat aku bawa lari...


macam tak pernah jumpa ubi kayu jer hahaha



bakal bini tok batin hihi..

 budak perempuan yang baju purple ni nama dia monget..comel..


pra sekolah..

pengawas yang baru dilantik hihi..


macam comel jer kalau aku jadi cikgu ni..

SK Sri Permai..

berkaki ayam dah biasa bagi diaorang ni walaupun semasa perhimpunan..


Masyarakat orang asli ni rupanya dah kira moden le..memula aku bayangkan macam orang asli tu ler cawat bagai, depa ni kalau masak tak guna kayu api lagi dah..guna gas u..majoriti rumah depa ni takde lagi yang atap buluh atau rumbia..kalau ada pun yang tak banyak le. ramai dah dapat rumah pprt yang kerajaan bagi tu..pakaian depa pun dah ok takde ler selekeh sangat..perempuan orang asli dah pandai mekap2 ni walaupun atas mata mekap color hijau, lipstik merah menyala tapi kira moden le dari aku yang memang tak pernah nak pakai mekap2 ni ahaks..menurut kata seorang guru yang mengajar di SK Sri Permai, sepanjang dia mengajar perkampungan orang asli, dia tak pernah tengok orang asli gila atau istilah manis sket hilang ingatan sebab katanya budaya stress memang tak wujud di kalangan masyarakat depa..dengan kata lain le budaya dengki mendengki memang tak wujud..1Malaysia ni depa dah amal lama dah..saling bantu membantu memang dah jadi amalan depa sejak turun temurun..kalau masyarakat melayu kita agak2nya boleh amal tak sikap macam tu..tepuk dada sendiri jawap tapi aku yakin yang kuar sendawa ler urkkkk....

Satu lagi yang best bila aku tengok perempuan orang asli ni, yang dah jadi mak orang alahai muda2 nya..aku dok ingat dukung adik rupanya dah ada 3 anak walau usia baru 16 tahun..kalau aku ler tinggal kat perkampungan orang asli ni mau dipanggil nenek tua vogue kot hahaha..depa ni dapat makan, pakaian ala kadar dan tempat tinggal memang dah ok sangat..takde ler macam perempuan2 kita ni, orang beli emas sekerat lengan kita pun meraban paksa laki nak beli juga..takdenya nak gi oversea bagai, stim rambut, spa bagai..segalanya bagi mereka sekadar ala kadar ok le asalkan jangan lapar dah ler..

rasanya kalau aku diarahkan untuk bertugas di perkampungan depa tu..hmm mau aku meraung 24 jam..tapi silap haribulan mungkin aku ditabalkan jadi ratu cantik kot kat perkampungan depa hahahaha..

nanti aku citer lagi..




Tiada ulasan: