Isnin, 8 September 2014

Meh masuk U jap..

Sekarang ni musim ibu bapa dok sibuk nak masuk U, bukan depa nak masuk U tapi ofcos le anak2 harapan mak n ayah..yea le kan mak bapak mana le tak bangga anak masuk U, dodulu zaman aku tu kalau anak masuk U satu kampung tau, kalau yang lelaki yang nak masuk U tu ramai ler mak pak yang ada anak dara dok datang usap bahu sambil hulur sepuluh dua puluh hinggit..mana tau kot2 leh jadi menantu ya dok..tapi sekarang ni zaman dah berubah, bebudak masuk U ni dah jadi perkara biasa mungkin ramai sangat anak2 kita yang pandai..almaklum bila sel2 otak dah berhubung..

Dalam famili aku pun tak terkecuali..anak sedara aku dari anak kakak pun dapat tawaran masuk ke UITM Shah Alam, aku pun tumpang bangga le gak..tengok dia ni alahai lembik n manja je tapi alhamdulilah dia jadi kebanggaan kakak..yang lucu tu kakak dah awal2 minta aku tolong temankan dia untuk bawa ke Shah Alam kekonon aku ni kan bekas warga KL leh le jadi mekguard untuk dia kat sana..nak pegi dengan kete tak muat pulak, macam2 barang nak sumbat nanti..kena pegi dengan van nampak gaya ni tapi kitaorang takde van so kena sewa..sampai2 hari kejadian cewah keterujaan aku wei nak naik van..ni mesti van lawa ni...jeng3..sampai depan mata..gosok2 mata betul ke van nak bawa aku ke KL ni aduhai..teruk tul le van ni buruk bebeno sangat macam van angkut barang dagangan dari thailand nak di bawa ke Kota Bharu je..bayangkan dengan aircond takde..kerusi alahai..lantai van leh nampak jalan raya..apa le teruk sangat akak wei ko sewa van ni..sampai Gua Musang mau relai satu2 ni..risau semacam aku nengok rupa bentuk van ni..rupanya ada citer sebaliknya, van yang dah ditempah yang memang elok dah orang lain kebas..aparaa..sekeh kang tuan punya van tu baru tau..dengan lafaz bismilah dan tawakal bergerak le aku ke KL macam rombongan cik kiah bersama kakak dan famili dia..semua seramai 6 dewasa dan si kenit..

Mujur le sepanjang perjalanan nak ke Shah Alam tu, takde hal yang tak menyeronakkan berlaku mungkin Allah tau niat kita macam mana jadi Dia permudahkan bahkan si kenit aku ni yang usia setahun tujuh bulan siap menyanyi-yanyi sepanjang perjalanan..sakat orang nak tido n macam2 keleteh dia jadi hiburan..alhamdulilah

ni ler rupa bentuk van dari dalam..lompong sana sini sabar je ler ahaks..

Memandangkan kitaorang ni ala2 nak pegi hantar menantu, tempat penginapan tu jadi masalah pulak..takkan dengan ahli rombongan seramai tu kitaorang nak tinggal dengan sepupu..letih orang nak melayan kita..jadi paling selamat aku cadang nak sewa hotel je, mujur le dalam dok berkira2 tu kawan baik aku bagitau suami dia ada homestay kat Bukit Jelutong Shah Alam nun..orait le tu takyah susah2 nak mikir nak cari hotel bagai..kawan aku cakap untuk satu malam RM200 je..ok ler tak kisah asalkan jangan nak susahkan saudara mara dengan kedatangan kita..sekali datang orang layan lagi tapi lain kali dengar kita nak datang KL cepat2 je bagi alasan gi Afrika hahaha..Homestay kawan aku ni semua peralatan ada, senang le nak masak apa ke..semua selesa le..bagi kitaorang yang datang jauh2 ni leh rehat sepuasnya..kalau sapa2 yang dok jauh macam aku ni nak gi melawat anak belajar kat UITM Shah Alam atau apa2 tujuan yang suci murni  tu leh le tempah awal2 dari tuan punya apartment ni memang dijamin puas hati..tapi untuk tujuan maksiat tu memang tak dibenarkan..aku bukan nak kempen apa pun sebab takde komisen tuan rumah bagi hihi..

ni le ruang dapur homestay kawan aku kat Bukit Jelutong tu..

ruang tamu..

bilik solat

bilik bujang..bilik kelamin pun ada tapi tak tersnap mungkin keletihan menebal masa ni..


korang kalau nak tempah homestay kawan aku ni..ni hah no dia..jangan takut2 dan segan2 ye..
Esoknya pendaftaran sesi pelajar baru bermula..pukul 1 petang baru segalanya selesai..aduii letih gak le kita sebagai penunggu ni termasuk le kena angkut barang anak saudara bawa naik ke kolej dia..Shah Alam ni aku memang tak biasa sangat pun walaupun pergi dah berkali2 mungkin sel2 otak dah tak berhubung kot..nak cari tempat makan tengahari tu pun sesat barat, nasib baik le kak Mazanah n suami dia banyak membantu, kalau tidak memang kebulur le..mujur le akak kawin ye, aku pun nak kawin gak le ahaks..motif tetiba aku cakap hal kawin ni hehehehe..

Lepas makan tengahari tu kitaorang kena terus balik ke Kota Bharu..perjalanan masih jauh, alahai sedih pulak aku tengok anak saudara aku ni kena tinggal kat bumi Shah Alam..dia ni jenis manja sket orangnya tapi masa depan kena fikir juga..bab sedih ni kalau nak ikut hati takyah le pegi memana dok je bawah ketiak mak sampai ke tua tu pun kalau sempat tua..jadi macam aku ni brutal semacam je mana sedih2..ciss padahal hehehe..

Dalam perjalanan balik selama sejam aku makan "langsat" kat KL nun..cis kata bekas warga KL..alasan sebab jalan dan suasana dah berubah hahaha tapi mujur le dapat gak cari jalan keluar bila sel2 otak dah mula berhubung dengan jayanya..kul 2 pagi dengan selamatnya aku sampai ke rumah..letih gila wei, cuti kecemasan sehari, nasih baik le bos aku baik..sori bos tahun depan dapat tak gelaran pekerja cemerlang kalu macam ni peel nya huhu..

Nanti le aku cite lagi.. 

Selasa, 26 Ogos 2014

citer pegi kuching..


dah lama bebena aku aku tak update blog ni..makin hari makin malas..lagipun takde citer nak royak..hari tu aku gi kuching lepas raya seminggu, dapat tiket murah yang airasia offer, ingatkan dah tak jadi almaklum le baru lepas raya, duit pun dah tipis tp memandangkan dah beli tiket pastu aku bawa lak anak saudara yang tak pernah keluar dari kelantan maka dengan berat hati aku pegi le walaupun tahap muflis tu bila2 masa akan berlaku kat aku ni ahaks..Aku pegi lima orang jer..kawan aku si yati ni boking le hotel 360 hasil carian kat agoda.com, macam dah jadi tugas hakiki dia lak kalu bab boking hotel n tiket flight ni..nak harapkan kawan aku yang dua orang lagi tu untuk boking itu ini kirim salam je la, depa ni semua nak orang buatkan ala2 mem gitu kekadang tu aku bosan gak tapi nak buat macam ne hadap je la..citer bab hotel 360 ni aku sendiri pun takleh nak bayangkan kat mana hotel 360 tu walaupun ni bkn kali pertama aku g kuching gitu je kawan aku yang tiga lagi tapi menurut kawan aku dari terengganu yang pernah dok hotel ni bagitau hotel tu cantik dan selesa.

sampai kat epot kuching tu kitaorg amik teksi..5 orang kena caj rm47, tak jauh dan tak dekat le nak g hotel, yang sedang2 jer tp yang tak menariknya rupanya hotel tu area cina susah woo nak cari makan..ingatkan macam area satok or petrajaya yang berlambak kedai makanan orang melayu dan islam..aiseyy man apa ra minah ganu tu tak bagitau awl2, nak gi hotel lain kat area waterfront tu kad krdt dah depa caj..nak tak nak terpaksa le dok hotel tu..memalam nak dinner kitaorang order dari bilik le..ewah macam orang kaya lak tapi amik rega yang ala-ala je la tanpa minuman untuk jimat kos hahaha..nak kuar memalam cari makanan takde kenderaan lak, nak sewa nanti sesat barat, sesekali berlagak jadi orang kaya..bila dah kekenyangan campur lak badan letih tanpa citer misteri or citer pak pandir kitaorang tdo bergelimpangan macam orang mati hanyut, itu le rutin memalam bila aku travel kan..sadis tul.

Hari kedua tu kitaorang sewa van dari abang seorang kenalan aku ni, siap dengan pemandu bagai..sebijik macam mem main arah je nak g mana..pak supir kitaorang ni nama en. harun..ok le perkhidmatan dia ni agak puas hati..kalau nak sewa homestay pun leh gak dengan dia ni..orangnya agak ramah le, pagi tu sempat le dia bawa kitaorang breakfast makanan sarawak iaitu rumpik..macam lempeng tapi depa buat campuran tepung sagu dan kelapa manakala kuah dia adalah dari nira kabung..hmm ok le boleh makan..

Macam kanak2 ribena je bila kitaorang dibawa tengok orang utan kat Semenggoh tu, tapi tak jumpa pun orang utan katanya musim sekarang dia sombong bebenar nak kuar sebab musim buah, dibuatnya dia muncul mau pengsan kawan aku si kam tu sebab dia ni benda2 berbulu memang dia takut sangat..

Kg Budaya biasa le kan tengok rumah2 suku kaum kat sarawak tu macam bidayuh, melayu, cina, iban, penan dan lain2 cuma rumah aku je takde kat situ hihi..Rasanya kampung budaya ni tak banyak beza sangat semasa aku pegi tahun 1995, macam tu je.  Yang paling lucu kitaorang g tempat buaya..fuhyoo korang jangan tak caya lak..ada buaya kat situ nama "Sudin" ceh macam takde nama lain lak nak taruh, buh le nama moden sket yang menunjukkan keboyaan seekor buaya yang berkaliber..ni sudin hahahaha..takde la aku minat sangat dengan buaya2 ni tapi kalau buaya darat boleh gak le berkenalan huhu..

Kek Sarawak..ikan terubuk tu rasanya biasa je tapi aku ralat bebeno tak jumpa pucuk midin..memang nak sangat bawa balik sayur tu tapi apakan daya jodoh takde..reda je..nanti le aku datang lagi sekali satu flight pucuk midin aku angkut balik Kelantan hahaha

Satu kenangan lucu masa hari yang ke2 kat kuching tu tetiba perut aku buat hal..sakit perut macam cirit birit pun ada..jenuh le aku dok kejar tandas..sekali masa kat Merdeka Mall tu aku masuk le satu tandas tu..tergantung le tulisan "Tandas Premier" dah le bayar RM2 mak ai mahal tu, bila aku merungut nape mahal sangat, budak yang jaga tandas tu cakap maintenence tinggi..apa2 lah dik ooi  yang pasti aku dapat lepaskan hajat..melilau cari paip air aaikk mana ni..jenuh intai satu tandas..aisehman takde paip le pulak.. yang ada tisu tandas..sakit perut ni..malas nak fikir apa2..hajat tu kena lepas dulu le, yang lain2 fikir kemudian hihi..akhirnya sesuatu yang aku tak pernah buat seumur hidup..guna tisu wei..yuckk geli mak oii..balik hotel terus aku sental betul2..hampeh tul..macam ne le orang cina atau bangsa2 yang guna tisu ni leh idup..ishkk tak tercapai dek akal ku..

Sebenarnya kitaorang gi sarawak ni hanya sekadar nak lepaskan tensen jer..dah selalu sangat kitaorang gi sarawak, kalau dulu atas urusan keje tapi sejak aku balik Kelantan ni nak gi outstation luar selain dari Putrajaya tu kirim salam je la..nak pegi sila beli tiket airasia sendiri..sedihnya..ok lah nak cakap banyak pun tak guna, meh kita layan gambar aku kat sarawak..

depan perkarangan hotel kitaorang.. 

masa kitaorang gi sarawak tu ada pameran makanan sarawak, banyak makanan china..tak lalu nak masuk.. 

ini le "rumpik" sejenis makanan sarawak 

Mencari orang utan hihi..jeng jeng..

otw mencari orang utan..berdebar2 ni hihi.. 

sampai sudah..mana orang utan ni... 

tu dia..ramainya orang utan hahahaha.. 

 buaya ni nama dia "Sudin" tau..


tahun 1995 last aku datang Kg Budaya ni.. 

rumah bidayuh 

kalau rumah aku macam ni agak2 ada orang intai tak? 

tak sempat nak belajar menenun..

 macam OKU pulak si Umi ni hehehehe..

 bertingkat2 rumah orang melanau ni..

 Kami datang nak beraya..

 cantik rumah ke cantik tuan..sila perasan kak oii

 asyik menari je keje korang ye..

kat sini aku rasa kek dia mahal le sket berbanding dengan kek Mira tu..rasa sama je aku rasa..
mati2 le aku ingatkan gambir ni leh makan dengan sirih huhu.. 


bayar rm0.50 sen je naik perahu ni..

adoiiii.. 


posing jangan tak posing cik kak oiii

yang mana satu kucing ni hahaha.. 

nak rasa cucur campur ni macam ne sila datang Kuching yea..

Rabu, 16 April 2014

pos pasik aka sri permai

Hari tu masa aku gi KL, kawan kat opis offer, nak pegi tak perkampungan orang asli naik hilux..? tanpa fikir panjang terus aku cakap yess jer..dah lama tak ziarah kaum kerabat kat perkampungan orang asli ni woitt..Pos Pasik ni aku tak pernah dengar pulak walaupun aku ni pure kelantan..kira aku ni lagi jakun dari orang asli..dalam hati dok ingat biasa2 jer..rupanya dari bandar gua musang tu nak pergi ke Pos Pasik ni dalam 45 minit tu pun kena berhenti kat Meranto sebelum ke Pos Pasik, dari Meranto tu nak ke Pos Pasik kena naik hilux tau, ada le dalam 38km...laa ingatkan dengan bas juga fuhh..kalau jenis jalan bertar rasanya kejap jer kot tapi rerupanya kena melalui jalan balak, tau le kan kalau dah jalan balak mesti le jalan dia bengkang bengkok macam ular, kena pula harungi lautan debu, debu tu lak kalau kena muka leh buat mekap kalah Rozita Che Wan tiga inci oii melekap kat muka hihi, melalui jalan balak macam ni badan pun leh goyang sebijik macam naik kuda padi..memula tu memang le excited lebih2 lagi bila berselisih dengan lori balak dan stewong jenuh buntang mata aku..mana pernah aku tengok stewong hahaha...lama2 dari seronak dah mula bosan teramat sangat, pastu mula ler dok tanya "bila wei nak sampai huhu.." pandangan kat depan penuh dengan debu, daun2 kayu semua dah color merah..fuhyoo tebal oii..mau kena check paru2 ni hihi

Sebaik sampai pintu masuk ke Pos Pasik..siap amik gambar bagai..


pintu masuk ke Pos Pasik..di sini le perjalanan dengan hilux bermula..

sket lagi spek mata simpan dalam beg ler cik yah oii..

dalam hilux..tengok tu debu memang tak nampak apa benda pun kat depan..

inilah barisan kita..

peramah depa ni..


menari bersama kami..

budak2 ni sporting tapi gambar blur arr..almaklum kamera cap ayam hahaha



tu dia..berkaki ayam tapi sporting le


bakal jelitawan...

pemuda harapan bangsa..






ewah bukan main lagi si KC ni yea..


cara bakar ubi kayu..



ubi ni ler sempat aku bawa lari...


macam tak pernah jumpa ubi kayu jer hahaha



bakal bini tok batin hihi..

 budak perempuan yang baju purple ni nama dia monget..comel..


pra sekolah..

pengawas yang baru dilantik hihi..


macam comel jer kalau aku jadi cikgu ni..

SK Sri Permai..

berkaki ayam dah biasa bagi diaorang ni walaupun semasa perhimpunan..


Masyarakat orang asli ni rupanya dah kira moden le..memula aku bayangkan macam orang asli tu ler cawat bagai, depa ni kalau masak tak guna kayu api lagi dah..guna gas u..majoriti rumah depa ni takde lagi yang atap buluh atau rumbia..kalau ada pun yang tak banyak le. ramai dah dapat rumah pprt yang kerajaan bagi tu..pakaian depa pun dah ok takde ler selekeh sangat..perempuan orang asli dah pandai mekap2 ni walaupun atas mata mekap color hijau, lipstik merah menyala tapi kira moden le dari aku yang memang tak pernah nak pakai mekap2 ni ahaks..menurut kata seorang guru yang mengajar di SK Sri Permai, sepanjang dia mengajar perkampungan orang asli, dia tak pernah tengok orang asli gila atau istilah manis sket hilang ingatan sebab katanya budaya stress memang tak wujud di kalangan masyarakat depa..dengan kata lain le budaya dengki mendengki memang tak wujud..1Malaysia ni depa dah amal lama dah..saling bantu membantu memang dah jadi amalan depa sejak turun temurun..kalau masyarakat melayu kita agak2nya boleh amal tak sikap macam tu..tepuk dada sendiri jawap tapi aku yakin yang kuar sendawa ler urkkkk....

Satu lagi yang best bila aku tengok perempuan orang asli ni, yang dah jadi mak orang alahai muda2 nya..aku dok ingat dukung adik rupanya dah ada 3 anak walau usia baru 16 tahun..kalau aku ler tinggal kat perkampungan orang asli ni mau dipanggil nenek tua vogue kot hahaha..depa ni dapat makan, pakaian ala kadar dan tempat tinggal memang dah ok sangat..takde ler macam perempuan2 kita ni, orang beli emas sekerat lengan kita pun meraban paksa laki nak beli juga..takdenya nak gi oversea bagai, stim rambut, spa bagai..segalanya bagi mereka sekadar ala kadar ok le asalkan jangan lapar dah ler..

rasanya kalau aku diarahkan untuk bertugas di perkampungan depa tu..hmm mau aku meraung 24 jam..tapi silap haribulan mungkin aku ditabalkan jadi ratu cantik kot kat perkampungan depa hahahaha..

nanti aku citer lagi..