duit sebanyak ni kalau ringgit malaysia adalah seribu..
inilah kadar tukaran aku masa tu..
Pepagi lagi sebelum ayam berkokok aku dah bangun, siapkan semua bekalan termasuk kain baju, ubat-ubatan dan paling utama duit dan pasport. Dalam hati berdoa agar aku ok sepanjang perjalanan pergi dan balik. Aku ke Rantau Panjang dengan menaiki grab, melayang duit aku untuk pusingan pertama RM50. Setelah selesai cop pasport kat imigresen Malaysia, aku jalan kaki sahaja dari sempadan Rantau Panjang ke sempahan Thailand. Sambil jalan kaki sempat berposing-posing, kat sini jer dah berpuluh gambar aku snap tu belum Hadyai lagi..
memasuki imigresen thailand..
tu dia tiket keretapi tapi bukan untuk seorang..12 orang u
stesen keretapi sungai kolok thailand..
kebanyakkan orang mesia je yang aku nampak...
aku sedang membilang jumlah penumpang hahaha..
Perjalanan ni tak terasa lama sebab kami
banyak berborak dan suasana dalam kereta api tu yang tak membosankan. Boleh
tengok jenguk keluar tingkap sebab train hatyai ni jenis open tingkap
macam cerita hindustan tuuu..sepanjang duk atas train ke hatyai ni
kita boleh tengok suasana kampung sebab train pergi hatyai ni banyak berhenti2
di setiap stesen. Ada dalam 12 stesen juga rasanya. Tapi mereka berhenti pun
sekejap jer di setiap stesen. Train hatyai ni cuma ada kipas jer. Tapi sebab
tingkap boleh open, udara leh la masuk tapi haba dan bahang tetap terasa.. Angin kuat dari luar
jadikan kita rilex jer bersandar atas kerusi kayu yang klasik..Kalau kita naik
di sungai kolok, tiket pergi hatyai dalam jam 9 pagi waktu thailand. Kalau
waktu malaysia jam 10 pagi. Jadi kita rancang la perjalanan kita tu dengan
sebaiknya.
tu dia dah sampai kat stesen hadyai..
stesen keretapi hadyai dari hotel ku..
Untuk pergi ke hatyai, kita perlu ada borderpass
atau passport untuk melepasi imigresen malaysia dan imigresen thailand. Kalau
kita orang kelantan, kita boleh terus buat borderpass di imigresen malaysia.
Borderpass ni hanya layak dibuat oleh warganera malaysia yang menetap di negeri
bersempadan dengan thailand. Contohnya negeri perlis, kedah dan juga kelantan.
Kalau kita dah ada passport, boleh terus guna passport untuk masuk thailand. Sebelum pergi, aku booking hotel secara
online di agoda.com. Hotel Laemthong dengan harga RM130 untuk 3 hari 2 malam. Tapi bila aku walk-in jer untuk satu bilik lagi harganya RM95 jer..rasanya lagi murah dari boking secara online. Di sepanjang perjalanan naik keretapi, kita tak perlu risau
lapar sebab akan ada peniaga yang akan berjalan dan berniaga sepanjang
perjalanan, banyak peniaga dan warga
thailand yang akan naik train ni untuk ke Hatyai atau stesen lain. Makanan dan
air pun tak mahal mereka jual atas keretapi ni, sekitar 20-30 bath sahaja
setiap makanan. Lebih kurang RM2-RM4.
hotel ni ler aku menginap..
tengok la gambar tu hahaahaha..
bilik ni ok le untuk tido..tiga orang aku sumbat dalam ni..tido macam ne pepandai korang ler..
tarian tiang ke ni hahaha..
Sampai kat Hadyai, kita boleh menaiki tut-tut ataupun grab, bersepah kat sini pilih jer tetapi semasa sampai kami disapa oleh pemandu tut-tut thailand namanya awee yang boleh berbahasa melayu, dia menawarkan servis trip untuk dua hari dengan seorang 300B ke bandar Hadyai dan Songkla, tanpa banyak songeh aku yea je la..malas nak fikir. Mulanya aku nak terus ke hotel untuk check-in tapi pemandu tut-tut bernama awee ni mencadangkan agar pergi makan di restoren yang paling sedap, aku berkeras untuk check-in dahulu lepas tu baru makan, rupa-rupanya hotel yang aku boking tu dari stesen keretapi hanya ler sepelaungan je..jalan kaki tak sampai pun 5 minit. Si awee bawa kitaorang ke restoran Chelee D'Hatyai, kali ni makan memang mewah gila tapi bayaran pun agak mewah, di sini untuk kali seterusnya duit melayang lagi 2500B untuk 8 orang dewasa makan. Dah isi perut semua kitaorang ke Museum 3D. Bayaran masuk 300B untuk seorang. Itupun banyak gambar 3D yang kami amik dan memang best giler la posing kat sini macam gaya dan aksi.
tut-tut ni ler kita orang boking untuk dua hari..
anak buah aku le ni..suka bawa depa jejalan..
tu dia..pemduduk sebenarnya ahaks..
selepas perut kenyang..
memang best la tapi rega pun best gak huhu..
muzium 3D...
hati2, nanti di bawa lari..
alif bersama peminat ciliknya..
hulurkan tangan mu..bon n me
Malam tu si awee datang untuk bawa kitaorang ke Asean Night Market. Kat sini la orang malaysia pergi shopping baju dan cenderamata juga tempat makan-makan. Bab makan ni aku tak ler ghairah sangat cukup sekadar untuk perut kenyang ok la, jadi sempat la aku beli meehoon tomyam yang agak pedas untuk di bawa balik ke hotel. Tingkat atas pasar ni diorang jual makanan ala2 food court dan tingkat bawah jual baju, beg dan macam2. Barang2 kat sini tak ler murah sangat pun, harga lebih kurang kat Kota Bharu jer. Kat sini kena pandai tawar menawar la tapi aku soping jenis tak reti nak tayar menawar, apa yang dipamer itu la yang aku bayar, terror tak hahaha.
tomyam pedas ni semua diletak..ketam udang kerang telur dan memacam lagi..best sangat tapi sebab pedas hilang selera aku hahaha
takde apa yang nak aku beli..
semua single kecuali makcik dia yang tak berapa nak single hahaha..
pemandangan dari atas pasar..
Macam biasa sebelum subuh tu aku dah kecoh kejutkan semua anak saudara untuk bangun takut depa terlewat bangun jer..bebudak ni kalau kita tak jeritkan memang merengkuk dalam selimut jer la lebih lagi kalau dah tempat tido ber'ekon bagai..bab masa ni memang aku pantang sikit, kalau lewat memang kena bebel la. Pagi ni aku bercadang untuk makan kat Chabura Dimsum tapi si awee mencadangkan agar aku ke satu restoran yang ada jual DimSum asli dan pelbagai makanan lain, aku ni jenis mudah jadi aku ok je, nama restoran tu aku lupa la ahahah, Dimsum ok le tapi nasi kerabunya alamak manis gila, memang tekak aku takleh terima kalau bab makanan manis-manis walaupun aku ni kelantan pure. Lepas makan bagai, kitaorang ke Chang Puak Camp tempat
naik gajah atau elephant trekking. Kami cuma ambik pakej bergambar dengan gajah
sahaja. Beli pisang dan bayar 100 baht. Dan ambik gambar bersama gajah dan
jalan2 sekitar kawasan tu. Kalau nak ambik pakej full harga 500 bath seorang
atau 1000 bath seorang untuk keseluruhan permainan.
restoren dimsum yang aku dah lupa namanya..
ni ler rupa dimsum tu..sedap la..
aku tak pernah tengok gajah..rupanya besar gak la ye..ahaks..
aku ni suka bawa anak buah jejalan..semua di support, nanti esok2 aku dah tua korang bawa ler makcik korang ni berjalan2 keliling dunia ya..ahaks
eskrim yang sedap rega rm4 kat pantai samila..
pasirnya halus sangat..
Semasa di Samila Beach, kita orang sempat makan aiskrim kelapa dengan harga cuma 40B, rasanya sedap sangat, tapi jenis perut orang kampung macam aku ni lepas makan terus aku cari tandas..kalau tak biasa memang perut aku akan meragam. Kat sini sempat juga aku berposing dengan patung duyung, entah mana keistimewaan patung duyung ni tak tau sampaikan ramai manusia beratur nak bergambar. dan inilah trade mark utama Samila Beach Duyung Tembaga yang sedang menyisir rambut, kalau sampai kat Samila Beach ni, kalau tak bergambar dengan 'menatang' ni maka orang itu belum dikatakan sampai di Samila Beach..oleh itu jeng..jeng,,
bergambar kenangan dengan si duyung tembaga..kalau aku cium boleh jadi putera raja tak hahaha?
cantik permandangan depan kat mesjid ni..
mesjid di Songkla ni ler tempat orang malaysia kawin lari kat sini yang tanpa restu bini tua hahaha
kalau sapo-sapo nak kawin kat thailand leh ler kontek aku yea..bayaran pm tepi hahaha
seterusnya perut dah lapar, jom kita ke floating market hatyai. Kat sini orang kata syurga makanan pada penggemar makanan thailand. Macam2 ada yang pasti banyak yang halal kat sini. Nak tahu halal senang jer, tengok peniaga tu pakai kopiah atau tudung maka muslim lah tu dan halal makanan yang dia niaga. Kalau orang malaysia yang muslim belum tentu pakai tudung dan banyak yang free hair. Kat sini orang muslim pakai tudung dan ianya memang budaya dan kelaziman cara hidup mereka. Susah nak cari muslim di thailand ni yang bukak tudung atau free hair. Itu beza muslim dan non muslim di thailand ni. Tapi kat sini terlalu banyaknya si dog yang berkeliaran, aku memang alergic dan takut dengan dog-dog ni semua..apalagi selera untuk makan memang terbantut terus..baunya pun bagi aku tak menyenangkan..
Malam tu aku meronda sekitar Lee garden, tujuan sekadar tengok2 tapi ada beberapa barangan yang aku tak sempat beli sebab muflis hahaha..nanti lepas ni aku nak datang lagi..siap ler aku soping habisan..darlinggg..standby duit ye untuk ayang soping huhu
HARI KETIGA
udang di jual sekitar lee garden..sedap tengok tapi pandang je la sebab konfirm mahal kan..
HARI KETIGA
Hari terakhir aku kat Hadyai, lepas checkout hotel dan bersiap2 untuk balik
ke rantau panjang. Kami buat keputusan untuk balik naik van thailand pula ke
rantau panjang. Dari hotel kami berjalan kaki ke jalan besar untuk naik tut
tut. Jangan risau khidmat tut tut ni sentiasa ada dan mereka ni akan round
bandar untuk bawa dan cari penumpang. Depan hotel yang aku tinggal tu memang
banyak tut tut yang lalu depan kami. Akhirnya kami naik tut tut dengan bayaran
20 bath untuk seorang ke stesen van @ stesen bas hatyai. Kira ok lah takde lah
mahal sangat. Ia bergantung pada lokasi kita nak pergi mana. Paling murah jarak dekat
biasanya 20-50 bath seorang.
Sampai di stesen van, kami terus beli tiket untuk ke rantau
panjang/sungai golok. Ada banyak kaunter kat sini. Kena tanya orang dan cari
kaunter sungai golok. Harga tiket naik van adalah 260 bath seorang. Kami tak perlu menunggu lama untuk naik van sebab geng-geng memang dah
cukup 11 orang. Kebiasaannya kalau beli tiket naik van ni
kena menunggu untuk cukupkan orang, baru van boleh bergerak
Disini aku nak ingatkan, anda
perlu sediakan International Adapter sewaktu berada di Hatyai atau di mana-mana
sekitar Thailand. Ini kerana, negara itu menggunakan dua soket. Anda juga boleh
membeli soket tersebut ketika berada di sana. Medium pengangkutan di Hatyai adalah minivan, taxi dan moto taxi oleh itu pilih la mana satu yang berkenan.
Tu jer la aku nak citer pasal Hadyai ni..lama dah aku tak update blog ni kemalasan melanda..byeee
Tu jer la aku nak citer pasal Hadyai ni..lama dah aku tak update blog ni kemalasan melanda..byeee