Isnin, 2 Julai 2018

Bario..aku datang lagi..

Bario? ada kawan2 aku tak tau kat mana tempatnya, ada yang tanya kat oversea ke haha..Bario ni terletak kat Sarawak jer cuma tempatnya jauh di pedalaman sana..apa yang menarik kat sana? kalau korang dok ingat kat bario ni ada KFC, Pizza atau MD atau segala makanan matsalleh, lupa kan ler.  Paling menarik bagi aku kat sini adalah alam semulajadinya yang masih terpelihara sebagaimana  kita di awal 70 an dulu.  Namun begitu, banyak juga kemudahan yang terdapat di sini antaranya Balai Polis, Kem Tentera, Sekolah Menengah dan Rendah, Klinik, Kemudahan internet walaupun hanya di pekan bario, perpusatakaan awam serta gereja.  Semasa aku menjejaki Bario kali pertama dulu, banyak aku tak dapat nak explore pun bario ni tapi kali ni memang satu bario aku jelajah memang puas hati betul..
 
  
Bario adalah sebuah daerah kecil yang mempunyai keindahan semulajadi yang sangat menarik di Sarawak. Terletak di Kelabit Highlands, Bario adalah ‘home’ untuk suku kaum kelabit yang telah menetap di sini sejak berkurun lamanya.

 sebelum berangkat ke miri..ngopi jap

 
Untuk ke Bario ada 2 cara sama ada menggunakan jalan darat yang mengambil masa kira-kira 12 jam atau menggunakan pesawat ringan yang boleh memuatkan 19 orang penumpang. Kalau naik pesawat ni masa perjalanan hanya 50 minit daripada Lapangan Terbang Miri. Bukan senang nak merasa naik pesawat kecil ni, jadi aku rasa ni antara aktiviti menarik sebelum korang sampai ke Bario

Aku pergi ke bario sebaik sahaja berlakunya PRU14 iaitu pada 10 Mei 2018.  Geng aku kali ni dari Pahang, Perak dan Kuala Lumpur.  Kitaorang bertolak ke Miri dari KLIA jam 2 petang dan perlu bermalam di Miri satu malam kerana waktu penerbangan ke Bario adalah terhad dan kemudiannya bertolak ke Bario pada keesokan harinya.  Kapal terbang ke Bario beroperasi dua kali sehari, tujuh hari seminggu. Penerbangan ke Bario menggunakan khidmat kapal terbang MasWing, model twin-otter.

Hotel Jinhold & Service Apartment tempat kitaorang lepak satu malam di Miri, ianya terletak berhadapan dengan lapangan terbang Miri.

masuk je hotel ni wahh..leh main masak-masak ler..
ruang tamu yang agak sejuk mata memandang..

biliknya bagi aku amat selesa, kemas dan teratur..leh korner baring sampai pagi..


kitaorang bertolak ke tanah tinggi Kelabit-Bario pada jam 9.00 pagi. Tiket penerbangan ke Bario adalah berharga RM 110.00 yang menggunakan pesawat twin-otter. Apa yang istimewa menggunakan pesawat twin otter ialah bukan setakat barang kita sahaja yang perlu ditimbang, malah kita juga perlu ditimbang sekali!! masa ni jarum penimbang tak bergerak kot sebabnya aku kurus sangat hahaha...

ni ler pesawat yang membawa kitaorang ke bario..



macam pesawat vip pulak ye haha

Perjalanan darat menerusi jalan raya serta off-road dari Miri ke Bario dikatakan memakan masa kira-kira 12 – 17 jam, bergantung kepada cuaca. Rasanya untuk 8 jam perjalanan pun memang aku dah tak sanggup inikan pula 17 jam..penerbangan cuma selama kira-kira 50 minit, namun ia merupakan pengalaman yang cukup menyiksakan. walaupun kapalterbang, terbang rendah je tapi lantaran bunyi bising enjin kapal terbang serta flight macam tidak stabil, terutamanya selepas melanggar awan. Bergoyang-goyang kejap turun dan naik ke atas, kecut perut jadinya.

pemandangan yang cukup indah..

Bagi yang pertama kali naik flight ni seolah macam bas mini jer, flightnya kecik jer, bila dia langgar awan, bergoyang-goyang..kita leh ngorat pilot ni, tu pun kalau dia layan hihi..



sebaik je tiba di bario..

ni ler rupa lapangan terbang bario dari luar..



bergambar dengan suri-suri Mr. Pilot..



Sebaik sahaja sampai, kitaorang dijemput oleh tuan punya homestay Nancy N Harris.  Sebelum tu sempat le singgah kejap kat pekan bario, ronda2 kot-kot ada barang yang berkenan..pekan bario ni takde le besar sangat, apa yang aku perhatikan barang jualan kat sini hanya la sayuran kampung sahaja, kalau nak cari rambutan langsat, duku, durian tu rasanya takde kot..Kebanyakan penduduk Bario terdiri daripada Kaum Kelabit, etnik terkecil di Sarawak.  Dikhabarkan masih terdapat sekitar 5,000 orang kelabit di Sarawak dan 1,999 daripadanya menetap di Bario, majoriti penduduknya adalah penganut kristian.

pekan Bario..
kat pekan ni le dijual bermacam-macam keperluan termasuk sayuran kampung..


tu dia pucuk mydin..bagi aku ianya sangat sedap bila digoreng..banyak dijual kat pekan bario, reganya hanya RM1 jer


Nasi ni dimasak lembik dan dibungkus panas-panas. Tapi bila sejuk nasi tu jadi macam pulut dan aroma dari daun isip tu menambahkan kesedapan.




Kali pertama ke Bario, homestay ni la aku menetap, keadaannya tak jauh beza cuma yang berbeza dari segi cuaca je, kalau dulu sepanjang masa hujan turun dengan lebat, sampaikan setiap hari aku kena pakai baju tebal nak elak dari sejuk, ali ni cuaca kat sini aku rasa agak bahang sket walaupun air paip tetap sejuk macam dulu.  Aku difahamkan air disini disalurkan daripada empangan yang juga dibina untuk pengairan sawah di Bario.

 
kedudukan sofa macam dulu jugak..
  
salah satu menu kitaorang..yang merah tu goreng bunga kantan, goreng umbut sagu dan goreng pucuk mydin..makan sayur je la kitaorang sepanjang kat sana, seingat aku hanya dua kali jer berlauk ayam dan ikan...jenuh telan makan nasi dengan sayur haha..

 
bersama tukang masak kitaorang dari indon.."Bak Ang"
dah lama aku tak tengok memasak menggunakan dapur kayu macam ni tetapi di Bario masih lagi diamalkan, namun begitu permintaan terhadap penggunaan gas memasak semakin tinggi oleh penduduk tempatan di sini.

besar-besar kulit kayu manis..sempat le aku beli dua batang..untuk hiasan sebagai bunga kat rumah..

 
tu dia kulit kayu manis leh  buat pencungkil gigi, nampak sangat aku bohong ye..hahaha..


Satu lagi kemahsyuran Bario ialah garam Bario. Di sini terdapat lubang yang dipanggil Bario Salt Springs. Airnya yang masin, dimasak selama 24 jam sebelum diekstrak garamnya. Garam ini kemudian dimasukkan ke dalam paip buloh dan dibakar untuk mengeraskannya. Ia kemudiannya dikeluarkan dari buloh, dibungkus dengan daun dan dicadangkan disimpan di tempat yang kering dan selamat. Garam ini digunakan dalam masakan serta untuk preserve daging.
Untuk menggunakannya, buka daripada bungkusan dan dipecah hancurkan. Warnanya cokelat kelabu gitulah. Apa keistimewaan garam ini ? Rasanya tidaklah begitu masin berbanding garam biasa yang terdapat di kedai atau supermarket. Mungkin istimewa sebab ia dihasilkan dari sumber mineral yang natural.
Beras Bario memang dikenali ramai dan harganya juga mahal.  Apakah mahalnya kerana ianya sedap atau mahal kerana kos hendak membawanya keluar dari Bario adalah tinggi,  Tetapi kalau tiada permintaan dari luar tentang beras Bario tentunya tiada nilai dagangan juga beras ni.  Beras Bario dihasilkan secara organik bebas daripada pencemaran alam, menyebabkan ianya selamat dimakan tapi kandungan kanjinya aku tidak pasti..


Kat bario ni juga terkenal dengan ladang nanas bario, ianya ditanam di lereng-lereng bukit, rasa manis dan tidak lidas..masa ni nanas baru je di tanam semula, jadi tak sempat la memetik bagai ala-ala tuan punya ladang..hanya sempat ber'ala-ala model gitu..


ni kes melarikan anak dara orang ker..?


Puncak Bukit Korea..

Aktiviti trekking adalah antara perkara yang paling best untuk dilakukan di Bario. Aku sempat mendaki Bukit Korea je, malas nak daki yang tinggi2 ni, bukan apa takut sakit lutut jer hahaha..Kat Bario ni ada 9 laluan yang paling popular kalau sesiapa yang berminat nak asah tapak kaki dan lutut..
  • Korea Hill Trek – Easy (10-15 minutes)
  • Prayer Mountain Trek – Medium to Hard (45-60 minutes)
  • Pineapple Farm Trek – Easy (10-15 minutes)
  • Penan Village Trek – Easy (20-30 minutes)
  • Bario Salt Factory Trek – Easy (15-20 minutes)
  • Pa Ukat Village Trek – Easy (15-30 minutes)
  • Pa Lungan Village Trek – Medium to Hard (4-5 hours)
  • Pulong Tau National Park Trek – Medium to Hard (3-5 Hours)
  • Bario to Bakelalan Trek – Hard (1-2 days)

Sekiranya anda ingin menikmati sunset di Bario, Bukit Korea adalah antara lokasi yang paling ideal. Bukit Korea terletak tidak terlalu jauh dari kawasan pekan utama dan hanya mengambil masa sekitar 10 minit untuk anda mendaki ke tempat tersebut.


aksi kat puncak bukit korea..bukan penat sangat pun tapi jenis ngada2..ahaks


Berbasikal adalah salah satu cara terbaik untuk anda mengelilingi Bario. Dikelilingi dengan keindahan landskap semula jadi, dan juga tiada halangan trafik dari kenderaan seperti dibandar.

bergambar bersama rumah-rumah kediaman yang dah semakin moden..



 salah satu keunikan orang kelabit ni iaitu memanjangkan telinga. Makcik ni kitaorang jumpa kat pekan Bario.  Mengikut ceritanya cuping telinga di tebuk semasa mereka masih kecik lagi dan kemudian diorang akan pakai subang yang berat. Kesannya, cuping telinga akan memanjang. 


 
Rumah panjang Bario Asal inilah merupakan satu-satunya rumah panjang yang masih tinggal.  Ia juga dikaitkan dengan usaha pihak berkuasa suatu ketika dahulu untuk mengumpulkan penduduk Bario yang bertaburan khususnya bersempadanan dengan Indonesia bagi melindungi mereka daripada serangan semasa konfrantasi.  Rumah panjang ini merupakan rumah kayu beratap zink dengan kira-kira 30 buah rumah atau pintu, lengkap dengan set sofanya, peralatan elektrik, malahan flat tv 42 inci dan melanggani siaran stesen TV berbayar.  Terdapat juga kedai yang menjual hasil krafttangan penduduk Bario

tetamu datang nak beraya..ahaks

Bario adalah kawasan yang didiami oleh suku kaum kelabit, oleh itu jangan lepaskan peluang untuk anda melawat rumah panjang mereka. Ianya berbeza dengan rumah panjang suku kaum lain di Sarawak.
kesian emma sebelum pergi dah berangan nak pakai baju kelabit, tapi sayangnya baju ni kecik sket dan bukan si emma yang besar tau haha

gadis cilik jelita suku kaum kelabit di Bario..

sempat bergambar dengan bangkai yang tidak pernah busuk..bangkai flight hahaha
Sebagai insan yang bergantung pada teknologi moden, aku tidak dapat pisahkan diri dari telefon bimbit. Tanpa alat tersebut, aku rasa dunia terasing dan terpisah dari dunia luar. Hidupku kacau bilau, cinta di luar sana terputus terus. disebabkan gadjet ICT tersebut jugalah hidup aku tidak tenteram. Apa tidaknya, aku tak dapat berhubung dengan my skandal..sadiskan huhu..kat bario ni hanya wifi di pekan bario ni jer, kalau nak berhubungan kena berada di sini sekurangnya dua jam kalau tak cintaku putus di lautan sepi haha..

berkhayal sambil menikmati pemandangan yang cukup indah, udara masa ni fuhh nyaman betul..

ahhh..apa kabar orang di sana....

tasik buatan..
buaya terrr...

pemandangan sawahnya yang luas menghijau serta berlatar belakangkan gunung-ganang cukup indah bagi aku seolah ilusi lukisan semasa kecil dulu dah terzahir di depan mata.. masa ni kebanyakkan sawah seperti masih baru ditanam, tiada pokok padi yang telah berbuah, apatah lagi yng dituai, Sebelum ini aku ingatkan padi bario ditanam di lereng bukit ternyata aku silap, penanaman padi bario ni sepertimana di semenanjung cuma kelebihannya ditanam di dataran tinggi. 


model untuk santapan pacat dan lintah..


sempat jadi orang-orang..kalau burung tengok leh terpikat tak?


masa ni PH baru amik alih Malaysia..penyokong tegar Tun M..





Jalan berlopak ni untuk menuju ke kilang garam bario.  Apa yang aku lihat kebanyakkan jalan-jalan di Bario ni nampaknya merupakan jalan tanah biasa.  Permukaannya tidaklah rata, sesekali kita akan melalui jalan simen, kenderaan tidak boleh  bergerak laju, hanya kenderaan 4WD sahaja digunakan disini.  Pembuatan jalan tar memerlukan kos yang tinggi kerana ianya perlu dibawa dari luar.  Tiada pengangkutan awam di sini, kenderaan pickup atau 4WD hanya diguna untuk mengangkut barang.  Motosikal serta basikal menjadi pengangkutan utama penduduk di sini.

Kalau kat semenanjung mati hidup balik memang takdenya aku nak panjat kenderaan macam ni..
pekerja ladang baru melapor diri hahaha..

Satu lagi kemahsyuran Bario ialah garam Bario. Di sini terdapat lubang yang dipanggil Bario Salt Springs. Airnya yang masin, dimasak selama 24 jam sebelum diekstrak garamnya. Garam ini kemudian dimasukkan ke dalam paip buloh dan dibakar untuk mengeraskannya. Ia kemudiannya dikeluarkan dari buloh, dibungkus dengan daun dan dicadangkan disimpan di tempat yang kering dan selamat. Garam ini digunakan dalam masakan serta untuk preserve daging. Untuk menggunakannya, buka daripada bungkusan dan dipecah hancurkan. Warnanya cokelat kelabu gitulah. Apa keistimewaan garam ini ? Rasanya tidaklah begitu masin berbanding garam biasa yang terdapat di kedai atau supermarket.  Mungkin istimewa sebab ia dihasilkan dari sumber mineral yang natural.


menuju ke telaga garam Bario. Garam Bario dikatakan sebagai di antara garam yang terbaik di dunia. Perjalanan ke telaga garam melalui kampung Pa Umor. Penghasilan garam Bario agak unik, yang mana sumbernya berasal dari telaga yang mengeluarkan air masin. Air dari telaga tersebut dimasak selama 24 jam sehingga kering.



sempat lagi bergambar mesra bersama telaga garam Bario..


luaran kilang garam bario..

Dua pekerja kilang Bario sedang berposing hahaha.  Aku difahamkan garam Bario adalah salah satu produk yang terkenal. Cara penghasilanya masih tradisional dan merupakan satu proses yang menarik. 

aksi posing belakang..

lagi...

dan lagi aksi posing belakang..hihi

kalau ditakdir jambatan ni runtuh..haru biru oii..

kepuk padi pun jadi modal untuk bergambar..macam ler kat perak tu takde kepuk padi yea..

nanti lain kali nak try duduk sini pula tapi lain kali bila tu, rasanya aku tak datang  lagi dah..


lihat ler keindahan..alam mencelah langit biru....
buah ni masa kecik dulu kakak selalu buatkan rantai untuk aku pakai..cucuk dengan benang tapi sekarang kat kampung aku dah tak wujud lagi dah buah ni..
keindahan yang masih wujud di Bario..

dah nak balik ke Semenanjung..puas hati dapat meneroka keseluruhan bario..

Selama 4 hari juga la aku kat Bario, kira jangkamasa yang agak lama, kalau lelama mungkin lagi bosan sebabnya tak lain dan tak bukan kemudahan wifi takde hahaha..Lepas ni destinasi ke lain tempat pula.  Jauh perjalanan luas pengalaman.  Hepi sangat percutian kali ni lebih lagi kalau yang join tu satu kepala dengan kita, yang otak sama-sama mereng.  Sebaik sahaja tiba kat semenanjung keesokkan harinya terus puasa.  Nanti kita jumpa lagi..byee