Isnin, 11 September 2017

Balar..

Dari tahun lepas lagi projek nak ke Balar ni..ingatkan dah tak jadi tapi bila bos aku cakap jom kita ke Balar..lopong aku..aihh malas nyer aku nak ke sana.  Balar ni adalah nama tempat di satu daerah pasir berdegung hahaha..tak ler aku lawak jer..ianya terletak di Gua Musang di satu kawasan pendalaman yang tiada sebarang kemudahan.  Bayangkan la kalau tiada kemudahan fuhyoo mencabar gua cakap lu.  Nak pegi balar ni jangan berangan la nak naik kete mewah apa lagi yang spesis viva atau kancil..hanya kenderaan pacuan 4 roda ok sebabnya nak tuju ke sana kena hadap segala selut dan lumpur yang leh cecah paras lutut..kalau musim hujan lagi ler dengan jalannya licin dan kenderaan yang kita naiki leh berputar-putar bak gasing..bila brek kete dalam keadaan jalan licin dan berputar, anda akan mati bukan kete yang mati tau..hanya pemandu 4x4 jer yang tau kenapa..tu pun setelah diberitahu oleh Abg Mat selaku pilot kitaorang ke Balar..teror tul dia bawa 4x4 ni..korner sana korner sini fuhh melambung2 macam dok dalam kapal angkasa soyuz lak..perghh macam pernah naik soyuz yea..

 sebelum nak menuju ke balar..pekena durian kunyit dulu..sebakul ni RM2 ribu u..perghhh..


 kuning macam kunyit tapi disebut juga durian musang king..


bergambar bersama datin selaku tuan rumah..terima kasih kerana sudi menjemput..

 otw nak memasuki Balar..jambatan tengah repair..tapi mujur la tak terkandas..


melalui lereng-lereng bukit..seriau bulu roma ku..dibuatnya kenderaan terhumban..alamak takleh nak fikir..seram..aku tekleh nak pandang rasa gayat dan memacam..padahal sebelum ni gunung mana aku tak terjah tapi yang ni cukup membuatkan aku fobia..kalau diberi peluang untuk datang sekali lagi rasanya cukup la seklai ni kot..

 
merenung jauh setelah sampai ke anak sungai pertama..nak pergi ke Balar ni kena melalui 4 anak sungai..


 tetiba salah satu kenderaan pacuan kitaorang rosak,,fullamak..mujur ler dapat settle selepas tu..kitaorang khuatiri hujan jer dalam perjalanan....kalau tidak jenuh ler tido dalam hutan..


 berhenti di anak sungai ke dua..masa ni dah tengahari, perut dah mula bernyanyi-nyanyi..buka bekalan terus ngap..sedapnya makan dengan suasana gini..


 me and bos..

sementara tunggu depa makan..aku dengan bos sempat ler berposing sakan..dalam hutan pun hutan ler yang pasti posing..

Nak sampai ke balar ni amik masa 4 jam..rasa macam lama sangat..nak tidur memang tak ler..terlambung-lambung..sakit badan aku..kita tidak boleh keraskan badan nanti badan makin sakit jadi kena ikut rentak kenderaan tu..kalau belok kiri badan kena lentuk kiri..tapi sakit badan tu tetap juga jadi..adoii nyesal ikut tapi sebab tugas terpaksa la den..


akhirnya setelah 4 jam berlalu dengan rasa huyong hayang yang amat sangat maka sampai ler aku ke SK Balar..alhamdulilah..


beberapa langkah jer dari SK Balar jumpa air terjun ni..sejuk, bersih dan nyaman..rasa nak mandi jer..(abaikan betis ku yang kurus kering tu..)

eh makcik klener ni nak pegi mana yea..
 

laa makcik klener ni nak pegi terjun kat air terjun tepi sekolah tu rupanya..dah lama betul mak cik tak buat keje tak bermoral macam ni ahaks..



malam tu sempena meraikan kedatangan kitaorang, pihak sekolah membuat sedikit persembahan hiburan melibatkan orang asli sekitarnya..apa lagi berjoget sakan le diaorang..seronak tengok keletah diaorang..suka sangat orang asli ni nyanyi2 yea..aku bab nyanyi ni memang ke laut dalam ler..kalau nyanyi gak semua unggas akan mati..

 student sekolah tu majoriti tinggal di asrama..

apa yang dapat aku perhatikan kegigihan para guru di sekolah tu yang sanggup mengajar di kawasan pedalaman yang jauh dari segala kemudahan.  Kira tabik spring dengan kegigihan mereka ni, difahamkan ada 18 orang guru di SK Balar ni tapi apa yang paling aku suka majoriti mereka masih lagi muda tapi yang paling-paling aku suka tengok mereka ni semua hensem belaka hahaha..kalau lama sikit pun tak per dapat le jamu mata..tiada kemudahan tu tolak tepi hik hik..

di bilik asrama ni ler aku dengan bos tido sambil dikeliling oleh rerama berterbangan, kumbang dan pelbagai unggas lagi seolah kami berdua ni adalah "princess" haha..udara pada malam tu sejuk sangat takyah nak aircond bagai tapi kemudahan letrik hanya pada malam jer..siang jangan harap ler nak caj hp..cinta di luar sana akan terputus terus..

 bermula la tugas kami..


 pelajar terdiri dari kaum orang asli..apa yang aku perhatikan setiap mereka ni tak membawa sebarang buku atau alat tulis ke sekolah, ingatkan mereka guna pendrive ke apa rupanya semua buku dan alat tulis cikgu-cikgu yang tolong simpan..lagi bertambah kekaguman aku dengan guru-guru ni..


 ni dia guru-gurunya yang hensem tapi sudah tentu termasuk la aku yang jelita kan..kan haha.


sebelum balik sempat dijamu ubi kayu bakar..fuhh sedap gila..sempat aku minta bawa balik..dua hari ubi tu masih sedap di makan..


sebelum balik sempat lagi berposing..

makhluk apa tu hahaha..

 bayangkan untuk memasuki balar ni..jalan macam ni ler terpaksa di lalui..penuh dengan cerun curam..tabik kepada anak bangsa ku..

 
 namun begitu sempat lagi berposing di atas "kereta mewah" sepanjang perjalanan balik walaupun sesat di ladang kelapa sawit hampir 4 jam..



  setelah keluar dari balar..hepi..

 tu ler cite aku untuk kali ni..dah lama sangat aku biarkan blog aku ni berhabuk..bukan busy sangat pun tapi melayan lara di hati maka mood untuk bercerita tidak muncul..nanti bila dah pulih aku kembali lagi untuk merapu di sini..