Pepagi lagi aku dah bangun panaskan lauk semalam untuk bekal kitaorang nanti. Hari ini kitaorang bercadang nak ke Asahiyama Zoo. Kami berlima je yang akan ke zoo nanti..siti akan jaga aini sepanjang hari sebab aini dah takleh bergerak. Pepagi lagi dalam pukul 7.00 selepas subuh kitaorang bertolak. Cuaca pagi tu dah cecah -12 celcius gigil aku menahan kesejukan. Berbekalkan beg galas yang berisi makanan kami meredah hujan salji..fuhyoo semangat nak pegi zoo tu padahal kat KL pun aku tak pernah jejak zoo hahaha.
dapur rumah kitaorang di Sapporo
bersepah yang amat..
depan apartment kitaorang ni..kete bersalut salji..
gebu sangat kan..
pintu masuk ke Asahiyama zoo..
laluan peguin..
dedaunan di taburi salji...
riang ria kanak-kanak ribena...
Dari rumah kitaorang di Hiragishi nak ke zoo Asahiyama ni kena naik subway ke stesen Sapporo, dari stesen Sapporo naik JR train ke stesen Asahikawa dalam satu jam setengah rasanya, lepas tu kena naik bas pulak. Peraturan naik bas kat jepun kena naik melalui pintu belakang dan bila nak turun melalui pintu depan baru le bayar, ucapan terima kasih tu sentiasa di bibir pemandu bas, kalau 50 orang 50 kali juga le ucapan terima kasih tu,..mulanya aku ingatkan suara mesin rupanya memang asli punya suara..gigih kan orang jepun ni sama gigih dengan kitaorang pegi zoo semata-mata nak tengok penguin hahaha. Zoo ni dibuka pukul 10.30 pagi hingga 3.30 petang. Sesampai jer salji mula turun, suhu masa tu -11 celcius fuh sejuk gila..aku dah jadi macam anak ayam togel tapi demi penguin gagahi juga ler..apa yang membuatkan aku nak sangat ke zoo ni? aku nak tengok penguin je..rasa cute sangat macam nak cium-cium ..!! tarikan utama kat zoo ini aku rasa peguin kot..tapi aku tak sempat nak tengok penguin berjalan terkedek-kedek, ramai betul manusia yang nak tengok penguin ni, penguin tengok pun heran ..haiwan lain aku tak teringin sangat nak tengok, setakat anjing, serigala, anjing laut, dugong rasanya tak ler excited sangat tapi aku lebih tertarik dengan suasana memang cantik gila...Haiwan yang ditempatkan di zoo ini adalah haiwan yang dapat bertahan ketika musim sejuk jer tapi kalau letak kambing ayam itik dah lama kawan tu menghembuskan nafas yang terakhir...
dugong ke hahaha..
Cuaca masa tu walaupun sejuk bedi tapi matahari memancar terik, kesejukkan tu memang tak dapat dikurangkan..dalam pukul 3pm terus cari bas untuk tinggalkan penguin yang comei lote tu. 3 jam rasanya aku kat zoo tu, dah sejuk sesangat, aku ajak kawan-kawan balik tapi kitaorang tak terus balik sebaliknya terus ke Tanukikoji Shopping Arcade. Ia merupakan salah satu tempat membeli belah terutamanya souvenir, harganya boleh tahan gak..lenguh juga le kaki menapak nak habiskan tawaf kat Tanukikoji ni..so jalan jer la sekadar yang mampu, takde benda pun yang aku beli sekadar cuci mata sambil tengok mamat jepun yang hensem.
masa ni baru pukul 4.30 tapi suasananya macam dah malam sangat2..
masa aku pandang menara ni rasa macam aku pandang tilam buruk aku je..nak tau sebab apa sebab aku dah rasa letih dan mengantuk sesangat hahaha
Rasanya untuk hari kedua tak banyak sangat aktiviti yang kami buat, lagipun hati masih teringat dengan aini dan siti yang kitaorang tinggalkan kat rumah, rasa ada kekurangan kat sini yang sepatutnya kami bertujuh tapi jadi 5 orang..rasa macam sayu jer..masa aku pandang menara ni rasa macam aku pandang tilam buruk aku je..nak tau sebab apa sebab aku dah rasa letih dan mengantuk sesangat hahaha
HARI KE 3 - OTARU
Pukul 4 pagi kitaorang dikejutkan dengan bunyi alarm lagu merdu dari hp aku, lagu tu agak klasik dan aku sendiri tak tau siapa penyanyinya, lagu tu ler yang mengejutkan kawan-kawan aku dari lena sepanjang kitaorang kat Jepun. Lepas panaskan lauk untuk bekal kitaorang..aku rengkuk balik dalam selimut, sejuk woo lagipun kat luar salji baru turun Pagi ni aini akan balik ke mesia, sedih pula nak berpisah dengan aini, kitaorang tak hantar aini ke epot hanya leez dan saufi je, mujur dengan bantuan seorang pelajar mesia kat Sapporo yang sukarela hantar aini, kalau tidak jenuh juga kitaorang nak cari teksi pepagi buta, budak ni kami jumpa atas jasa Grup FB "Road To Japan" , thanks RTJ kerana memudahkan urusan kami semua. Leez dan Saufi janji nak jumpa kitaorang kat Sapporo station lepas dia uruskan aini untuk balik mesia. Dah siap sarapan bagai, kami berempat turun le meredah salji, hajat di hati nak buat snowman kat depan rumah tapi sebab nak cepat hasrat tu kena tunda la. Dari rumah kitaorang kat hiragishi kena naik subway untuk ke stesen Sapporo, first time tanpa leez lintang pukang juga la nak sampai ke stesen sapporo, tu la lain kali kena berdikari dan jangan dok ikut bontot orang je, bila jadi macam ni baru ler kelam kelibut nak cari stesen mana. Sebenarnya aku agak berserabut kepala otak nak memahamkan sistem subway/train kat Jepun ni tapi bila dah melalui sendiri dan sesat-barat baru ler den mengerti. Selain sistem subway yang berselirat dengan segala jenis yang ada, kepala pun boleh jadi biol tu aku lebih senang jadi mak turut jer, eh alasan ke apa ni hahaha....Kat jepun ni banyak penggunaan pas-pas yang bermacam jenis ada kad isian semula (reload card) seperti Pasmo dan Suica yang berfungsi macam kad Touch N' Go..ada lagi satu pas yang sesuai dan tak memeningkan kepala dan pas ini boleh digunakan untuk semua jenis perkhidmatan di bawah Japan Rail (termasuklah shinkansen) iaitu JR Pass...jadi kalau nak datang Jepun ni kena ler studi sebanyak mungkin pasal ni baru ler tak sesat barat...
stesen kat depan rumah kitaorang..kelaz kan..

otw nak ke Subway

memasing leka dok wasap dengan tersayang.

beratur dok tunggu subway..tahap disiplin depa ni memang tak leh dinafikan.
mencari arah..
kalau korang pegi jepun, korang akan jumpa kad-kad macam ni..
kena belajar guna mesin macam ni kalau kat jepun..senang je sebenarnya..
seronak tengok tandas kat jepun..siap ada tempat duduk baby sementara tunggu si ibu memerut..
otw nak ke Subway
memasing leka dok wasap dengan tersayang.
beratur dok tunggu subway..tahap disiplin depa ni memang tak leh dinafikan.
mencari arah..
kalau korang pegi jepun, korang akan jumpa kad-kad macam ni..
kena belajar guna mesin macam ni kalau kat jepun..senang je sebenarnya..
seronak tengok tandas kat jepun..siap ada tempat duduk baby sementara tunggu si ibu memerut..
Dah
jumpa leez n saufi kitaorang
teruskan ke otaru, kalau nak pegi Otaru kena le naik JR train dari Sapporo stesen....sampai
kat stesen otaru sempat ler bergambr ala-ala Che
Embong, tetiba terasa nak ke tandas..masuk je tandas, wahhh semerbak,
bukan bau pewangi tapi hancing ooo..heran
lak selalu tandas bersih, tapi belasah gak la dah tak tahan sangat.
Sampai Otaru
kitaorang terus ronda-ronda. Apa yang menarik kat Otaru ni? kat sini
leh ler ziarah Musical Box Museum tapi aku bab musikal ni susah sikit
nak hadam jenis bangsa tak romantik payah ler, letao (cake dan cookies), Gin To Kare
(cake dan Royce Choc), Otaru canal, Miyako Dori dan banyak lagi. Kalau korang nak pegi
tempat-tempat yang aku sebut ni sila google la ye aku malas nak citer
detail. Dalam pada tu sempat ler merasa kopi otaru kat Otaru Cafe, rega
300
yen (RM12) untuk segelas kopi O berbanding dengan warung cik joyah kat kampung
aku rega segelas hanya 0.50 sen je huhu.
rasa tangan bon ni berat je kat bahu aku hahaha..
guard bank...hahaha
salji di sapporo memang gebu sangat macam tepung..
HARI KE 4 - TOKYO
Hari ni aku nak menuju ke tokyo, pukul 4 pagi aku dah bangun panaskan lauk semalam untuk dibekalkan sepanjang perjalanan kitaorang ke tokyo nti. Pukul 6.30 pagi kitaorang baru bergerak dari apartment di hiragishi untuk menaiki subway yang akan ke stesen Sapporo. Dari Stesen Sapporo train yang akan bawa kami ke stesen Shinhokade pada pukul 6.55 pagi, bayangkan dalam tempoh 25 minit tu, kami terpaksa berlari untuk mengejar train kat sapporo dengan beg tarik yang berat amat dan backpack yang seolah ada batu di dalamnya, sebaik sampai kat stesen Sapporo dengan kudrat yang ada aku berlari menuruni tangga dan menaiki tangga untuk menaiki train, jauh gak ler..fuhh aku rasa macam nak tercabut nyawa, nak nangis pun ada, tapi alhamdulilah memang ngam-ngam sampai kul 6.55 pagi, terus kitaorang melompat dengan gagah perkasa ke dalam train, fuhh akhirnya selamat mendarat di perut train yang akan bawak kami ke stesen Shinhokade dan seterusnya perlu menaiki Shinkensen untuk ke tokyo. Masa dalam train tu rasa malaikulmaut dah dok sebelah.putus nyawa wei menahan kemengahan..bab masa memang takleh memain kat jepun ni..sadis la kalu kena tinggal..Kalau ke Jepun dan kalau ada bajet jangan lepaskan peluang untuk naik Shinkansen, pengalaman yang mungkin korang tak dapat lupakan
dah bersedia untuk berlepas ke tokyo..yeahh
dalam Shinkanshen..laju woo..berdesup jer..
ni plak kepala shinkansen sebaik sampai je kat tokyo..
macam kepala ikan lumba..
tandas dlm shinkansen tu sempat aku snap.memang tahap melampau aku ni hahaha
ni ler rupanya JR Pass tu..masa ni di dalam shinkansen nak ke tokyo..
pemandangan sepanjang perjalanan menuju ke tokyo..subhanallah cantiknya alam ini..
otw nak cari apartment kat tokyo..
ni area perumahan kitaorang kat tokyo..parking kereta bertingkat di depan apartment memasing..jenuh aku fikir macamne ler nak parking kete tu..ke aku ni bengap sangat sampai benda macam tu pun tak leh fikir hahaha..
apartment kitaorang kat Shinagawa tokyo..selesa dan kemas
tu dia hasil tangan masakan kitaorang kat tokyo sebelum berjimba di kotaraya tokyo..
Dalam pukul 4.00 petang kitaorang sampai kat apartment di Minamishinagawa, Shinagawa Tokyo..dalam perjalanan ke apartment suasana best dan nyaman jer..cantik sangat persekitaran perumahan orang tokyo ni..dan dan tu juga aku rasa nak menetap kat sini..nak cari laki orang tokyo yang hensem persis model ahaks..masuk je rumah fuhyoo kiut miut walaupun sempit tapi kemas..apa lagi aku dan kawan seorang lagi yang kitaorang panggil bon terus bersilat ke dapur..lepas masak dan makan terus kitaorang pegi berjimba kat bandar tokyo dan balik dah jauh malam.
tengok tokyo tower dari jauh jer..masa ni kaki dah sakit sangat..
sambil menunggu kawan-kawan tengah soping kat hard rock cafe, sempat ler aku snap gambar pemandu teksi yang majoriti hensem-hensem siap berkot dan bertali leher bagai walaupun hanya sekadar pemandu teksi..
HARI KE 5 - TOKYO KE TAKAYAMA
Pepagi macam biasa ler rutin masak memasak..tukang masak kena bangun awal nanti anak buah tak leh makan..kacang jer tu bab masak memasak ni..kalah chef hahaha..lepas bersiap semua, terus ke tokyo stesen untuk simpan luggage kat locker bagi perjalanan seterusnya ke Takayama pukul 5.oo petang nanti. Sebelum kitaorang mendarat ke Takayama, jom pusing-pusing bandar Tokyo lagi. Orang cakap tokyo ni besarnya 12 kali ganda dengan bandaraya Kuala Lumpur. Waduh sedikit teruja aku nak tengok dengan mata kepala sendiri macam ne la tokyo ni..
shibuya crossing..apa ler yang menarik sangat melintasi, masa aku pergi orang takde ramai sangat..selalunya kalau nak tengok ramai manusia kat sini, masa depa pi keje dan balik keje jer tapi masa aku sampai mungkin memasing warga jepun dah kat opis..yang ada mungkin orang kampung jepun dan si jakun macam aku ni ahaks..
selesai sudah melintasi laluan pejalan kaki tersibuk..
yang mana kaki aku hahaha
kesibukkan stesen Shibuya..
ni ler Hachiko Statue..
selesai sudah melintasi laluan pejalan kaki tersibuk..
yang mana kaki aku hahaha
kesibukkan stesen Shibuya..
Shibuya
adalah antara 23 bandar utama di Tokyo dan terkenal sebagai kawasan
membeli-belah dan hiburan. Shibuya juga terkenal dengan kawasan persimpangan
lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia yang dikenali sebagai
Shibuya Crossing. Di Shibuya terdapat pelbagai butik pakaian yang menarik dan
merupakan pusat bagi fashion remaja dan budaya. Selain itu, terdapat sebuah
tugu anjing yang terkenal sebagai tempat perjumpaan bagi masyarakat
Jepun iaitu Hachiko Statue. Lagenda mengatakan bahawa anjing yang bernama
Hachiko ini setia menunggu kepulangan tuannya di hadapan stesen keretapi
Shibuya setiap hari walaupun selepas tuannya itu meninggal dunia.
ni ler Hachiko Statue..
sempat ler merasa tempura 150 yen..walaupun aku memang tak pernah merasai benda alah ni macam pisang goreng je hahaha..
'Geisha" tak laku..baju kimono ni free jer kitaorang dapat kat Japan National Tourism Organization yg terletak di Shin-Tokyo Building..berangan jap nak jadi minah Jepun..
barisan geisha pulang dengan hampa sebab takde pelanggan..

ratu geisha bersama bakul bawang hahaha..
barisan geisha pulang dengan hampa sebab takde pelanggan..

ratu geisha bersama bakul bawang hahaha..
Namise Shopping Street..
bon membuat pemantauan ke atas beg-beg annello..
Sempat ler ke Nakamise Shopping Street untuk beli beg Annelo sebagai kenangan yang aku beli kat tokyo walaupun kat tempat lain berlambak lagi.tapi yang pasti annello original tau hahaha..
KE TAKAYAMA
Dalam pukul 4.00 petang terus kitaorang ke Tokyo stesen. Amik luggage semua untuk ke stesen Takayama, lewat nanti kena tinggal. Pukul 5.00 ptg Shinkansen terus bawa kitaorang ke Takayama dan dijangka sampai pada pukul 9.00 malam. Sebaik sampai ke Takayama terus cari guesthouse J-Hoppers, difahamkan dari stesen kat Takayama ke J-Hoppers hanya 5 minit perjalanan, tapi rasa berjalan tu dah jauh sangat, dah ler heret beg atas timbunan salji fuhh memenatkan..akhirnya berkat tanya orang sampai juga kat J-Hoppers. Owner dah siap tunggu kitaorang. Lepas je Checkin kami di bawa ke satu bilik..keenam-enam dok dalam bilik tapi katil asing-asing kira macam cabin le..walaupun sempit tapi seronak sangat dapat tido ramai-ramai walaupun ada seorang lelaki di kalangan kami tapi tak kisah ler sebab anak beranak kitaorang jer..aku dapat katil atas..apalagi panjat ler untuk baring. Kat guesthouse ni ada juga dapur tapi kongsi ramai-ramai ler dengan manusia lain jadi hari tu pelepasan untuk aku tidak memasak..yahoo. Seronak kat Takayama ni..apa yang seronak nanti aku ceritakan..
amik beg yang kitaorang simpan..500 yen
dok fikir nak naik train mana nak balik Kota Bharu..
masa ni otw nak ke Takayama, letih beb sampai tertido..
laluan menuju ke J-Hoppers..salji menimbun macam kapas tapi cantik walaupun sejuk sampai ke tulang..
Pagi tu kitaorang nak pegi Shirakawago dengan tour yang dikendalikan oleh J-Hoppers. Pagi tu pepagi lagi aku bangun untuk mandi dan solat subuh, airnya fuhh beku badan aku..terketar-ketar gigi menahan sejuk. Pukul 8 pagi kitaorang kena tunggu bas betul-betul kat stesen Takayama untuk bawa kitaorang ke Shirakawago iaitu sebuah perkampungan lama yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisi masyarakat Jepun. Sebaik je bas sampai dan driver check semua nama maka aku pun dapat la naik bus..best dapat duduk tepi tingkap. Aku dok dengan bon..tetiba aku rasa seat aku panas sangat..naper pemanas kerusi ni kuat sangat sampai nak terbakar punggung aku..aku tanya bon..rupanya baru ler tau termos yang bon isi air panas tumpah kat kerusi..hampeh punya kawan..nasib baik aku pakai seluar kalis air kalau tidak memang melecur punggung aku..boleh dia tergelak kat aku hahaha.
Bas berjalan..aku pun melayani perasaan sambil ditemani pemandangan yang amat awesome. Aku rasa nak turun je dari bas..nak jalan kaki menghayati panaroma yang amat-amat cantik..Masa dalam bas sibuk le tour guide bercerita itu ini pasal Shirakawago, aku dengar sikit-sikit jer sebab view kat luar lagi cantik berbanding dengar cerita dari tour guide yang sedikit tak hensem..amboi mulut..Lebih kurang 40 minit bas pun sampai kat perkampungan Shirakawago. Perkampungan Shirakawago ini dikelilingi oleh gunung ganang dan merupakan kawasan pergunungan. Dan disini merupakan salah satu UNESCO site yang terkenal di Jepun yang memaparkan senibina rumah lama. Pemandangannya fuhh memang tak leh nak citer memang cantik sangat-sangat, kalau nak tau cantik macamne kena la datang sendiri kat sini memang berbaloi-baloi, takde istilah ruginya apalagi untuk menyesal, kami diberi masa satu jam lebih untuk explore seluruh perkampungan tersebut, memandangkan kami ikut tour jadi tidak boleh buang masa, apa lagi semua tempat kami bergambar..macam-macam pose cuma takde pose ghairah jer opps..almaklum memasing agak jakun dengan salji..
beratur nak naik bas..bon bawa makanan untuk anak-anak..
Bas berjalan..aku pun melayani perasaan sambil ditemani pemandangan yang amat awesome. Aku rasa nak turun je dari bas..nak jalan kaki menghayati panaroma yang amat-amat cantik..Masa dalam bas sibuk le tour guide bercerita itu ini pasal Shirakawago, aku dengar sikit-sikit jer sebab view kat luar lagi cantik berbanding dengar cerita dari tour guide yang sedikit tak hensem..amboi mulut..Lebih kurang 40 minit bas pun sampai kat perkampungan Shirakawago. Perkampungan Shirakawago ini dikelilingi oleh gunung ganang dan merupakan kawasan pergunungan. Dan disini merupakan salah satu UNESCO site yang terkenal di Jepun yang memaparkan senibina rumah lama. Pemandangannya fuhh memang tak leh nak citer memang cantik sangat-sangat, kalau nak tau cantik macamne kena la datang sendiri kat sini memang berbaloi-baloi, takde istilah ruginya apalagi untuk menyesal, kami diberi masa satu jam lebih untuk explore seluruh perkampungan tersebut, memandangkan kami ikut tour jadi tidak boleh buang masa, apa lagi semua tempat kami bergambar..macam-macam pose cuma takde pose ghairah jer opps..almaklum memasing agak jakun dengan salji..
masa ni otw nak naik bas..nasi tu kat tangan bon..ada jugak bekal..
tu dia..gaya dok lepak atas salji..korang ada?
macam hamparan kapas..
suasana musim salji..
sila masuk rumah yea..
cantikkan..sejuk mata memandangkan..
Balik dari Shirakawago terus ke Old Private House jalan kaki je dari
stesen takayama sebab bas dari shirakawago menuruni kami semua di sini.
Misi pertama kitaorang mencari kedai makan halal sebab perut dah minta
diisi. Tanya punya tanya jumpa la satu kedai yang menyediakan masakan
berasaskan sayur-sayuran dan halal tapi nama kedai dah lupa almaklum
faktor usia hahaha..selepas melantak bagai kitaorang terus menyelusuri
seluruh takayama melihat suasana yang cukup indah dan tak lupa membuat
ais kacang dari timbunan salji. Gigih leez dan saufi bawa sirap dan
jagung semata untuk merealisasi ais kacang di takayama. Petang tu dalam
pukul 4 petang kitaorang perlu berangkat ke Osaka untuk misi
seterusnya.
ni ler restoran yang kitaorang terjah kat Takayama..

masa kat restoran ni ler, kitaorang cuba buat sesi pengoratan ke atas seorang lelaki warga indonesia, walaupun dah tua tapi memang hensem bangat. Dia takde le datang seorang tapi dengan 'couple' sebab hensem punya pasal so kitaorang tak peduli pun makwe ada sebelah gatai jugak hahaha

'Nameko Mushroom Soup' makanan yang aku order kat takayama..boleh ler sekadar mengalas perut..nangis aku kalau makan macam ni tiap hari..
taburan salji merata-rata..sampai saat ini aku masih terasa kesejukkan..
masa kat restoran ni ler, kitaorang cuba buat sesi pengoratan ke atas seorang lelaki warga indonesia, walaupun dah tua tapi memang hensem bangat. Dia takde le datang seorang tapi dengan 'couple' sebab hensem punya pasal so kitaorang tak peduli pun makwe ada sebelah gatai jugak hahaha
'Nameko Mushroom Soup' makanan yang aku order kat takayama..boleh ler sekadar mengalas perut..nangis aku kalau makan macam ni tiap hari..
taburan salji merata-rata..sampai saat ini aku masih terasa kesejukkan..
pertandingan tangan siapa yang paling kebal..lucu betul geng kitaorang ni..

Jeng..jeng dah siap ABC kitaorang hahaha..
macam gula-gula kapas kan..
maksub tulisan tu.."dua orang ni bakal di lelong murah-murah.."
HARI KE 6 - OSAKA
Pukul 4 petang kitaorang terus menaiki train dari stesen Takayama ke stesen Shin Osaka yang mengambil masa 4 jam. Dari stesen Shi Osaka menaiki subway ke stesen Nishinakajimanamigata untuk mencari apartment yang dah siap kitaorang tempah. Sebaik tiba kat stesen Nishinakajimanamigata dah malam sangat rasanya padahal baru pukul 8 malam. Pening jap nak cari arah..dalam pada nak cari arah apartment sempat lagi berselfie bagai padahal muka masa tu memang dah tahap muka tak siap. Kebetulan depan stesen tu ada Family Mart sempat la beli barang dapur padahal apartment tak jumpa lagi.. dalam dok tercangak-cangak cari tu..saufi sempat la bertanya dengan seorang pemuda arah nak ke penginapan kitaorang..apa yang amat kami terharu sampai depan pintu apartment dia tunjukkan bahkan siap buka pintu lagi..sampai ke tahap tu orang jepun suka menolong..terharu sangat tetiba rasa nak buat menantu jer ahaks..
masa ni tengah cari apartment..tetiba tengok teksi ni..promosi malaysia tuu..
Sebaik jer sampai kat apartment..benda pertama aku dan bon cari adalah dapur dan periuk untuk tengok cara penggunaan macam ne..macam biasa bahasa jepun la..jenuh la tilik dan tilik tapi dah nama tukang masak tak bertauliah biasa la, benda-benda macam ni kena ler perhatikan, kalau tidak memang tak makan anak-anak mak hihi..Pengalaman memasak kat Jepun memang aku tak leh lupa sampai bila-bila. Ingatkan periuk nasi kat Jepun ni sama macam kat Malaysia ke, tekan satu suis dah masak tapi periuk nasi kat jepun ni ada banyak button semua tulisan Jepun, mana ler nak reti..tekan sana sini tak hidup juga..tapi usaha tangga kejayaan akhirnya fuhhh..berjaya..riak jap..

ni ler 'ghupa' periuk nasi kat jepun..
Pagi ni kitaorang plan nak pegi Kyoto, dari apartment kitaorang nak ke stesen Nishinakajimaminamigata tu hanya jalan kaki tak sampai pun 5 minit tapi sebab pepagi ni biasa la kalau jalan mengalahkan mak inang yang nak menari. Dari stesen Nishinakajimaminamigata ke stesen Shin Osaka kena naik subway pastu untuk ke stesen Saga Arashiyama kena la naik train yang guna JR Pass.
Semasa di stesen Shin Osaka untuk ke stesen Saga Arashiyama kitaorang tersilap naik train, train eksekutif pulak tu..sepatutnya kami naik yang amik masa 45 minit untuk ke kyoto, yang ini hanya 15 minit je ke tempat yang sama. Patut le semacam je laju, bila tukang check tiket bagitau baru ler kami tau, nasib baik depa tak minta bayaran tambahan kalau tidak memang gadai spender ler jawapnya. Sebaik sahaja sampai di stesen Arashiyama kitaorang memutuskan untuk menyewa basikal, kalau nak jalan kaki memang tak larat, sewa dalam 1000 yen sehari tapi takkan la nak kayuh seharian untuk ronda Arashiyama Bamboo Grove, jadi sekadar untuk tiga jam ok la..best juga naik basikal ni menyusuri arashiyama dan paling tak lupa merasai nyamannya udara..hanya zaman kecik-kecik je aku naik basikal ni, dah tua bangka macam ni memang nak kayuh pun malas tapi kat sana aura dia fuhyoo tangkas gitu..
Dah puas kayuh basikal..dah tengok pokok buluh semua..jom kita pegi ke Fushimi Inari Shrine. Dari Arashiyama ke stesen Inari dalam 20 minit jer dengan train..apa ada kat sini..jom kita tengok..
Tiba masa kitaorang nak ke Gion. Salah satu tempat di jepun yang aku berangan nak lawat kat Gion ni ler sebabnya kat sini ada geishanya. Filem Memoir of geisha memang best sangat bagi aku. Tu bila aku nak pegi jepun terbayang le muka geisha yang muka macam tepung gomak tu. Bila sebut geisha korang mesti terfikir geisha tu adik beradik pelacur tapi sebenarnrnya geisha ni lebih kepada penghibur. Geisha sejati jarang terlibat dengan hubungan seksual kalau bersama pelanggan. Biasanya mereka dipanggil ke pesta dimana mereka harus meghidupkan suasana dengan menari, menyanyi atau cara lain di samping perlu memiliki berbagai ilmu pengetahuan yang pelbagai baik ekonomi, politik dan sebagainya. Bukannya senang nak geisha ni tau. Seorang geisha memiliki pelindung peribadi mereka sendiri. Hubungan seksual mereka terjadi selalunya di luar waktu kerja..itu yang aku tau pasal geisha la, kalau korang nak tau lebih-lebih sila google jer la. Memula kitaorang sampai kat Gion dalam pukul 4.00 petang, cuaca masa tu dah gelap..tetiba kitaorang ternampak kelibat geisha dalam teksi semasa kitaorang nak melintas jalan. ada tiga orang geisha dok senyum-senyum kat kitaorang yang malu-malu kucing ni padahal geisha ni tak tau kitaorang datang semata nak buru diaorang ler ahahaha..
Memang puas hati ler kitaorang lebih lagi aku ni yang sememangnya dah lama berangan nak tengok geisha dari dekat, nak jadi geisha memang tak layak aku ni, tapi kalau aku jadi pun geisha, geisha lain takleh cari makan ler hahaha..
HARI KE 8 - OSAKA - NAMBA AREA
hari ni last kat Jepun, esok dah nak balik dah. Hari ni acara kitaorang hanya untuk soping dan soping jer..apa lagi..jom serbu kat Shinsaibasi street, salah satu tempat membeli belah yang terkenal di Osaka. Macam-macam ada kat sini dari menjual barang berjenama hinggalah cenderamata yang kecil dan murah. Shinsaibashi Street ni ada kedai Daiso, hanya 100 yen je dan macam-macam barangan yang boleh kita pilih, rasanya lagi murah dari Daiso kat malaysia. Kedai 300 coin pun leh juga kita bersoping, murah-murah jugak le sebagai souvenir. Di sini juga terdapat pelbagai jenis restoran antara halal dengan tidak jer. Bila malam makin memuncul diri, suasana malam di Shinsaibashi semakin indah dan meriah dengan iklan-iklan neon yang dipasang di dinding bangunan, memang menarik perhatian kerana teknologi tinggi yang digunakan.
Kalau nak soping kat Jepun kita kena perlu tahu yang mereka mengenakan "consumption tax" atau GST pada kadar 8%. Namun untuk pelancong luar terdapat kedai yang menawarkan free tax, untuk dapatkan free tax ni kita hanya perlu membeli belah dengan kadar minima 10000 yen dalam satu resit di kedai yang hanya menawarkan free tax sahaja. Pembelian barang-barang free tax memerlukan kita menunjukkan passport kepada cashier ketika pembayaran dibuat. Slip tax akan dilekatkan di dalam passport dan perlu diserahkan kepada pegawai immigresen nanti. Barangan ni akan di seal, tak leh buka apalagi kalau nak guna ketika di Jepun. Kat Jepun ni aku paling suka tengok SK-II di jual..tepi kedai jer dia jual..kalau kat Malaysia kena rantai SK-II ni kat gedung besar-besar, begitu berharga jenama SK-II ni tapi kat negara kelahiran depa SK-II ni jepun tak pandang kot hahaha..Bagi penggemar jam G-Shock kat Jepun ni leh ler beli banyak-banyak memang murah la kalu nak banding kat mesia..yang penting ori..
aku sebenarnya suka dengan kyoto ni..
semangat berkobar-kobar nak memulakan sesi kayuhan..
bagi aku susunan buluh ni le penyeri..orang jepun ni segala benda kreatif..tu lahirnya doraemon..sin chan..
gigih aku mengintai bawah pokok bambu..haha
sisa-sisa salji yang dah mula mengering di celah pokok-pokok buluh..
bunga sakura mula nak kembang..waktu ni dah cantik sangat tapi kalau dah kembang tak tau ler macamne nak cite cantiknya..tapi masa kat korea dulu aku dah tengok keindahan sakura ni..
bergambar kejap setelah lelah dan penat berkayuh
cantikkan..rasa tak puas menghirup udara kat sini..dah ler nyaman tenang pulak tu..
restoran muslim di Kyoto..pelayan dia gadis dari indonesia..makan tanpa ragu-ragu dan was-was apa lagi balun tak ingat dunia..
ni ler makanan yang kitaorang order..makanan jepun tu..boleh makan tapi biasa ler aku ni..nasi kerabu dan nasi belauk juga jadi idaman..
Dah puas kayuh basikal..dah tengok pokok buluh semua..jom kita pegi ke Fushimi Inari Shrine. Dari Arashiyama ke stesen Inari dalam 20 minit jer dengan train..apa ada kat sini..jom kita tengok..
dating dengan pakwe jap..
dalam train..
akhirnya dapat duduk..lunjur kaki jap macam kat rumah hahaha..
nun dari kejauhan..jom dekat..
amik gambar jap..rugi kalau tak posing sini..
kawan yang sering membuatkan aku gelak bila bersamanya..si emma
kayu oren ni aku tak tau apa ceritanya..mungkin tulisan kat tiang-tiang tu menceritakan segala..tapi macam biasa ler dulu belajar bahasa jepun sekerat jalan jer pastu cikgu meninggal..tu yang tak faham sampai sudah..kalau korang nak tau cerita pasal kayu oren ni google la sendiri..bagi aku takde apa yang menarik pun tapi kena pergi la sekadar untuk tengok sendiri..
bon takde dalam gambar ni..tengah asik masyuk dengan cinta hatinya...
sapa yang ada pakwe..tulis nama kat kertas ni kemudian ikat..bulan depan si dia datang meminang huhu
kitaorang bergambar tu bukan geisha tau..
kitaorang bergambar tu bukan geisha tau..
rasa geram jer tengok kuih ni..comei dan kiut miut..
macam best sangat kan..
misi mencari geisha..
kelibat geisha tiruan..
ni dia geisha yang sedang di cari ahaks..
akhirnya..
laju jer dia jalan..
kitaorang makin mendekat..masamnya muka..
dan lagi..
dari dekat..bersama pengiringnya
apa lagi..rapattt..selfieee...
Memang puas hati ler kitaorang lebih lagi aku ni yang sememangnya dah lama berangan nak tengok geisha dari dekat, nak jadi geisha memang tak layak aku ni, tapi kalau aku jadi pun geisha, geisha lain takleh cari makan ler hahaha..
HARI KE 8 - OSAKA - NAMBA AREA
hari ni last kat Jepun, esok dah nak balik dah. Hari ni acara kitaorang hanya untuk soping dan soping jer..apa lagi..jom serbu kat Shinsaibasi street, salah satu tempat membeli belah yang terkenal di Osaka. Macam-macam ada kat sini dari menjual barang berjenama hinggalah cenderamata yang kecil dan murah. Shinsaibashi Street ni ada kedai Daiso, hanya 100 yen je dan macam-macam barangan yang boleh kita pilih, rasanya lagi murah dari Daiso kat malaysia. Kedai 300 coin pun leh juga kita bersoping, murah-murah jugak le sebagai souvenir. Di sini juga terdapat pelbagai jenis restoran antara halal dengan tidak jer. Bila malam makin memuncul diri, suasana malam di Shinsaibashi semakin indah dan meriah dengan iklan-iklan neon yang dipasang di dinding bangunan, memang menarik perhatian kerana teknologi tinggi yang digunakan.
Kalau nak soping kat Jepun kita kena perlu tahu yang mereka mengenakan "consumption tax" atau GST pada kadar 8%. Namun untuk pelancong luar terdapat kedai yang menawarkan free tax, untuk dapatkan free tax ni kita hanya perlu membeli belah dengan kadar minima 10000 yen dalam satu resit di kedai yang hanya menawarkan free tax sahaja. Pembelian barang-barang free tax memerlukan kita menunjukkan passport kepada cashier ketika pembayaran dibuat. Slip tax akan dilekatkan di dalam passport dan perlu diserahkan kepada pegawai immigresen nanti. Barangan ni akan di seal, tak leh buka apalagi kalau nak guna ketika di Jepun. Kat Jepun ni aku paling suka tengok SK-II di jual..tepi kedai jer dia jual..kalau kat Malaysia kena rantai SK-II ni kat gedung besar-besar, begitu berharga jenama SK-II ni tapi kat negara kelahiran depa SK-II ni jepun tak pandang kot hahaha..Bagi penggemar jam G-Shock kat Jepun ni leh ler beli banyak-banyak memang murah la kalu nak banding kat mesia..yang penting ori..
jam G-Shock memang murah berbaloi-baloi..sumber google
masa ni nak cari lokasi bookoff..
emma dengan hasil barang tangkapan..
sampai larut malam kitaorang bersoping..terror kan..
airport kansai dah nak balik KL
Secara keseluruhan percutian aku kat Jepun memang best sesangat..dengan kawan-kawan yang sporting dan segalanya menjadikan kenangan yang terlalu indah..tapi kalau ditakdirkan aku nak ke jepun..tak nak lagi pergi musim salji..cari musim luruh atau bunga sebabnya kalau salji ni aku takleh nak bergaya..asik pakai baju sama jer..rasanya cukup ler kot cite kat jepun aku ni..sekadar kenangan selagi hayat dikandung badan..