Jadi aku pun tempah ler flight dan hotel ke Sabah pada Disember 2016..maka terbang ler duit aku dekat RM3k..fuhhh kesat peluh jap..dah ler masa tu nak pegi jepun lagi..pening makcik pening hahaha..seminggu nak pegi ke Sabah aku dah pening macamne nak mohon cuti ni, hari tu ke jepun dah bercuti lama..ni nak cuti lagi..bos tak bagi naya jer..macam2 aku fikir nak buat alasan mengarut lagi diterima akal..akhirnya aku cakap yang benar..mujur ler akhirnya dapat ler aku bercuti...flight aku ke sabah macam biasa ler pukul 12.30 tengahari bermakna pukul 3.00pm sampai ler..pukul 7 pagi aku dah turun dari rumah, flight dari Kota Bharu pukul 8 pagi, mereput la pula kitaorang nak tunggu penerbangan ke Sabah. Tapi mujur la sepanjang tempoh penantian tu, aku sempat 'dating' jap..fuhh orang yang aku tunggu sekian lama, anak-anak saudara aku parking kat KFC tapi mak saudara parking dengan ...hahaha.
Masa untuk berlepas semakin hampir, memasing muka dah excited sesangat almaklum mana pernah depa tu berjalan jauh..kalau jauh pun tempat mereka pergi hanyalah tempat mereka belajar ahaks,.tapi peel berjalan tu lain kan..dalam flight aku order makanan untuk memasing..terbang RM90 untuk hari pertama fuhh kesat peluh lagi..
semasa ketibaan..muka memasing amboii..
ni ler rumpai laut yang aku telan..
rezki kitaorang hari ini..
seronak ler depa bergambar..mak saudara selit ler sekali..
Malam tu janji lagi dengan depa ni kalau nak beli kerongsong murah, jom kita pegi pasar malam..pasar filipin pun ada tapi orang cakap mahal sikit..mujur ler pasar malam tu berhadapan je dengan hotel kitaorang..sememangnya aku dah berhajat nak ganti semua kerongsong aku yang dah zaman jepun tu..aku nak borong bebanyak..berpinar mata tengok segala jenis macam manik dan mutiara..ayuh start memilih..memula tu dapat RM5 satu..ingatkan dah murah sangat tetiba pegi lagi satu gerai RM10 untuk tiga kerongsong padahal benda yang sama..rasa nak tumbuk orang jer ni..tapi beli la juga dan untuk kesekian kali terbang lagi RM aku ohhh tidakkkk...malam tu lepas solat bagai apalagi dengan segala yang penat-penat maka aku pun terus lena..esoknya aku dah janji nak bawa diaorang ke kaki gunung Kinabalu dan sekitarnya..
HARI KE DUA..
Pepagi lagi aku kena pastikan mereka bangun awal..rupanya bukan depa yang lewat tapi makcik dia..terbabas juga ler..pukul 7 pagi van dah siap menunggu untuk bawa kitaorang pusing-pusing sekitar Kundasang, Ranau, Poring..tempat pertama singgah semestinya rumah terbalik..dengan duit aku sekali terbalik..mujur amik pakej yang paling murah kalau amik yang mahal memang tak tau apa lagi yang akan aku menyesal..suasana dalam rumah memang langsung takleh bergambar....hanya kat depan je..tu pun depan kete terbalik..
depan rumah terbalik..
seronak sangat depa ni..
Dari rumah terbalik terus ke pekan Nabalu..berhenti jap untuk tengok gunung Kinabalu dari jauh..memang cantik sangat, kebetulan masa tu cuaca elok jadi dapat nampak dengan jelas gunung kinabalu..sakan ler depa bergambar..aku jadi pemerhati jer walaupun sesekali tumpang gak ler..makcik dah puas dengan gunung kinabalu..dah empat kali aku panjat kira terror la kan..
bersama pemandu pelancong kitaorang dari kanan..
sarapan pagi pukul 11.00 pagi..
Perut dah mula berbunyi, singgah jap sarapan pagi..pekena nasi ayam tetiba teringin nak ke tandas..airnya aduss sejuknya..terkejut jap ooo kaki gunung biasa la..dah setel semua terus kitaorang ke Desa Dairy Farm..nak tengok lembu..
Amboi korang sempat bergambar ye sementara tunggu mak saudara 'memerut'
intai lembu jap..
bebudak ni segala jenis tempat nak amik gambar hiss..ikut perangai sapa ler ahaks..
sedap sangat eskrim..teringat eskrim kat jepun ...yummm
bersama lembu-lembu..culik sekor bawa balik kat kg aku...
poring kolam air panas..
sesi merendam kaki yang berkarat...
beraksi sebelum mendaki..mendaki ler sangat..
kat india pun aku jumpa tupai jinak..kat kundasang ni pun lagi banyak..
Jambatan Tamparuli...
Hari kedua dah berakhir..badan pun dah penat sesangat tapi ada hati lagi nak ke pasar malam nak belek segala mutiara..sempat le beli lagi tapi tak le excited sebagaimana malam pertama..rasa balik nak tido jer..tapi dua anak jantan tu pergi tengok wayang..lantak korang ler asalkan esok jangan terbabas sebab dah nak balik ke semenanjung..
HARI KE TIGA
Hari ni hari terakhir..hajat hati nak cari buah terap yang aku tengok pada hari pertama..nak bagi anak buah merasa tapi sayang sekali usahkan buah terap, kedai yang jual pun masih ditutup..maka kempunan ler..sempat soping sikit2 dan pukul 10.00 pagi terus bergegas ke airpot..kat airpot sempat jumpa dengan anak angkat arwah mak aku..dah lama aku tak jumpa depa sekeluarga..terima kasih untuk kamu kerana sudi datang jenguk walaupun sekejap..selamat tinggal Sabah lain kali datang lagi..
gaya gangster seorang mak saudara..
anak dara si atika..
anak dara si yana..
anak teruna si awi
anak teruna si alif..