Selasa, 24 Januari 2017

Jepun - Hokkaido (hari pertama)

Dah lama aku idam nak pegi jepun ni..kalau aku katakan dah berangan nak ke jepun sejak dalam kandungan lagi rasanya tu bohong sangat la..tapi sejak dah pandai menjelajah ke negara orang aku dah mula simpan impian nak ke jepun..memandangkan takde geng dan duit jadi hasrat tu terpaksa di postpone tahun demi tahun...bila jumpa geng-geng semasa travel kat india hari tu yang memang bercadang nak ke jepun, apalagi aku mula menawarkan diri..yess akhirnya negara nippon yang suatu ketika dulu amat dibenci oleh ayah bakal aku jejaki..macam mimpi pulak kan..sejak dah confirm tarikh mula ler buat persiapan sikit demi sikit..excited wei..ok meh aku cite detik-detik cemas lagi berahi aku kat jepun..adios..

Hari Pertama: Sapporo, Hokkaido

malam di KLIA2 sebelum berlepas

Aku berlepas dari Klia2 dalam pukul 11.00 malam, setiba kat airpot  New Chitose International Hokkaido Jepun dalam pukul 7.30  pagi, semasa nak mendarat rasa teruja sangat, mana tidaknya akhirnya mimpi jadi kenyataan...keputihan salji kiri dan kanan airport bagai menyambut kedatangan aku..hamparan putih memang mengasikkan..jakun jap tgok keindahan bumi Allah ini..alhamdulilah aku diberi peluang untuk menjejaki bumi jepun yang aku idamkan sekian lama..setiap kali keluar negara tempat yang aku paling cuak adalah melepasi pemeriksaan kastam, aku memang tak suka di soal memacam perkara sebagaimana yang pernah aku kena di Beijing dulu..jenuh nak menjawap walhal bukannya aku ni bawa dadah atau seludup manusia, aku nak melancong jer sambil cari jodoh kalau jumpa hahaha...sejak tu jadi macam fobia sesangat tapi alhmdulilah semasa kat Jepun semuanya berjalan lancar takde la aku kena tahan atau beg kena selongkar walaupun dalam hati risau jugak ler sebab dalam luggage macam-macam mak nenek aku bawa dari daun limau purut, daun kari, minyak dan bermacam barang dapur semata-mata nak isi perut yang memang kalau tak jumpa nasi jawapnya tak jumpa tangga le aku nak pegi memana lagipun difahamkan makanan kat Jepun ni over mahal gila jadi nak jimat duit kena ler bawa segala mak nenek barang dapur, sekali makan kat Jepun antara RM40-RM80, jumlah sebanyak tu klu pegi beli nasi kerabu mak Joyah kat kampung aku mau sebulan leh makan..,,ok takyah cite hal makcik Joyah nanti dah masuk kategori mengumpat dosa, jenuh nak salam mak Joyah masa raya nanti...

 airport jepun..perasaan masa ni amat teruja..

 penuh disiplin..

 first time menaiki subway ke Sapporo..




Hasil carian imej untuk new chitose airport
ni aku amik dari google New Chitose Airport






pandangan dari dalam train..
Dari New Chitose Airpot kitaorang kena beli tiket train JR Rapid untuk ke stesen Sapporo, perjalanan dalam 40 minit.  Lepas salin baju winter berlapis-lapis terus gerak ke Sapporo untuk simpan luggage kat locker sebelum kitaorang pegi berjimba main salji kat Takino Suzuran. Kitaorang difahamkan cuaca kat Sapporo cecah -9 Celcius so kena ler bersiap sedia pakai winter coat ala-ala pendaki gunung everest..aku sarung baju sampai lima lapis, dah lari dari gaya anggun sebelum ini. rasanya dah macam robot keras semacam jer tp demi takut sejuk terpaksa la, baru ler nampak gemuk sket ahaks..kat epot  ni memang ada bilik untuk salin baju, bilik mekap pun ada tapi bilik untuk tido takde kot haha..tandas dia fuhyoo canggih gila jenuh aku nak menekan mana satu tapi kalu kita perhati betul-betul memang leh ikut ler nak tekan apa untuk basuh hak milik kita tu..segalanya cukup sistematik kat sini.

 ni ler tandas canggih manggih yang mengasikkan..

Plan hari pertama tu keTakino Susuzan Hillside National Park untuk main salji dan main ski, semuanya free, bab free ni ler aku suka sangat...untuk ke Takino Susuzan kena naik bas no 106, Jepun ni terkenal dengan ketepatan masa, lewat seminit korang kena tinggal so jangan dok memain tapi tunggu punya tunggu bas untuk ke Takino Susuran yang sepatutnya pukul 12.15 tghr tapi pukul 1.00 tenghari bayangan bas pun takde, apahal jepun ni kata tepat masa sangat, mula ler mulut comei aku nak membebel, comei ler sangat hahaha...akhirnya baru ler terperasan kitaorang silap tengok masa perjalanan..oppss sori, pukul 1.40 petang baru le bus ada, walaupun sekejap kat Takino Susuzan tapi memang berbaloi pergi, cantik sangat pemandangan, indahnya ciptaan ilahi terlalu sempurna...

 locker ni ler aku simpan segala beg aku yang berat..500 yen, balik nanti angkut balik..

 stesen bas nak ke Takino Susuran..
 kat mana ceruk rantau, benda alah ni memang wujud kat jepun tapi tetap berfungsi dengan baik..


sebaik sampai kat takino Susuran..




 cantikkan pokok ni..

 perhatikan timbunan salji ini..

 tetiba..bukk..



 posing yang menakutkan dari emma dengan suhu gitu...hahaha



gaya gedik..


masa ni masih lagi bertujuh..


Bas terakhir kat Takino Susuran ni sampai pukul 3.30 petang jer, kalau korang leka memang tido dalam salji ler jawapnya.  Lepas tu kena naik subway pulak untuk ke stesen Sapporo nak amik beg yang kitaorang simpan dalam locker, nak angkut beg aku untuk ke apartment tu rasanya bercinta sesangat, padahal 18 kg apa yang berat tu tak tau ler, berat dengan dosa kot.  semasa dalam perjalanan nak cari apartment yang kitaorang dah tempah sebelum ini tetiba kawan kitaorang terjatuh terlentang akibat licin ais..masa tu dalam pukul 8.00 malam, dengan cuaca yang teramat sejuk dan salji mula turun menjadikan suasana tu sedikit kelam kabut, paniknya kitaorang sebabnya dia dah takleh bangun, kakinya patah..nak angkat dengan kudrat perempuan macam kitaorang memang tak upaya ler.  masa tu ramai jer orang jepun yang lalu lalang kat tempat kawan kitaorang jatuh tapi mereka hanya sekadar pandang jer, kalau kat mesia kejadian macam ni dah ramai orang yang datang menolong tak kira ler datang tolong untuk tujuan apa, cuak juga aku dengan sikap mereka ni tapi  rupanya orang jepun ni kalau kita tak meminta tolong memang mereka takkan datang menolong tapi kalau kita meminta tolong memang sampai setel masalah kita mereka akan tolong, akhirnya dengan pertolongan seorang wanita jepun, kawan kitaorang di bawa ke hospital di Sapporo.  Hari ke 3 kawan kitaorang yang cedera tu dihantar balik ke mesia sebab dia dah takleh bergerak ke sana sini so tinggal le kami 6 orang untuk teruskan sisa perjuangan kat jepun..Keprihatinan rakyat mesia sepanjang kejadian menimpa kawan kitaorang tu amat kami hargai, mereka ler yang bersusah payah untuk kitaorang walaupun tak kenal antara sama lain...hanya Allah yang balas jasa mereka terhadap kitaorg....

 pemandangan dari dari apartment kitaorang..

 tu dia..apartment kitaorang persis kapal pecah..

 Malam tu dengan keletihan, nyenyaknya kami tido seumpama bayi di dalam buaian...esoknya kami akan teruskan perjalanan lagi..kemana? nanti aku cite..

Selasa, 17 Januari 2017

Travelog jepun 13-22 Jan 2017

Selamat pagi bumi Nippon, .hari ni merupakan hari ke empat aku kat bumi jepun, sejuk sampai ke tulang..salji memutih kat sana sini, memang cantik sangat untuk hari pertama tapi bila masuk hari ke dua dah gigil sampai kepala lutut, mulanya aku memang berazam dengan penuh semangat nak update setiap hari perjalanan aku kat sini, namun apa daya kita manusia hanya merancang tapi semuanya Allah yang tentukan so aku terpaksa mungkiri janji-janji manisku sebabnya hanya satu adalah masa, kalau zaman pidato dedulu ayat 'masa terlalu mencemburui' memang femes la, sekarang ni aku nak guna balik ayat tu, masa sedang mencemburui daku..leh gitu? bayangkn awal pagi dah turun dari rumah dan balik dah malam sebijik macam mamat bangla.. kat sini pukul 4.30 petang dah macam pukul 7.00 malam mungkin musim winter ni cepat gelap, mana-mana pengantin baru yang nak datang berbulan bintang kat sini memang aku saran ler sangat, datang musim gini dah le sejuk, cepat malam pulak tu haha...

Ok kembali cite aku ni, balik rumah terpaksa pulak kena masak untuk geng-geng, kitaorang dah set tugas memasing jadi aku dengan seorang kawan ditugaskan untuk memasak so sedap ke tidak sedap korang kena ler balun kalu tidak aku balun korang dengan kuali,sapa suruh bagi tugas kat aku bab masak memasak ni walaupun zaman kecik-kecik dulu main masak-masak memang aku terror sangat kalah ler Chef Wan tapi Chef Wan main masak-masak gak ke hahaha...tapi serius le travel backpacker ni memang meletihkan selalunya aku ikut travel ejen je tak yah penat-penat, aku menyandar jer kerjanya ala-ala mak datin gitu...bila travel macam ni baru  tau betapa penatnya beta heret kaki ke hulu hilir tapi penat tu ler kepuasan yang amat berbaloi...Pagi ni aku dalam train untuk ke tokyo, tinggalkan bumi sapporo yang aku cintai.cewahh..difahamkan perjalanan ke tokyo ni amik masa 3.30 jam...

Apa pun, aku akan citer perjalanan ni bila aku dah clear semua, bila tu? Tunggu jer ler yea..ok sekarang keletihan amat sangat, mata pun dah kuyup muyup..banyak citer nak citer..sayonara hokkaida..jumpa lagi di tokyo...bye