Setelah 7 hari di Mekah, kami menuju ke Madinah. Perjalanan selama 8 jam terasa lama sangat padahal bukan tak pernah naik bas pun. Mungkin hati berat sangat nak tinggalkan Baitullah,sebab tu le terasa lama sangat. Aku sampai kat Madinah dah malam, memula tu katanya akan menginap di New Ansar Hotel katanya terlalu dekat dengan dataran masjid Nabawi tetapi atas sebab teknikal apa entah kitaorang terpaksa menginap di hotel Orchid As Salam, nak kata jauh tak le jugak, nak kata dekat tu entah ler, berjalan kaki jer.
solat isyak otw ke Madinah
singgah kat masjid on the way ke madinah..
Subuh pertama excited sangat aku nak bersolat di Masjid Nabawi, pukul 3 pagi aku dah tercongok kat lobi tunggu geng untuk join ke Masjid sebab aku bukannya tau nak ke sana, kalau aku tau area masjid tu memang aku dah redah awal2 untuk dapatkan tempat di saf pertama, iye ke? Sampai kat Masjid org ramai penuh berasak-asak nak masuk di muka pintu... Aku and the geng pun tak ketinggalan nak cuba masuk... Sampai depan pintu... ada spot ckeck daaaa....dia tgk benda alah yg ada dlm beg... dia pegang kamera... tak kata apa pun... dia belek2 h/p...tetiba dia kata "DODOK..DODOK!!!" terkejut beruk aku, naper lak sambil terpinga2. Geng aku yang tiga kak wan, la dan kak cik tu dah lepas masuk, apsal aku lak yang kena tahan, masa tu mula le teringat betapa aku banyak dosa, nabi tak izin aku memasuki masjidnya, nak nangis aku ooii, pastu aku panggil La kawan aku tu, terus La datang dan tarik aku masuk sambil membelakang polis berpurdah tu..yahoo dapat masuk tapi polis purdah tu tak perasan aku dah masuk..rupanya masjid dah penuh tu pasal le polis tu tak bagi aku masuk..
Dalam pada dok tercari-cari tempat nak solat tu, ada le satu ruang untuk empat orang, walaupun dilaluan pejalan kaki tapi takpe lah asalkan tak dihalau oleh polis purdah dah le, risau gak masa tu..Subuh pertama di Masjid Nabawi aku terasa bagaikan aku sedang diimamkan oleh junjungan besar nabi kita, sayu sangat rasa hati masa tu, terasa Rasullulah dekatnya dengan aku masa tu..Betapa aku bayangkan di sinilah baginda meyebarkan agama Islam setelah baginda berhijrah dari Kota Mekah. Begitu besarnya cabaran Baginda nak sebarkan agama Islam di peringkat awal yang dikeliling masyarakat arab jahiliah waktu tu.
Lepas breakfast, kami dibawa pergi melawat-lawat di sekitar masjid Nabawi oleh mutawif Hj. Din. Beliau telah membawa kami ke sekitar masjid. Dapatlah tengok-tengok suasana kat situ. Terpegun aku tengok kubah nabi, dalam hati aku nak sangat memasuki Raudah nanti tapi malangnya niat aku tak kesampaian, memang takde siapa pun yang nak bawa kitaorang, masing-masing buat hal sendiri, aku yang baru pertama kali menjejaki Kota Madinah ni dah jadi macam ayam masuk kampong begitu juga dengan kak wan, mutawif yang handle grup kitaorang hanya ler seramai dua orang je, tu pun dua-dua lelaki dan kedua-duanya jenis tak banyak mulut jadi banyak info yang aku tak ketahui tentang Mekah dan Madinah.
Kat Masjid ni orang memang tak pernah reda. Sentiasa ada. Kalau selama ini aku hanya melihat di TV sahaja suasana di Masjid Nabawi tapi sekarang nah kat depan mata tapi aku agak terkilan tak dapat nak tengok payung emas dibuka pada waktu siang dan ditutup pada waktu malam disebabkan takde geng, almaklum semua dah makcik2 jadi tak kuasa depa nak tengok benda tu semua hahaha. Di dalam masjid ini masih disediakan air zam-zam untuk diminum tapi aku ni bukan sahaja minum je tapi siap dibawa balik, lagipun bukan senang nak minum air zam2 percuma jadi disinilah kena amik kesempatan. Semasa di Masjid Nabawi aku tak tau kat mana terletaknya perkuburan Baqi'. Bila Kak Nah kawan aku bagitau ianya bersebelahan dengan masjid baru le aku perasan tapi sayangnya memang kita tak dapat nak tengok sebab dah ditutupi dengan pagar dan cermin tebal. Aku difahamkan perkuburan ini adalah tanah perkuburan di Madinah dan digunakan sejak zaman Jahiliah lagi. Sure ada yg heran kan... muat ke tanah perkuburan ini untuk menampung jenazah dari dulu hingga sekarang. Jawapannya ye.... mencukupi... perkuburan ini dibahagikan kepada lot2 tertentu... cukup tempoh, kubur2 ini akan digali semula! Dikhabarkan tulang dan tengkorak akan dikumpulkan satu tempat... tetapi ada gak jenazah lama yang masih berkeadaan elok... Mereka ini dikategorikan golongan syuhada dan dikebumikan semula di lot khas.
Kat Masjid ni orang memang tak pernah reda. Sentiasa ada. Kalau selama ini aku hanya melihat di TV sahaja suasana di Masjid Nabawi tapi sekarang nah kat depan mata tapi aku agak terkilan tak dapat nak tengok payung emas dibuka pada waktu siang dan ditutup pada waktu malam disebabkan takde geng, almaklum semua dah makcik2 jadi tak kuasa depa nak tengok benda tu semua hahaha. Di dalam masjid ini masih disediakan air zam-zam untuk diminum tapi aku ni bukan sahaja minum je tapi siap dibawa balik, lagipun bukan senang nak minum air zam2 percuma jadi disinilah kena amik kesempatan. Semasa di Masjid Nabawi aku tak tau kat mana terletaknya perkuburan Baqi'. Bila Kak Nah kawan aku bagitau ianya bersebelahan dengan masjid baru le aku perasan tapi sayangnya memang kita tak dapat nak tengok sebab dah ditutupi dengan pagar dan cermin tebal. Aku difahamkan perkuburan ini adalah tanah perkuburan di Madinah dan digunakan sejak zaman Jahiliah lagi. Sure ada yg heran kan... muat ke tanah perkuburan ini untuk menampung jenazah dari dulu hingga sekarang. Jawapannya ye.... mencukupi... perkuburan ini dibahagikan kepada lot2 tertentu... cukup tempoh, kubur2 ini akan digali semula! Dikhabarkan tulang dan tengkorak akan dikumpulkan satu tempat... tetapi ada gak jenazah lama yang masih berkeadaan elok... Mereka ini dikategorikan golongan syuhada dan dikebumikan semula di lot khas.
Keesokkan harinya sabtu 27/12/2014.... selepas solat subuh dan sarapan pagi, kami dibawa berziarah ke tempat2 bersejarah disekitar Madinah. Memula ziarah is Masjid Quba'. This is the first Masjid yang dibina berasaskan Taqwa dan Iman yang padu. Dan barangsiapa yang berwuduk dari rumahnya dan menunaikan solat di Masjid ini akan beroleh pahala seperti mengerjakan umrah.
fuhyoo sempat lagi tu hehehe..
Lepas tu kitorang ke Bukit Uhud... di mana di bukit ini tercatatnya sejarah peperangan Uhud yang dahsyat. Menyaksikan 700 org muslimin diserang oleh 3000 orang musyrikin. Dalam perang tersebut, kaum muslimin mendapat kemenangan yang gemilang sehingga kaum musyrikin lari lintang pukang. Pemanah Islam kemudiannya mengingkari arahan baginda Rasulullah di mana kumpulan pemanah di bukit Uhud telah turun mengutip harta rampasan perang. Keghairahan mereka telah digunakan oleh tentera musyrikin untuk menyerang kembali hingga kekalahan menyebelahi kaum muslimin. Di perang Uhud inilah berlaku peristiwa sedih di mana Hamzah yang mati dibunuh telah dirobek dadanya oleh Hindun (yang membalas dendam atas kematian bapanya dalam perang Badar)dan seterusnya melapah jantung Hamzah di depan org ramai. Dan juga beberapa peristiwa yang lain yang tidak berkesempatan untuk kiter sharekan di sini. Semua para shuhada ini telah ditanam di situ juga, Dan beberapa tahun yang lepas berlaku banjir besar dan jenazah syuhada yang masih berdarah ditanam semula dalam satu liang lahad kerana sudah tidak mengenali identiti mereka kecuali 3 shuhada yang termasuklah Hamzah kerana keadaan jenazah yang robek dadanya.
makam hamzah yang sempat aku ambil dari celah cermin pagar yang pecah..
bukit uhud
Seterusnya kami ke Bir Usman.... salah satu tempat untuk membeli kurma. Sebab sibuk menegok orang membeli belah... tak der laaa banyak gambar yang dapat di share. Tapi... kurma, kacang-kacang. cokelat di sini agak mahal berbanding di pasar kurma. Tapi... kurmanya Ok laaaa segar sikit rasanya. Dan kalau ikutkan hasil tanaman kurma di Bir Usman adalah kurma terbaik sekali.... tapi ingattt... tak semua kurma yang dijual disini keluaran Bir Usman. So, kena tanya dulu pada penjual tuh!Memang hari tu dari pagi sampai tengahari kami berjalan-jalan dengan menaiki bas. Seronoklah sebab dapat melawat tempat-tempat bersejarah sebab sebelum ini asyik dengar je cerita orang. Oh ye, lupa nak bagitau, cuaca kat sini sejuk. Suhu mencecah 18 darjah Celsius, kira sejuk le tapi aku ni takde pulak sejuk, aman2 jer. Hanya dua malam je kami dok di Madinah, rasa sedih pulak sebab aku tak berpeluang nak memasuki raudah, takpe lah mungkin bukan rezeki aku lagi, nanti kalau di beri rezki oleh Allah akan ku cuba memasukinya itupun kalau ada yang sudi nak bawa aku memasuki raudah sebab aku difahamkan untuk memasukinya memerlukan ketahanan fizikal memandangkan kita perlu bersesak-sesak dengan ramai Jemaah dari seluruh pelusok dunia.
Walaupun hanya dua malam tapi setiap waktu memang aku tak lepaskan untuk bersolat di masjid Nabawi sambil-sambil bersoping untuk famili. Semasa Ziarah Wida' (selamat tinggal) di masjid Nabawi tetiba hatiku sebak lagi bilalah lagi aku akan sampai di sini..sedih ni!!
macam2 kurma dijual
coklat ni aku beli sekilo setengah..murah je reganya..
nasi kerabu..
ziarah selamat tinggal untuk yang tercinta semoga akan ketemu lagi..
Rasanya cukuplah aku bercerita pasal mekah ni, terasa lambaian mekah menggamit lagi, insyaallah jika ada rezki mungkin tahun depan aku akan kesana lagi untuk melangsai beberapa tempat aku yang tak berpeluang pergi dan tidak ketahui sejarahnya. Mungkin lepas ni aku akan mencuba travel agensi lain pula bukan tak berpuashati dengan khidmat travel agensi ni tapi untuk mencari kelainan itu yang utama.