Rabu, 14 Januari 2015

Seruan Ilahi..pegi umrah wei..

Aku dah lama berhajat nak pegi ke tanah suci ni, walaupun bukan berduit sangat pun tapi impian tu memang ada..pasang angan2 konon lebih2 lagi kawan baik aku si yati ni dah sampai sana tahun 2013.  Jumaat 28 November 2014 hari tu, kawan aku bagitau dah dapat visa, masa tu aku baru bangun tido, terpisat2 le aku baca wasup dia, terus aku tanya yang aku dapat juga ke..Alhamdulilah akhirnya..Allah jemput aku menjadi tetamunya, adui seribu macam perasaan hadir..layak ke aku menjadi tetamunya..aku manusia yang penuh dengan dosa..Allah hu akbar..

Jeng..jeng akhirnya 18 Disember 2014, pukul 3 pagi lagi aku dah bangun, mandi dan solat sunat, hujan pulak mencurah-curah sejak dari semalam, air sungai dah melimpah.  Pukul 4 pagi dengan lafaz bismilah aku redah hujan yang menggila bawa kete dengan hati2 sambil ditemani oleh kakak, anak buah dan sepupu.  Flight pukul 6.45 pagi dari KB ke KLIA.  Dugaan datang lagi, flight ke Jeddah yang dijadualkan berlepas pukul 3 petang telah ditunda dari pukul 6 petang, lepas tu ke pukul 7 petang pastu pukul 9 malam dan akhirnya pukul 9.40 malam. Selamat sampai ke Jeddah pukul 1 pagi.  Alhamdulilah.


Semasa dalam flight, memang tak selesa sangat2..aku cuba untuk lelapkan mata almaklum perjalanan masih terlalu jauh, baru nak terlelap pramugari dah kejutkan untuk makan malam, terpisat2 le aku bangun, selera makan memang hancur le, pastu aku cuba tido lagi, baru je nak terlelap lagi, alahai makanan sampai lagi hmm.  Pukul 2 pagi waktu Arab Saudi aku selamat mendarat di bumi Jeddah.  Maka bermulalah dugaan pertamaku.  Aku sempat berebut tandas dengan warga indon yang sememang kurang tahap disiplin di kalangan mereka ni, sesuka hati je potong que orang, aku memang tak bagi chance le sebab aku pun tahap nak terkucil memang dah berada di tahap maksimum.  Semasa di kaunter imigresen Jeddah bermula dugaan kedua, aduhai macam sakit hati je tengok pekerja imigresen ni, tapi terpaksa istifar banyak2 sejukkan hati, kalau niat nak pegi melancong tu memang aku dah tumbuk depa ni tapi sebab nak pegi umrah maka terpaksa sabar..sabar dan sabar hehehe..macam biasalah diaorang ni sangat tak efesien cara mereka bekerja kerana dah jadi budaya mereka orang Arab bersikap sebegitu.  Kesabaran sangat tinggi diperlukan di sini apabila berurusan dengan mereka.  Dugaan ketiga aku terlanggar pulak beg2 para jemaah yang bergelimpangan di epot tu..adoii terlentang wei menyembah lantai marmar..remuk kepala lutut. 

suasana grup kitaorang di epot Jeddah..
 

Sepanjang perjalanan dari Jeddah ke Makkah, aku rasakan bagai mimpi, dapat ler aku tengok suasana padang pasir yang selalu aku tengok di tv tu kini dah berada di depan mata, walaupun suasana gelap tapi aku masih dapat menghayatinya.  Subuh untuk kali pertama dalam hidupku aku bersolat di sebuah masjid di Jeddah, Aku tak tau pun nama masjid tu sebab takde info apa2 dari mutawif yang bawa kitaorang tu.  Walaupun bukan di Masjidilharam sebagaimana dirancang sebelum ini tapi takpelah sekurangnya itu juga bumi arab yang suci. Usai solat subuh perjalanan diteruskan untuk memasuki Kota Mekah, kiri kanan jalan semakin nampak jelas suasana padang pasir, sempat le aku tengok unta secara real, wah teruja aku tengok unta ni, sekali pandang macam lembu, macam kaldai pun, iras zirafah pun ada, kalau dapat gosok2 unta ni kan best harus ajak unta untuk bergambar kenangan hihi..

Sebaik sampai di Kota Mekah dalam pukul 8 pagi, suasana hingar bigar jelas kedengaran dengan bunyi hon kenderaan yang bertalu2.  Aku menginap di Hotel Riyadah dalam 350 meter katanya dari masjidilharam, apa yang mengecewakan, kami tidak dapat terus menunaikan umrah untuk kali pertama kerana banyak pintu di masjidilharam di tutup menyebabkan ramai yang tidak berpeluang untuk memasuki kota suci mekah.  Waktu asar baru le aku berpeluang memasuki Kota Mekah untuk menyelesaikan ihramku, subhanallah kagumnya aku dengan suasana di dataran masjidilharam, memang sebak di hati tapi aku tahan perasaan ini, Ya Allah akhirnya aku sampai juga ke sini, alhamdulilah dan terima kasih Allah kerana menjemput aku menjadi tetamunya walaupun aku manusia yang hina.  Pertama kali melihat kaabah, Ya Allah seakan memang tak percaya, lemah kepala lutut aku, sempat aku berpaut kat seorang kawan agar aku tidak jatuh, tidak boleh nak bayangkan dengan kata2 macam mana perasaan aku masa tu..sayu, hiba, takut bercampur baur tapi yang lebih terkesan akhirnya aku manusia yang penuh dosa telah berada di hadapan kaabah..subhanallah syukur.

 

Bandar mekah..
 
 hotel Reyadah di Mekah..
 
 
bilik aku di kongsi empat orang.
 
Setiap waktu berpeluang bersolat di Masjidilharam memang tidak dilepaskan, kalu perasaan malas dan letih bertandang, aku tiupkan semangat ganjaran 100,000 kali untuk sesiapa solat satu waktu di masjidilharam, banyak tu ganjaran takkan datang dari jauh kita datang nak lepaskan macam tu jer...berada di masjidilharam jiwa terasa amat tenang dari memikirkan kesibukan duniawi, namun sebagai manusia yang bernama aku adakalanya melihat telatah manusia yang pelik2 terhambur juga gelak ketawa.  Dugaan yang paling perit hari pertama dan kedua di Kota Makkah, hasil dari menyembah lantai marmar semasa kat airpot jeddah kepala lutut dan tangan aku amat sakit sehinggakan untuk mengerjakan solat terasa amat perit dan sakit sekali tapi aku anggap itu hanya sebagai balasan dari dosa2 aku yang terlalu menebal..hari ketiga hasil doa yang tidak putus akhirnya kesakitan itu hilang bagai angin lalu dalam sekelip mata..subhanallah.

ramainya..

macam di alam mimpi berada di hadapan kaabah..namun botol air tu tetap di sisi hehehe


waktu subuh ni, tunggu geng untuk solat sama2 di Masjidilharam

suasana di masjidil haram..


walaupun cuaca di mekah agak panas dan kering tapi kedamaian tu tidak akan dirasai di mana jua negara di muka bumi ini..melihat kaabah dah cukup membuatkan hati ini teramat kerdil di sisi Allah swt.  Kalu nak cite bab shoping kat mekah, bagi aku tidak perlu ler sangat, lebih baik tumpukan soal ibadat sahaja, kalau sekadar untuk beli jubah sehelai dua rasanya masih ok, itupun masa balik dari masjid, rasa rugi kalau kat Makkah masa di habiskan dengan makan kat gedung2 utama atau soping..peluang untuk kesana bukan selalu jadi amik le peluang untuk mendekati diri kita dengan Allah..insyaallah.

Semasa di Mekah juga sempat la kitaorang dibawa melawat ke Jabal Tsur, Mina, Arafah dan ke bukit Jabal Rahmah, yang ni memang aku teruja sangat, orang cakap doa untuk dapat jodoh, apa lagi excited punya pasal aku panjat seorang diri jer bukit tu tapi yang lucu bukan naik melalui tangga tapi mendaki melalui celah2 batuan untuk sampai ke puncak jabal rahmah, orang cakap kat situ ada tangga tapi mana le aku tau Jabal Rahmah ni ada tangga? mutawaif pun tak bagitau..tapi alhamdulilah sampai juga aku kat puncak, kat situ sempat le menitipkan doa agar suatu masa Allah akan kurnia kasih sayang dari pemilik tulung rusukku untuk diriku amin...semasa menuruni Jabal Rahmah tu wah laju sekali walaupun sekali lagi terpaksa  melalui bongkah2 batu..

tu dia akhirnya sampai aku kat jabal rahmah..
 
Nanti le aku sambung cite lagi semasa kat sana..