Ahad, 4 Oktober 2015

Guilin ke guling hahaha

Guilin? pernah dengar tak? kat negeri antah berantah hahaha..takde le aku gurau jer..sebenarnya bila kawan ajak nak pegi guilin ni, memang pada awalnya langsung dan langsung aku tak berminat..ada apa kat guilin ni? entah!! kalau beijing n guangzhou betul ke aku eja ni hahaha  memang le aku tau sangat, syurga soping bagi orang-orang yang suka soping tapi tak termasuk aku okay..sebelum nak pegi guilin tu sempat la aku tanya pakcik google ada apa kat guilin ni, jawapannya lebih kepada pemandangan jer..ok so takde le nak bawa duit ribu riban kan..yesss selamat duit aku, leh ler save ke tempat lain pulak lepas ni..lagipun duit kita tengah jatuh selambak bak jadi leh berjimat..Pemandangan dari airport ke hotel, seolah-olah kita dikelilingi bukit-bukit kecil berbagai bentuk.  Rumah-rumah kat sini kurus2 macam aku jer ahaks..


Permandangan Guilin sewaktu nak landing..
 
 

tu ler flight airasia yang bawa aku ke guilin..
 

deretan para jelitawan di depan airpot guilin..
 
 

ni ler Owen guide kitaorang sepanjang kat guilin, hmm ensem..
 
 

pemandangan menarik sepanjang perjalanan..
 


perkarangan hotel aku menginap
 
 

suasana dalam hotel..boleh le untuk aku berguling-guling..
 
 

 
 apa tu..kondom ahahahah
 



puteri guilin hihi..

Apa yang dapat aku katakan, guilin ni takde la sangat kaw-kaw cantiknya dia punya tempat, biasa je.  Makanan halal susah nak dapat, tu pun mujur dapat satu restoran yang tokeynya penganut agama islam, hari-hari pagi dan petang makan kat situ sampaikan aku dah sampai tahap makan sambil jolok nasi ke dalam mulut bukan lagi suap, punya la dasyat betapa  sedap masakan dia hahahaha..namun begitu kena juga makan untuk alas perut walaupun bukan untuk kenyangkan perut hinggakan kawan aku si yati bawa serunding daging pun aku takleh nak telan lagi dah nasi kat guilin nun..tapikan yang lucu tu kitaorang ni macam makhluk asing lak sewaktu kat guilin nun, nak tau kenapa? depa ni yakni penduduk guilin ni kalau pandang kitaorang yang siap bertudung, berstokin, pakaian tutup aurat, depa macam pelik..entah2 dalam kepala hotak depa datang dari benua mana la ya kitaorang ni, bagi yang berani sikit tu diajaknya bergambar sama walaupun ajakan tu dalam bahasa cina concenconcen tapi kitaorang tetap faham hihi..

ni ler kedai makanan muslim kat Guilin yang kitaorang terjah pagi dan petang..
 
 

 hidangan yang sama setiap hari hahaha..
 
 
 korang faham tak menu ni...

Buah mempelam kat sini..fuhyoo memang best gila, manis memang sebijik macam aku hahaha tapi hati2 kalau nak beli, penjual tu adakala akan letak harga yang amat tidak logik rm50 sebiji padahal kalau harga biasa RM20 tu pun dah terlalu mahal untuk sebiji walaupun besar tapi takkan le mempelam sebesar buah durian kot, mungkin depa pun nak kenakan caj gst jugak sebab tau kita dari malaysia...


masjid kitaorang solat sepanjang kat Guilin..

cengkerik untuk dimasak sambal hahaha..

Pemandu pelancong kitaorang tu nama dia Owen bangsa cina, cakap omputih tapi slang cina pekat wei, jenuh la aku nak memahami satu2..tup2 aku dengar macam tu je sebab banyak tak faham tak pasal2 kepala aku pening nak terjemahkan satu2 cakap si Owen ni hahaha..kasi le otak aku restkan..tapi dia ni paling teruja bila kita citer pasal islam, islam bagi dia terlalu asing sangat2, pertama kali kitaorang minta dia carikan masjid untuk kitaorang solat macam dia terpinga-pinga, mujur ler kat guilin ni ada juga la masjid, itu ler kali pertama dia memasuki ruang masjid, selepas tu banyak pertanyaan pasal islam kat kitaorang, harap2 dengan bawa kitaorang ni terbuka pintu hatinya untuk mengenali dan mendalami islam, mana tahu hidayah untuk dia dengan cara ini..amin.

Dua hari kat guilin, kitaorang dibawa ke Yangshao, haa..kat sini macam best sikit pemandangan..gunung ganang dia macam pelik panjang2 jer, kat dalam duit rmb memang ada gunung ni..kat sini kita leh naik cruise menyusuri sepanjang sungai, pemandangan tu memang terbaek la..apa yang aku tengok le penduduk sini macam jakun je bila sebut nama Malaysia tapi bila sebut MH370 wah terus angguk2..mujur kitaorang tak kena sekeh gara2 kehilangan MH370 dibuatnya dituduh bersekongkol menghilangkan MH370 tu naya jer kan..hilang terus kitaorang dari radar huhu

Kitaorang juga dibawa menaiki cruise menyusuri Sungai Li ( tempat lokasi drama pengembaraa "Impression Liu San Jie) untuk ke jeti kita perlu menyusuri deretan rumah2 dan bangunan, bangunan kat sini macam di zaman purba dalam citer cina kung fu..aku tengok memang ada perkhidmatan tut tuk macam kat Thailand nun tapi kitaorang lebih selesa jalan kaki, di kiri kanan lorong ada orang berjualan barang antic, kipas, topi dan selipar yang dikait.  Sampai di jeti, terpegun aku melihat sungai Li yang luas dan jernih mengalir lembut tapi menurut Owen tahun 2000, paras air naik hingga 10 meter dan menenggelamkan tebing.  Menyelusuri Sungai Li, kami disajikan pemandangan petani memandikan kerbau, itik berenang2, sampan kecil, kebanyakkan yang duduk di kiri kanan sungai adalah petani yang susah dan ada yang tidak pernah mengenali apa itu persekolahan.

Sungai yang berliku tersaji satu pemandangan beratus bukit karst yang indah, berbagai bentuk, sekali tengok macam sungai Kilim di Geopark Langkawi.   Jiwa boleh kacau melihat keindahan ciptaan tuhan, fikiran melayang membayangkan cerita cina purba dan aku sedang berada disini menghayati sambil menikmati Nescafe panas..alahai bestnya..
 
 
 Si Owen dan wan shariza budak travel yang bawa kitaorang sampai guilin
 
 

gadis purba dari Kelantan hahaha..
 
 



Landscape di Elephant Trunk Hill yang paling menarik adalah sebuah gunung yang menyerupai bentuk belalai gajah.  Gunung itu terletak di sebuah taman tertutup.. Perlu masuk ke dalam taman itu untuk lihat sendiri bentuk belalai gajah itu.  Gunung tersebut amat besar sekali, bentuk landscape semulajadi itu nampak lebih menarik dengan kewujudan sebatang sungai.  Terdapat juga service bamboo rafting di sungai tersebut tapi aku tak pasti di mana stationnya.

ni ler elephant trunk hill..bukit batu kapur yang menyerupai gajah sedang minum air..
 
 

 
 
Ramai remaja yang menyewa pakaian puteri dan puteri cina ni untuk diabadikan sama ada dalam  bentuk gambar atau video, harga dalam 25 yuan tapi aku masa ni memang takde mood nak bergaya macam tu mungkin letih tak habis lagi kot, kalau tidak habis pakaian maharaja aku rembat..Sejak dari rumah memang aku dah berangan nak beli silk tapi memang nangis le bila Owen bawa kitaorang ke tempat pembuatan cadar dari silk, harganya adoi memang tak mampu ler den sebab bawa duit amat2 ciput hahaha
 

Jika dibandingkan Yangshao dan Guilin, rasanya Guilin lebih maju serta penuh dengan facility, public transpot dan sebagainya, Yangshao pulak lebih tenang.  Jika disbanding dari segi penduduknya, penduduk Yangshao lebih polite, rasanya aku ingin lebih lama kat Yangshao banyak yang perlu diteroka tapi kesempatan tu takde.

 sebelum memasuki gua..Nampak risau jer sebab si owen cakap kena berjalan sejauh 2km..ayoyo..
 
 


 tu dia dalam gua..menarik kan..
 
 
 penunggu gua..
 
 
 
 
Destinasi berikutnya adalah ke Gua Silver.  Kat gua ni pemandangan dalamnya amatlah mempesona.  Ada tangga2 landai dan jalan batu yang lebar serta lampu2 yang berwarna warni menjadikan stalagmite/stalaktik bertukar warna.  Di beberapa tempat lampu mengarah ke dasar air yang bening, membiaskan sinar cahaya ke dasar dan tepi dinding gua.  Aneka bentuk batu serta stalaktik yang terbentuk jutaan tahun hasil mendakan batu asid karbonik yang berhablur menawarkan aneka rupa seperti payung, cendawan, dan macam2 lagi, mujur wajah aku jer takde kat situ hahahaha..bebatuan, air terjun, air kolam juga terdapat di sini.  Aku perhatikan orang cina ni tak kira tua ke muda memang suka beriadah, mereka sanggup mengupah orang membawa mereka naik ke gua untuk melihat pemandangan alam.  Bagi yang sukakan adventure dan pemandangan mungkin disinilah tempatnya.
 
Keesokkan harinya kami bertolak balik ke Guilin dan dibawa ke rumah tea, pastu apa lagi ke pasar le aku and the geng untuk soping.  kat sini kita kena panai bargain, tulis kat kertas atau calkuter dan jangan terkejut budaya mereka kasar dan langsung tak pandai berbahasa inggeris..aku hentam cakap Kelantan pekat berkomunikasi dengan depa ni hahaha

 
demo rambut panjang, difahamkan mereka ni hanya sekali seumur hidup memotong rambut mereka, rambut yang digunting akan diikat bersama rambut yang sudah sedia ada tu..buat kenangan kot..
 
 


 

 menatang ni kat mana2 aku pegi china pasti ada la dia ni..menyampah tul
 
 
tempat aku perabihkan duit..
 
 
bagi aku le walaupun guilin ni menarik tapi untuk datang kali yang kedua rasanya tidak la kot..mungkin lepas ni destinasi lain pulak aku nak tuju..
 

 
 

Rabu, 9 September 2015

Pergi tak kembali..

pagi ni aku terima satu wasup dari kawan aku yang sama-sama keje kat Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dulu, dia bagitau kawan kitaorang meninggal semalam akibat accident kat Putrajaya semasa balik dari keje, innalilah...semoga roh abg Khalid tergolong di kalangan orang yang beriman..amin, patut le sejak seminggu yang lalu tetiba aku terfikir pasal arwah ni, hati aku tertanya2 kat mana ler abang Khalid sekarang mungkin inilah petanda namun apa-apa hanya Allah swt yang Maha tau segalanya..alfatihah untuk nya..

Masih aku terbayang kat arwah semasa kitaorang mengikuti pembarisan hari kebangsaan pada 31 Ogos 1994 mewakili Jabatan Perdana Menteri, masa tu arwah ni ler yang bertindak sebagai ayah2 kat kita-kita ni, jaga kitaorang ala2 bodyguard kot2 ada yang cuba nak menggoda almaklum ler masa tu kitaorang ni jadi anak dara pujaan ramai cewah..


bersama arwah abg Khalid..
 




 al-fatihah..semoga di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman..amin
 
 
 
Setiap yang bermula pasti akan berakhirkan..begitulah hidup kita akan menemui penciptanya walaupun tak tau bila so kalau nak buat sesuatu yang mengguris hati orang lain sila beringat la sebelum ajal menjemput kita..al fatihah untuk abg Khalid..
 

Selasa, 7 April 2015

pakwe ku ahaks...

kali ni aku dengan penuh gedik tahap tak bleh blah, aku nak citer pasal pakwe aku yang tercinta..geli tak dengar statement meloya ni uwekkk...kurang ajor.!!..Sebenarnya pakwe aku ni tinggal bersama aku dah hampir 4 tahun, dalam tempoh tu bermacam suka duka le kami tempuh bersama, nak kata tahap setia mati tak le juga tapi sejak akhir2 ni aku mula dah rasa bosan dengan dia ni..rasa menyampah pun ada, aku sekarang ni sedang terfikir nak mencari pakwe yang baru le..semalam aku dah pancing satu pakwe ni, hensem juga la, kacak dan menawan.  Mungkin bulan depan aku berkira2 akan ucap bai bai kat pakwe aku sekarang ni..selamat tinggal wahai Viva ku dan selamat datang wahai axia huhu

wei apa yang ko merepek ni cik minah oii.!!.ala sesaja jer aku nak buat gempak, kalau aku kluar statement dah ada pakwe ni confirm le saham aku merudum, amboi berani ko cakap macam tu yea..larikkk hihi..

Selasa, 10 Mac 2015

ke Madinah...


Setelah 7 hari di Mekah, kami menuju ke Madinah. Perjalanan selama 8 jam terasa lama sangat padahal bukan tak pernah naik bas pun.  Mungkin hati berat sangat nak tinggalkan Baitullah,sebab tu le terasa lama sangat.  Aku sampai kat Madinah dah malam, memula tu katanya akan menginap di New Ansar Hotel katanya terlalu dekat dengan dataran masjid Nabawi tetapi atas sebab teknikal apa entah kitaorang terpaksa menginap di hotel Orchid As Salam, nak kata jauh tak le jugak, nak kata dekat tu entah ler, berjalan kaki jer.

solat isyak otw ke Madinah 

singgah kat masjid on the way ke madinah..
 

Subuh pertama excited sangat aku nak bersolat di Masjid Nabawi, pukul 3 pagi aku dah tercongok kat lobi tunggu geng untuk join ke Masjid sebab aku bukannya tau nak ke sana, kalau aku tau area masjid tu memang aku dah redah awal2 untuk dapatkan tempat di saf pertama, iye ke?  Sampai kat Masjid org ramai penuh berasak-asak nak masuk di muka pintu... Aku and the geng pun tak ketinggalan nak cuba masuk... Sampai depan pintu... ada spot ckeck daaaa....dia tgk benda alah yg ada dlm beg... dia pegang kamera... tak kata apa pun... dia belek2 h/p...tetiba dia kata "DODOK..DODOK!!!"   terkejut beruk aku, naper lak sambil terpinga2. Geng aku yang tiga kak wan, la dan kak cik tu dah lepas masuk, apsal aku lak yang kena tahan, masa tu mula le teringat betapa aku banyak dosa, nabi tak izin aku memasuki masjidnya, nak nangis aku ooii, pastu aku panggil La kawan aku tu, terus La datang dan tarik aku masuk sambil membelakang polis berpurdah tu..yahoo dapat masuk tapi polis purdah tu tak perasan aku dah masuk..rupanya masjid dah penuh tu pasal le polis tu tak bagi aku masuk..
 
 
 
 

Dalam pada dok tercari-cari tempat nak solat tu, ada le satu ruang untuk empat orang, walaupun dilaluan pejalan kaki tapi takpe lah asalkan tak dihalau oleh polis purdah dah le, risau gak masa tu..Subuh pertama di Masjid Nabawi aku terasa bagaikan aku sedang diimamkan oleh junjungan besar nabi kita, sayu sangat rasa hati masa tu, terasa Rasullulah dekatnya dengan aku masa tu..Betapa aku bayangkan
di sinilah baginda meyebarkan agama Islam setelah baginda berhijrah dari Kota Mekah. Begitu besarnya cabaran Baginda nak sebarkan agama Islam di peringkat awal yang dikeliling masyarakat arab jahiliah waktu tu.
 
Lepas breakfast, kami dibawa pergi melawat-lawat di sekitar masjid Nabawi oleh mutawif Hj. Din.  Beliau telah membawa kami ke sekitar masjid. Dapatlah tengok-tengok suasana kat situ. Terpegun aku tengok kubah nabi, dalam hati aku nak sangat memasuki Raudah nanti tapi malangnya niat aku tak kesampaian, memang takde siapa pun yang nak bawa kitaorang, masing-masing buat hal sendiri, aku yang baru pertama kali menjejaki Kota Madinah ni dah jadi macam ayam masuk kampong begitu juga dengan kak wan, mutawif yang handle grup kitaorang hanya ler seramai dua orang je, tu pun dua-dua lelaki dan kedua-duanya jenis tak banyak mulut jadi banyak info yang aku tak ketahui tentang Mekah dan Madinah. 

Kat Masjid ni orang memang tak pernah reda. Sentiasa ada.  Kalau selama ini aku hanya melihat di TV sahaja suasana di Masjid Nabawi tapi sekarang nah kat depan mata tapi aku agak terkilan tak dapat nak tengok payung emas dibuka pada waktu siang dan ditutup pada waktu malam disebabkan takde geng, almaklum semua dah makcik2 jadi tak kuasa depa nak tengok benda tu semua hahaha. Di dalam masjid ini masih disediakan air zam-zam untuk diminum tapi aku ni bukan sahaja minum je tapi siap dibawa balik, lagipun bukan senang nak minum air zam2 percuma jadi disinilah kena amik kesempatan.  Semasa di Masjid Nabawi aku tak tau kat mana terletaknya perkuburan Baqi'.  Bila Kak Nah kawan aku bagitau ianya bersebelahan dengan masjid baru le aku perasan tapi sayangnya memang kita tak dapat nak tengok sebab dah ditutupi dengan pagar dan cermin tebal.  Aku difahamkan perkuburan ini adalah tanah perkuburan di Madinah dan digunakan sejak zaman Jahiliah lagi. Sure ada yg heran kan... muat ke tanah perkuburan ini untuk menampung jenazah dari dulu hingga sekarang. Jawapannya ye.... mencukupi... perkuburan ini dibahagikan kepada lot2 tertentu... cukup tempoh, kubur2 ini akan digali semula! Dikhabarkan tulang dan tengkorak akan dikumpulkan satu tempat... tetapi ada gak jenazah lama yang masih berkeadaan elok... Mereka ini dikategorikan golongan syuhada dan dikebumikan semula di lot khas. 
 
Keesokkan harinya sabtu 27/12/2014.... selepas solat subuh dan sarapan pagi, kami dibawa berziarah ke tempat2 bersejarah disekitar Madinah.  Memula ziarah is Masjid Quba'. This is the first Masjid yang dibina berasaskan Taqwa dan Iman yang padu. Dan barangsiapa yang berwuduk dari rumahnya dan menunaikan solat di Masjid ini akan beroleh pahala seperti mengerjakan umrah.

 fuhyoo sempat lagi tu hehehe..

 
Lepas tu kitorang ke Bukit Uhud... di mana di bukit ini tercatatnya sejarah peperangan Uhud yang dahsyat. Menyaksikan 700 org muslimin diserang oleh 3000 orang musyrikin. Dalam perang tersebut, kaum muslimin mendapat kemenangan yang gemilang sehingga kaum musyrikin lari lintang pukang. Pemanah Islam kemudiannya mengingkari arahan baginda Rasulullah di mana kumpulan pemanah di bukit Uhud telah turun mengutip harta rampasan perang. Keghairahan mereka telah digunakan oleh tentera musyrikin untuk menyerang kembali hingga kekalahan menyebelahi kaum muslimin.  Di perang Uhud inilah berlaku peristiwa sedih di mana Hamzah yang mati dibunuh telah dirobek dadanya oleh Hindun (yang membalas dendam atas kematian bapanya dalam perang Badar)dan seterusnya melapah jantung Hamzah di depan org ramai. Dan juga beberapa peristiwa yang lain yang tidak berkesempatan untuk kiter sharekan di sini. Semua para shuhada ini telah ditanam di situ juga, Dan beberapa tahun yang lepas berlaku banjir besar dan jenazah syuhada yang masih berdarah ditanam semula dalam satu liang lahad kerana sudah tidak mengenali identiti mereka kecuali 3 shuhada yang termasuklah Hamzah kerana keadaan jenazah yang robek dadanya.
 
makam hamzah yang sempat aku ambil dari celah cermin pagar yang pecah.. 


bukit uhud
 
 Seterusnya kami ke Bir Usman.... salah satu tempat untuk membeli kurma. Sebab sibuk menegok orang membeli belah... tak der laaa banyak gambar yang dapat di share. Tapi... kurma, kacang-kacang. cokelat di sini agak mahal berbanding di pasar kurma. Tapi... kurmanya Ok laaaa segar sikit rasanya. Dan kalau ikutkan hasil tanaman kurma di Bir Usman adalah kurma terbaik sekali.... tapi ingattt... tak semua kurma yang dijual disini keluaran Bir Usman. So, kena tanya dulu pada penjual tuh!Memang hari tu dari pagi sampai tengahari kami berjalan-jalan dengan menaiki bas. Seronoklah sebab dapat melawat tempat-tempat bersejarah sebab sebelum ini asyik dengar je cerita orang. Oh ye, lupa nak bagitau, cuaca kat sini sejuk. Suhu mencecah 18 darjah Celsius, kira sejuk le tapi aku ni takde pulak sejuk, aman2 jer.  Hanya dua malam je kami dok di Madinah, rasa sedih pulak sebab aku tak berpeluang nak memasuki raudah, takpe lah mungkin bukan rezeki aku lagi, nanti kalau di beri rezki oleh Allah akan ku cuba memasukinya itupun kalau ada yang sudi nak bawa aku memasuki raudah sebab aku difahamkan untuk memasukinya memerlukan ketahanan fizikal memandangkan kita perlu bersesak-sesak dengan ramai Jemaah dari seluruh pelusok dunia. 
 
Walaupun hanya dua malam tapi setiap waktu memang aku tak lepaskan untuk bersolat di masjid Nabawi sambil-sambil bersoping untuk famili.  Semasa Ziarah Wida' (selamat tinggal) di masjid Nabawi tetiba hatiku sebak  lagi bilalah lagi aku akan sampai di sini..sedih ni!!
 
 
 
macam2 kurma dijual
 

coklat ni aku beli sekilo setengah..murah je reganya..
 
 
nasi kerabu..
 

ziarah selamat tinggal untuk yang tercinta semoga akan ketemu lagi..

Rasanya cukuplah aku bercerita pasal mekah ni, terasa lambaian mekah menggamit lagi, insyaallah jika ada rezki mungkin tahun depan aku akan kesana lagi untuk melangsai beberapa tempat aku yang tak berpeluang pergi dan tidak ketahui sejarahnya. Mungkin lepas ni aku akan mencuba travel agensi lain pula bukan tak berpuashati dengan khidmat travel agensi ni tapi untuk mencari kelainan itu yang utama.