sebenarnya aku malas nak citer pasal bali ni..tapi tengok blog sampah aku ni dah lama aku tak merapu so leh le merapu pasal bali ni..dah lama berangan nak pegi bali ni tapi bukan masa tak mengizinkan..yang selalu tak izin aku pergi adalah duit hahaha..maka tanggal 19 februari hari tu impian yang aku dah kumpul sejak zaman jepun dah nampak hasilnya..yeahhh aku ke bali akhirnya...flight aku ke bali kul 10.00 malam dan sampai kul 1.00 pagi..ramainya cha ya nun alif..eee tak suka!! waktu malaysia n bali sama je tak macam kita g bandung yang jarak dia satu jam awal..bukan sengaja aku pilih waktu macam ni tapi biasa le airasia ni kalau tak delay tak sah di panggil airasia..ramai juga manusia nak g bali ni yea..majoriti rakyat malaysia, termasuk aku le tue hihi..apa le yang ada kat bali ni sampai ramai sangat manusia yang teruja nak ke sana, termasuk le retis2 kita kalau tak jejak kaki ke Bali memang tak lengkap kot hidup depa..jom kita tengok apa ada kat bali dari kaca mata aku yang rabun ni...
Hari pertama..
jeng..jeng..ni ketibaan aku kat bali..airport ngurah rai..Denpasar bali
hotel wina holiday kuta bali..
inilah bilik hotel kitaorg, kongsi 3 orang tau..boleh le sekadar nak lelapkan mata..
Aku sampai kat sana dalam pukul 1.00 pagi..mengantuk giler, dan dan nak tido kat epot je..alahai sabor jer ler..kat airpot bali tu punya le ramai manusia beratur fuhhh berderet2..tensen aku tengok, rasa nak lempang jer puak2 ni hehehe tak pasai2 kan, saiko saiko hahaha...tiba giliran aku cop pasport kat kaunter tu. pegawai imigresen yang muka macam ayam tak cukup tido dengan wajah yang teramat tak mesra alam telah membuatkan aku dah buat tafsiran awal bahawa Bali ni adalah teruk..ada ke dia suruh aku berbaris semula disebabkan aku tak isi nama hotel tempat aku nak menginap..hiss dalam ngantuk2 tu mana le nak ingat nama hotel bagai..yang aku ingat katil jer..lempang sebijik baru tau..
ni le guard kitaorg Pak Sugi dengan pembantunya si John..orangnya ok le agak peramah..
Malam tu sebelum sampai hotel sempat le Pak supir bawa kitaorang melalui tempat sejarah pengeboman kat bali tahun 2002 dan 2005, dasyat tul si john ni berciter, patut le kawalan ketat kat epot depa..seram sejuk aku bila dia citer pasal bom2 ni mana le tau tetiba je masa aku sampai sekali lagi bali kena bom..eeii takut..tak sempat le aku nak kawin dengan pakwe aku yang tercinta..ahaks
Memang banyak tempat2 menarik kat sana macam Kintamani Volcano,Bedugul,Lovina Beach,Hot Spring Banjar,Tanah Lot dan Kuta.Kalo nak citer memang banyak sangat tempat2 nye sampai aku pun tak ingat. Kitorg dok kat Wina Holiday Kuta Bali yang memang letaknya harusla kat kuta kan..dekat dengan pantai wah suka le aku..leh jenjln kt beach dier yg dekat ngn Hard Rock Cafe tue..hmm romantik le bagi aku yg keras kejung bab2 romantik ni..
sarapan yang tak berapa nak sedap hihi..
ni le nama hotel kitaorang melepak waktu malam sambil wasup2 dengan pakwe..ada wifi tau
peta bali macam ikan ke ayam? cer tengok..
sempat tengok pementasan barong dance..aku tak faham apa ke benda isi citer..sori
kuar je "benda" ni alahai mata aku dah kuyu..leh pengulit tido ni..bosan tul nak tunggu 1 jam tapi tengok gak le..
tu dia..dah ada penunggu tarian barong..
kilang macam ni kat kota bharu pun berlambak..depa tak tau lagi skill aku mencanting batik lagi hebat dari depa ni huhu..
menukang perak..
hasilnya..wah merelip giler tapi aku bab ni pun agak buta seninya hahaha
sempat le berposing menayang body kurus cekeding..
menurut kata pak sugi gunung kintamani ni last meletus tahun 1973..tapi subhanallah cantiknya..
buah merkisa..aku pun tak pernah rasa buah ni macam ne..hisss tangan tu mencacatkan pemandangan je..
ada beza tak musang kat belakang rumah aku dengan musang si luwak ni hahaha
biji kopi yang baru kuar dari tuttt musang luwak..
ni biji kopi yang dah dibersihkan setelah keluar dari tutt musang luwak sedia untuk diproses..geli tekak den!!!
kilang memproses kopi luwak secara tradisional..
kalau kat malaysia naik motor macam ni sah sah kena saman dek polisi..
nasi padang tapi tak sesedap kat bandung, lauk pauknya tak le mewah sangat..
Hari ke dua...
pagi ni pepagi lagi aku bangun dengan satu agenda je..nak g ke pantai kuta..kekonon nak tengok keindahan pantai kuta ni tapi subhanallah memang cantik pantai dia..
cantik kan pantai kuta ni...
tetiba..aduii
jahat tul otak aku dah jadi kuning..
naik bot ni kitaorg kena bayar rupee 150 ribu utk ke..nanti aku check pastu aku citer kat mana hehehehe
macam takut je si kam ni..tapi buat2 berani le tu..
aku pinjam spek fasha tu hihi...
ikan dugong atas batu...
i luv my azim..
benda macam ni pun depa nak ukir..ukir le benda lain..tapi yang tukang snap pun amik le gambar lain hahahaha
nasi sundal bolong hahahaha..entah aku lupa nasi apa..
Hari ke tiga..
malas le nak citer sebab bagi aku bali memang tak sesuai dengan jiwa aku..kalau orang bagi duit suruh pegi sekali lagi..terima kasih je ler..ini ler hasil cerita yang tak menarik ni..sila larikkk...