Ahad, 22 September 2013

Citer pasal sabah ni..

Best juga bercerita pasal sabah ni..round ranau and kundasang tu dengan avanza..kira gegila bawa..8 penumpang lak tu semua anak2 dara..kalu jadi apa2 8 teruna le tak kawin2 sampai ke mati sebab pasangan dah meninggal hahahaha..hiss mulut cabul..

banyak yang kena nak citer dari hari pertama sampai le ke hari last..ok sebelum terlupa kalau sapa2 nak sewa kete kat sabah nun, sila le berhubung dengan budak shahril tu..dia ni baik betul le senyum je 24 jam, sejuk perut tengok...ni no hp dia tau 0128221685, nak sewa kete contact le dia yea gerenti puas hati..

Perjalanan dari Airport ke bandar KK tidak mengambil masa yang lama. Tak sampai 20 minit. Dari airport ini pengangkutan utamanya ialah teksi atau kenderaan yang disediakan hotel. Mungkin ada bas, tetapi aku tidak pernah menaikinya. Sewa teksi bergantung kepada jarak destinasi. Kalau anda hendak ke Centre Point (pusat bandar sabah) kadarnya RM30, manakala jika hendak ke UMS, tambangnya ialah RM40.

Aku sudah beberapa kali ke Kota Kinabalu. Pernah ke Kota Belud, Keningau dan Pulau Gaya juga. Tapi masih tidak rata perjalanan  ke K.K itu. Ada banyak tempat yang saya tidak pergi lagi. Negeri Sabah punyai banyak tempat yang menarik. Kali ni nak teroka Ranau dan Kundasang..nanti citer ye

Penginapan

Kawan aku dari JPN Terengganu boking hotel melalui internet, hotel De Galeria, dalam internet ok le cantik tapi bila check-in adoi sempitnya bilik pastu tu black area lak tu, memalam depan hotel tu ada pasar malam, lain kali takleh caya ler boking melalui internet ni dah banyak kali aku terkena memang tipah tertipu sungguh ler...


 hotel ni le kawan aku tempah melalui internet..

suasana bilik hotel De galeria, sempit jer..

ni le pintu bilik air hotel tu..tembus kedalam kalu dok dari luar..giler tul..


 Pasar Filipina
Aku pun tidak tahu mana yang spesifiknya tentang pasar filipina ini. Namun ia terletak dalam satu kawasan yang menghadap laut. Ada beberapa bahagian di sini. Ada pasar mutiara, pasar menjual ikan masin/keropok amplang dan pasar yang menjual bahan-bahan makanan atau gerai-gerai. Kesemuanya terletak berdekatan sahaja. Dodulu aku teruja juga dengan Pasar Filipina ni tapi bila dah acap kali keterujaan aku memang tahap merudum ler tahap out of service hehehe..
Dodulu juga kalau datang Kota Kinabalu berangan nak beli mutiara banyak2 tapi sekarang tengok2 jer ler, kalau nak beli juga baik le beli kat pasar malam tu lagi murah duit pun jimat..bab kualiti tu tolak tepi le bukan nak pakai memanjang pun..

"model" yang sedang meningkat turun di datang khas dari Jalan Bayam hahaha


mamat mana le ni..psstt tepi-tepi arrr

Gerai makanan

Sebut Pasar Filipina, ia memang sangat terkenal dengan makanan laut. Bersepah-sepah peniaga menjual makanan laut yang sudah siap dibakar. Sotong, udang, ikan dan bermacam lagi dengan harga yang munasabah. Tetapi awas! tidak galakkan beli makanan laut yang sudah terdedah lama. Takut-takut sakit perut pula. Pandai-pandailah pilih. Banyak gerai di sini tidak begitu menjaga kebersihan.
Paling aku suka bila makan kat gerai makan pasar filipin ni ada jeruk rumpai laut..memang sedap le aku suka sangat..sapa2 tak cuba memang rugi ler hilang nikmat dunia hahaha

tunggu hidangan..

aku tak terliur nak makan, semacam je tengok...

 sapa-sapa ada En. gout ni menangis kalu makan..

rumpai laut jeruk..sedappp 

 pun sama cuma jenis jer beza..

licin sudah disapu..
 cantik juga...

 pasar malam depan hotel aku..

aku tak sempat nak beli pun lagipun bukan pakai sangat..

Pasar ikan masin/keropok amplang

Sebelah pasar mutiara terdapat sebuah lagi pasar yang menjual khusus ikan masin, udang kering, ikan bilis, rumpai laut, kopi tenom, keropok amplang dan bermacam snek lagi. Di sini pun kena pandai tawar menawar juga. Ada pelbagai ragam penjual. Ada yang marah kalau tidak beli dari kedai mereka. Kena pandai pilihlah. Yang kedekut pun ada juga. Sudah beli taknak beri kotak pula. Habis, takkan nak jining dengan plastik dalam kapal terbang? Memang kalau datang lagi, kakak tu aku akan banned. Tapi tak semua peniaganya kedekut, ada juga yang baik hati dan tidak berkira. Peniaga yang baik selalunya kita akan recommend pada kawan-kawan kita yang lain pula.


pilih ikan yang paling hensem untuk di makan..

pilih-pilih..
\
 macam-macam ada..

untuk masakan apa yea guna kuda laut ni..

Hari Kedua 19 September 2013..

Pepagi dalam kul 6 lagi kitaorang dah bertolak ke Ranau kekonon nak sampai awal tapi bab kata orang le, kita rancang tapi tuhan yang tentukan, perjalanan yang kita rasa mudah rupanya "sesat barat" nak cari jalan keluar dari KK..pusing area bandar KK pun dah hampir kul 9 pagi..hasil tanya orang n hasil carian google yang tak berapa nk menjadi maka dapat le kitaorang kuar dari bandar KK, asal jumpa signboard Tuaran, Tamparuli dan seterusnya ikut jer ler arah tu padahal kami tak tau apa2 pun, sekadar berpandu pada peta cabuk aduhai...mujurlah kitaorg ni jenis yang bukan jenis marah2 or merungut tak tentu pasal..silap jalan pun gelak2 lagi tu....

pemandangan sepanjang pemanduan ke Ranau..cantikk


jeruk apa entah aku jumpa kat Pekan Nabalu..

Pekan Nabalu..

pintu depan kundasang pine resort..

sapa ni hehehhe

suasana bilik kat pine resort..biasa je..ada jendela kat tepi katil..

acara rendam merendam bagi kaki cagu hilang hahahaha





 sapa2 ada kurap ke kaki cagu rendam kat sini gerenti ilang..silap2 kaki ilang sekali hahahah




isi buah terap..


buah terap..aku beli RM5 sebiji mahal kot tapi rasanya ok le boleh dimakan...

hot spring..

padang ragut..



kawan-kawan ku sedang minum petang huhu..

kira cantik le area dairy farm ni tapi nak menuju ke sana sikit punya teruk jalannya..jahanam kete..

kawan2 tengah menyusu ahaks





Dairy farm..konon ala2 new zealand tu..

aku paling suka asparagus..

besttt..
cantik tempat ke cantik budak ni hehehhe


ni ler geng2 aku hahaha

tu dia ngalah anak dara belasan tahun kalu bergambar..




jambatan Tamparuli..
Ok ler malas nak citer bebanyak pasal sabah ni, masuk kali ni tak tau berapa kali aku pegi sabah..ok le nanti kalu aku pegi memana aku kongsi2 le dengan korang yeaa..YEHAAA


Jumaat, 6 September 2013

biarlah gambar berbicara

Percutian ku bersama teman-teman..malas nk cite n tulis, mood tidak muncul untuk bercerita..

 













 lain kali aku akan tulis yea..buat masa skrg otak blur malas nak fikir apa2..